Pelakon Zarina Zainuddin, 43, akui pernah menyerang seorang pengikutnya di laman sosial Instagram miliknya selepas berang dengan tindakan wanita itu yang cuba memalukannya dengan memberi komen yang negatif terhadap sekeping foto yang dimuat naiknya sendiri.
Zarina Zainuddin berkata dia menyerang dengan cara baik selepas cuba menasihati kembali cara seorang pengikutnya atau follower itu yang dikatakan memberi komen yang agak kasar kepadanya.
"Sebenarnya, Instagram ibarat diari saya. Dari situlah saya kongsi segala aktiviti harian saya, sama ada ketika mengikuti sesi penggambaran mahupun ketika bersama keluarga.
"Saya seorang yang mesra dan gemar melayan komen daripada follower saya. Cuma baru-baru ini saya terima komen daripada seorang peminat yang telah menegur dan melemparkan kata-kata yang kurang elok kepada saya.