Sunday, 20 October 2013

18 KETUA BAHAGIAN DI PERAK PERTAHAN JAWATAN, 6 MUKA BARU

Datuk Kushairi Talib ketika sidang media di Bangunan UMNO Perak, petang tadi.

Pemilihan UMNO di peringkat bahagian seluruh Perak menyaksikan 18 muka lama berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ketua Bahagian daripada 24 bahagian di seluruh negeri dan 6 daripada jawatan berkenaan berjaya direbut oleh muka baru dalam parti.

INIKAH BARISAN TRANSFORMASI UMNO...???


SIAPA yang masuk dan siapa yang keluar dalam barisan kepimpinan UMNO untuk tempoh tiga tahun akan datang sehingga 2016 sudah diketahui. Tetapi siapakah sebenarnya yang menang dan siapa pula yang kalah?

PERWAKILAN EGM MCA TOLAK USUL KECAM LIOW TIONG LAI DAN JAWATAN KABINET, TERIMA DIPERINGKAT NEGERI


KUALA LUMPUR : Mesyuarat agung luar biasa (EGM) memutuskan untuk menolak usul resolusi untuk menegur Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana enggan menerima keputusan parti secara kolektif dan mencemarkan imej parti sehingga menimbulkan konflik dalaman.

AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 2013 - 2016


Berikut keputusan rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon teratas kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada sidang media di Menara Dato' Onn, PWTC, di sini hari ini.

ANGKARA HARTA PUSAKA DAN IBU TIRI.... 4 BERADIK BELASAH AYAH KANDUNG....

q4 Beradik Belasah Ayah Kandung Kerana Harta Pusaka: Mak Tiri Jadi Punca - Terbakor

Bagaikan dirasuk syaitan, empat beradik dan seorang menantu perempuan sanggup membelasah bapa kandung mereka sendiri menggunakan pengunci stereng kereta hanya kerana berebut harta pusaka selepas lelaki itu berkahwin lain.

NAIB PRESIDEN : GESAAN PENGUNDIAN SEMULA DI 3 BAHAGIAN UNDI SERI, DITOLAK...


tajl

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pemilihan Umno menolak gesaan untuk diadakan pengundian semula di tiga bahagian parti itu yang mencatatkan jumlah undi seri antara dua pesaing jawatan Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Mukhriz Mahathir.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali berkata, pengundian semula bagi kedua-dua calon tersebut tidak perlu diadakan berdasarkan jumlah undi yang diperolehi Hishammuddin berbanding Mukhriz.

MUSTAPA MOHAMED CALON MT PALING POPULAR

mustapamohamad

Walaupun keputusan rasmi 25 orang yang menang jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO belum dapat dibuat sehingga jam 2 pagi Ahad kerana pengiraan undi belum selesai namun Datuk Seri Mustapa Mohamed nampak macam bakal menempah tempat pertama.

PENYANDANG KEKAL JAWATAN NAIB PRESIDEN, PAHANG DAN JOHOR TIDAK SOKONG MUKHRIZ


Keputusan tidak rasmi yang berjaya diperoleh pada jam 12.00 tgh malam tadi telah menyaksikan DS Zahid Hamidi, DS Shafie Apdal dan DS Hishamuddin Hussein telah berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal baharu. DS Zahid dan DS Shafie telah berjaya melepasi 96 undi lebih awal sekitar jam 7.00 ptg tadi. Manakala DS Hishammuddin pula berjaya walaupun diekor rapat oleh Dato' Mukhriz dengan kedudukan terkini masing-masing pada 96 undi dan 85 undi.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI MT UMNO MALAYSIA SEHINGGA 4.41 AM 20 OKTOBER 2013

ANWAR IBRAHIM TAKUT USTAZ.....!!!



Forum yang menempatkan Dr Fathul Bari (DFB) dan Anwar Ibrahim (DSAI) di batalkan oleh pihak pengajur.. 


Dengar cerita.. Yang membatalkannya adalah dari pihak DSAI.. Katanya DFB tak sama level dengan DSAI untuk berbicara dalam forum yang sama.. 

Betul...memang tak sama level pun.... sorang Ustaz, sorang lagi putar alam.... kan beza tu..!!!