Monday 27 February 2012

ANWAR IBRAHIM : JELMAAN ANWAR SADAT VERSI MALAYSIA...!!!


Ketika seorang warganegara Malaysia, Dr Bakri Musa yang menetap di California, Amerika Syarikat (AS) pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Anwar Sadat, ramai yang terkejut dan tidak kurang juga yang mempertikaikan label buruk seumpama itu.Label Dr Bakri dibuat pada 12 Oktober 2006 selepas mendengar ceramah Anwar bertajuk “Democracy and the Muslim World” di Stanford University, AS.

Namun, setelah hampir tujuh tahun berlalu,pengamatan doktor pakar dari California itu ternyata benar, apabila Anwar mempertahankan kenyataannya mempertahankan keselamatan Israel di Wall Street Journal baru-baru ini.Walaupun isunya berlainan tetapi konteksnya hampir sama.


Pada 26 Jan lalu, Wall Street Journal (WSJ), melaporkan kata-kata Anwar yang berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians” Berdasarkan kenyataan Anwar di atas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya 13 Februari ketika membacakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS menegaskan, “Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau”

Anwar kemudiannya datang mengadap Nik Aziz dengan menekankan frasa ‘contingent‘(syarat), walaupun dalam kenyataan sama dia menyatakan frasa ‘all efforts‘ (segala usaha) sebagai justifikasi tidak mahu menurut kehendak Majlis Syura Ulama PAS.Menariknya,Anwar datang seorang diri ketika berjumpa Nik Aziz di di PNB Darby Park,Kuala Lumpur,sedangkan Mursyidul Am PAS ditemani oleh Ketua Penerangan PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dari segi bacaan politik,Anwar datang seorang diri dengan Nik Aziz yang ditemani Ketua Penerangan PAS sudah menunjukkan simbolik tertentu.

Hukuman Pengesahan

Selepas pertemuan,kira-kira satu jam,ketika Anwar ditanya pemberita,adakah dia akan menyaman WSJ, Anwar menjawab, “Kenapa saya nak saman WSJ? Mereka letak perkataan ‘contingent‘ yang tidak disebut (oleh media UMNO). Mereka (media Umno) hanya melapor fitnah” sebagai membawa maksud semua laporan WSJ, 26 Jan lalu bukan salah petik, sebaliknya dari kata-katanya sendiri.

Dr Mahathir Mohamad berkata keengganan Anwar Ibrahim menyaman akhbar WSJmembuktikan Ketua Pembangkang itu sememangnya menyokong Israel.Manakala Nik Aziz selepas pertemuan itu menegaskan, “memahami penjelasan Datuk Seri Anwar,di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini”

Berdasarkan kenyataan Anwar dan Nik Aziz selepas pertemuan 21 Feb, kedua-dua pihak mempertahankan hujah masing-masing dan sekiranya tidak diadakan pertemuan pun, Anwar tetap berpegang dengan kenyataannya di WSJ, 26 Jan, manakala Nik Aziz pula berpegang kepada Majlis Syura Ulama PAS, 13 Februari.Walaupun, ramai pihak mengatakan pertemuan itu tidak membuahkan apa-apa hasil, namun hakikatnya, Anwar terdera dengan ‘hukuman pengesahan’ dari Majlis Syura Ulama PAS yang sebelum ini Anwar sering berdolah dalik dengan permainan kata-kata berhubung dengan sokongannya kepada Israel.

Selagi mana Majlis Syura Ulama PAS tidak bermesyuarat semula menarik balik keputusan itu, ia akan tercatat dalam sejarah sebagaimana Ali Raziq, salah seorangbapa pelopor Islam Liberal Mesir dijatuhi ‘hukuman pengesahan’ oleh persidangan ulama Mesir pada tahun 1926.Dakwaan Anwar pro Israel sudah berlaku sejak akhir tahun 1990-an dan pada 21 Februari 2012, perkara itu telah disahkan.

Anwar Sadat

Sejak Anwar dilabel pro-Israel bermula akhir 1990-an, individu pertama (bukan tokoh politik) yang mengesahkannya adalah seorang doktor bedah, warganegara Malaysia yang menetap di AS.Meskipun berada di AS, namun Dr Bakri Musa sering mengikuti perkembangan Malaysia.

Ketika Anwar memberi ceramah bertajuk “Democracy and the Muslim World”, di Stanford University pada 12 Oktober 2006, Dr Bakri turut serta menjadi pemerhati untuk mendengar pandangan Anwar.Ketika itu, Anwar sudah pun menetap di AS dengan menjadi pensyarah pelawat di Anwar Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown.

Ceramah Anwar Stanford University dianjurkan oleh FSI (The Freeman Spogli Institute for International Studies), dengan kerjasama daripada CDDRL (Stanford University the Center for Democracy, Development and the Rule of Law) dan Shorenstein APARC (Walter H. Shorenstein Asia-Pacific Research Center).

ANDA NAK TAHU APA YANG TERJADI ???

KLIK DI SINI 

UNTUK SELANJUTNYA

ADAKAH INI PEMIMPIN YANG ANDA AKAN SOKONG UNTUK MASA DEPAN ???

TQ BADUT RAKYAT

TRANSFORMASI VS REFORMASI


HAKIKATNYA pilihan raya Parlimen Malaysia (biasanya berserta juga Dewan Undangan Negeri) sudah semakin hampir. Mustahil ia semakin jauh kecuali ada elemen lain yang melenyapkan terus institusi pilihan raya itu. Persaingan kian menjurus kepada perlawanan dua aliran. Belum ada sebarang tanda serius kewujudan aliran ketiga. Pakar gerak saraf kedua-dua aliran itu tentu sedang bekerja keras memastikan strategi perang psikologi mereka lebih ampuh berbanding strategi lawan.

Barisan Nasional (BN) adalah sebuah entiti halal dan berdaftar, sebaliknya lawan kepadanya masih berupa entiti bersekedudukan hanya untuk keselesaan politik. Walaupun rakan saya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof sering memberi isyarat mengalu-alukan pendaftaran lawan kepada BN di bawah satu parti, hal ini belum terjadi oleh sebab-sebab yang antaranya diketahui oleh mereka yang di dalam sahaja selain sebab-sebab terkini yang sudah bukan misteri kepada orang awam.

Bagi memulakan apa-apa perang saraf selalunya perancang akan mencari slogan yang berbunyi agung kepada kumpulan mereka. Dalam hal inilah pihak lawan BN mendahului dengan menjulang apa yang mereka namakan sebagai ‘reformasi’ pada penghujung 1990-an lagi. Sebagai reaksi kepada slogan reformasi, BN pula kini tampil dengan slogan yang bunyinya mirip iaitu ‘transformasi’.

Para pengikut reformasi terutamanya memasarkan slogan itu dengan pelbagai cara dan media. Amat menarik diperhatikan, perkataan reformasi seperti difahami pada semua peringkat penganut, daripada pemimpin tertinggi hinggalah pemimpin jalanan kumpulan yang melawan BN berbanding perkataan ‘transformasi’ yang nampaknya hanya diucapkan dan difahami oleh Pengerusi BN. Bahkan, pemimpin-pemimpin yang terdekat dengan beliau juga kurang mengucapkannya. Nampaknya pemimpin terdekat dengan Pengerusi BN dan pengikut-pengikutnya lebih selesa memasarkan slogan 1Malaysia berbanding slogan ‘transformasi’.

Segolongan anak-anak muda yang menjadi pengikut kumpulan yang menentang BN nampaknya begitu bangga dan sukarela menggelar diri sendiri sebagai ‘reformer’. Seperti biasa, oleh sebab kebanyakannya saya lihat malas membaca, mudah tergoda dengan perkataan itu yang disampaikan oleh orang tua-tua yang hampir dengan mereka. Perkataan ‘reformasi’ baharu mereka jumpa dan dengar, lalu mereka dokong erat sebagai perkataan yang mempunyai prestij tertentu tanpa sedar apakah erti dan asal usul atau etimologi perkataan reformasi itu.

Kumpulan orang muda yang kadang kala bersuara sombong itu melihat dengan sinis bahawa mereka yang tidak mendukung seruan reformasi sebagai ketinggalan zaman dan tidak mengikut fesyen semasa. Mereka tidak sedar perkataan reformasi itu adalah perkataan yang sudah antik yang cuba diberi nafas semula oleh ketua-ketua mereka yang juga sudah berfikiran antik.

Jika mereka mengkaji dan menganalisis sejarah hidup ketua-ketua mereka itu, akan dijumpai kenyataan bahawa ketua-ketua yang dianggap begitu berilmu itu ialah kumpulan yang berfikiran tertutup dan gagal menguasai pelbagai ilmu yang berkembang secara letupan.

Masih, pada milenium ke-21, setelah begitu banyak rujukan baru dengan doktrin-doktrin kemanusiaan yang baru, terdengar berkali-kali pemimpin utama mereka merujuk Arnold Toynbee, yang selain disanjung kehebatan akademiknya, tidak banyak yang tahu dia adalah pekerja di Kementerian Luar British, secara khususnya di Jabatan Risikan Politik. Toynbee menjadi pakar runding dan penasihat risikan luar negara kepada kerajaan British terutamanya mengenai Asia Barat. Oleh itu, tidak mustahil mendiang terlibat menasihatkan Balfour mewujudkan national homeland Israel di bumi Palestin seperti tulisan saya yang lalu.

Anak-anak muda Melayu yang terasa berprestij dan berfesyen menyertai seruan reformasi tidak menyedari yang mereka sedang dalam perjalanan balik ke belakang di bawah pengaruh pemimpin-pemimpin berfikiran antik. Mereka tidak tahu bahawa sejarah reformasi berasal daripada perpecahan pelbagai kumpulan yang menentang Katolik Rom yang kemudiannya melahirkan gereja-gereja Protestant di Eropah.

Reformasi berasal daripada rebutan politik kerana adanya dua pihak yang masing-masing mengaku mempunyai Pope yang tulen. Pada umumnya pencatat-pencatat sejarah bersetuju reformasi berlaku pada kurun ke-17 yang disebut juga sebagai magisterial reformation.

Anak-anak muda menyangka jika reformasi di Malaysia berlaku, negara ini akan berubah ke arah yang mereka kehendaki. Sejarah reformasi menunjukkan keadaan berlainan daripada yang mereka kehendaki. Reformasi akan memanjangkan pertelingkahan, persengketaan dan peperangan kelompok-kelompok yang berpanjangan.

Contoh semasa boleh disaksikan di Afghanistan, Iraq, Mesir dan tidak ketinggalan pasca Marcos di Filipina. Di Eropah, reformasi yang disebutkan telah mengakibatkan perang saudara di seluruh Eropah yang mengambil masa beberapa dekad. Muncul kumpulan-kumpulan seperti Lutheran, Polish-Lithuanian Commonwealth, Puritan, Huguenots dan sebagainya. Terbukti reformasi penentangan tidak akan melenyapkan yang lama dengan kemunculan gerakan baru. 
Kemunculan pelbagai aliran hasil reformasi itu tidak sekali-kali berjaya melenyapkan katolik Rome.

Demikianlah pengajaran reformasi kepada anak muda Malaysia yang menyangka semua orang boleh ditewaskan dan menyerah kalah jika kumpulan mereka menang.

Eropah moden tidak lagi berminat dengan reformasi kerana mereka tahu reformasi tidak membawa erti penyatuan umat. Oleh itu mereka tampil dengan gagasan moden European Union untuk menyatukan fikrah dan kehidupan seluruh umat Eropah. Malangnya manusia di bumi lain, terutamanya negara mundur tergoda mengutip idea reformasi yang ketinggalan zaman itu.

Sedang Malaysia megah menuju menjadi negara maju dan bertekad membawa kebajikan kepada rakyatnya, muncul gerakan reformasi yang dipelopori oleh pemimpin yang berfikiran dunia ketiga. Ini menjadikan orang negara maju akan tertawa melihat Malaysia, walaupun telah jauh meninggalkan kedudukannya sebagai negara mundur, ada rakyatnya yang masih berfikiran kuno dan ketinggalan zaman semata-mata kerana mengambil jalan mudah mengsosiasikan diri dengan apa yang mereka panggil sebagai ‘kemuliaan perjuangan’ tanpa tahu memilih yang mana intan dan yang mana kaca.

Anak-anak muda generasi ‘Y’ sepatutnya memilih menjuarai gerakan ‘transformasi’ kerana asal usul transformasi sangat berkaitan dan dekat dengan mereka yang sepatutnya berfikiran saintifik pada milenium ke-21 ini. Transformasi adalah istilah yang tercipta daripada dunia biologi yang sangat saintifik. Mereka yang berada dalam dunia saintifik biologi molekular tentu dapat menerangkan dengan menarik sekali apakah itu ‘transformasi’ yang sepatutnya menjadi rujukan anak-anak Malaysia moden terutamanya mahasiswa di pengajian tinggi pada masa kini.

Anak-anak muda sewajarnya menghakmilikkan gerakan transformasi supaya tidak hanya menjadi slogan Perdana Menteri Malaysia berseorangan. Transformasi muncul seiring dengan tamadun sains melawan tamadun hantu dan tahyul.

Transformasi boleh terjadi secara ‘natural’ dan ‘artificial’ dan sangat sedikit digunakan untuk kejahatan dengan niat kerana proses transformasi sangat transparence dan tidak berbohong. Oleh sebab transformasi boleh dihuraikan secara saintifik, penggunaan transformasi untuk tujuan jahat akan cepat dapat dikesan berbanding reformasi yang sering menyilaukan pemandangan termasuk orang yang kelihatan waras.

Dapatan sains juga menunjukkan transformasi memerlukan genetik yang stabil bukan yang lemah. Transformasi berlaku dengan baik antara DNA spesies yang dekat dan saling berhubungan. Ini boleh ditafsirkan bahawa dalam konteks menjayakan transformasi Malaysia muncul menjadi penyumbang tamadun agung kemanusiaan, rakyat Malaysia hendaklah mempunyai keeratan hubungan, kesatuan fikiran dan kekuatan tersendiri untuk menjadi ‘perumah’ kepada proses transformasi itu.

Pemikiran-pemikiran antik dan pseudo-intelektual akan menjadi bakteria lemah yang menggagalkan pengembaraan penting Malaysia di abad ke-21.

Apa pun segala-galanya terpulang kepada anak-anak muda Malaysia. Mahu kembali kuno dengan slogan ‘reformasi’ yang bukan berasal dari bumi ini atau mahu mengalir bersama-sama menjadi masyarakat saintifik dengan gaya tersendiri seperti yang disebutkan dalam Wawasan 2020. Perahu di air dan dayung di tangan. Dayunglah dengan mata fikir yang jitu dan rapi.

PERJUANGAN ANTARA SELERA DAN NAFSU.....





NAFSU makan kalau terlalu diikutkan mampu mengundang bahaya dari sudut kesihatan. Namun ini tidak bermakna, kita tidak boleh merasai nikmat makanan sehingga mengawal selera keterlaluan. Apa yang penting, jangan keterlaluan sehingga menyebabkan pembaziran.


Pemimpin diktator seperti Joseph Stalin, Hitler dan beberapa lagi dilaporkan hidup mewah dan menikmati hidangan yang melampau pada saat rakyatnya dicatu makan dan hidup merempat.


Bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il yang meninggal dunia tahun lepas pula dikatakan mempunyai selera pelik yang menjengkelkan.


Perkara itu didedahkan oleh bekas tukang masaknya, Kenji Fujimoto, yang bertindak melarikan diri 10 tahun lepas.


Mentah Menurut Fujimoto, Jong-il penggemar makanan ikan mentah, sashimi. Apa yang peliknya, `mentah’ bagi Jong-il bererti ‘hidup-hidup’.


“Ikan yang disediakan perlu masih hidup dengan mulutnya masih bergerak-gerak pada saat pertama Jong-il menjamahnya.


“Ia benar-benar memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menyediakannya kerana ikan tersebut perlu dipotong berhati-hati tanpa merosakkan organ dalamannya bagi memastikan ia masih hidup ketika Jong-il mencicip shasimi ke mulutnya,” katanya.


Sikap cerewet Jong-il terhadap apa yang dimakan dan diminumnya, membuatkan Fujimoto terpaksa mengembara ke seluruh dunia untuk mendapatkan hanya yang segar untuk pemimpin Korea Utara itu.


Contohnya buah-buahan mesti dari China, Malaysia dan Thailand, makanan laut dari Jepun, kaviar dari Iran dan Uzbekistan manakala arak dari Amerika Syarikat (AS) dan Republik Czech.


Malah beras yang digunakan perlu diperiksa satu persatu hanya untuk mengasingkan beras yang patah atau hancur.


Memikirkan nasib penduduk negara itu yang berjumlah 22 juta orang dan pernah mengalami kekurangan makanan sehinggakan tiga juta daripadanya mati akibat kebuluran pada awal 1990-an – sukar untuk membayangkan bagaimana Jong-il boleh sewenang-wenangnya bermewah-mewah dengan makanan.


Sama-samalah kita nilai sendiri bagaimana kelakuan yang seharusnya bagi seorang pemimpin itu supaya mereka lebih dihormati dan disenangi.


***Huh..!!! selera syaitan tu namanya...!!!!