LEMBAH PANTAI : Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang tadi melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.
Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.
Program itu dianjurkan calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.
Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia. - Haprak Daily
Pergunakan ulama terkemuka dunia Islam semata-mata untuk tujuan politik....untuk 'MENGHALALKAN' Anwar Ibrahim sebagai 'Perdana Menteri'....