Wednesday, 14 March 2012

ZUL NOORDIN SAHKAN PKR TERIMA BANTUAN ASING

AIDCNews  – “Banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini..seperti Konrad Adeneur Foundation (KAF)..Open Society..dan lain-lain..pada saya ini memang sudah berlaku dalam PKR”, kata Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.
Zulkifli turut tidak menafikan faktor bantuan asing merupakan faktor kemenangan besar PKR dalam pilihanraya umum ke-12.
“Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing, kita menerima latihan dari NGO -NGO asing ini, bagaimana nak berkempen, kita nak berjumpa dengan orang ramai macam mana, sampai saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi contohnya, saya dihantar berkursus di Viena, di Filipina, bagaimana nak berdemo, ini semua memang tajaan badan-badan asing ini, itu semua orang dah tahu.
Saya lihat badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu. katanya.

NOH OMAR SAMAN ADUN SEKINCHAN...RM110 JUTA

 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor serta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim kerana didakwa memfitnah beliau.

Noh berkata, kerajaan negeri Selangor melalui akhbar rasminya SelangorKini dalam keluaran 25 November-2 Disember 2011 menerbitkan dua artikel yang dikatakan memfitnah beliau berbunyi: "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" serta artikel yang turut menyiarkan kain rentang "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".

"Satu kita saman kerajaan negeri bersama enam yang lain termasuk sidang pengarang SelangorKini dan satu lagi kepada ADUN Sekinchan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Katanya, saman sebanyak RM10 juta setiap satu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Mac lalu melalui peguamnya, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Noh berkata, penerbitan kata-kata fitnah itu boleh menjatuhkan reputasi beliau sebagai anggota parlimen Tanjong Karang, menteri dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk pendengaran pengurusan kes. - BERNAMA

KAF DAN NED TAJA PKR

Agendadaily – Dakwaan mengenai dana asing dan PKR sudah sinonim dalam politik Malaysia.Ia bukan cerita baru, tapi sebelum ini cerita tersebut hanya tersebar dari blog ke blog atau mulut ke mulut.
Namum Selasa, Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan buat kali pertama secara terbuka sesuatu yang agak mengemparkan berdasarkan sumber dalaman PKR sendiri.
Katanya pendedahan ini ‘sukar dinafikan’ PKR.
Pendedahan yang disokong berbagai dokumen itu antara lain mendakwa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).
 
Menurut Mohd Zin, agensi yang dimaksudkan adalah Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).
KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan ‘Perjanjian Luxemborg’.
Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada parti itu.
 
Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).
“KAF secara terbuka menaja PKR menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di Jerman yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.
“Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri,” katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam.
“KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah di Jerman… KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC).
“Ini ialah pendekatan yang diambil oleh Anwar dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara.
“Usaha ini sebenarnya bermula selepas PRU pada tahun 2004 bagi menghadapi PRU tahun 2008,”ujarnya.
Selain KAF, Mohd Zin mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR.
Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.
“PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti,” katanya.
NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat, Madeline Albright.
 
Selain NDI, cabang lain ialah Institut Republikan Antarabangsa (IRI), the Pusat Solidariti Buruh Antarabangsa Amerika (ACILS), dan Pusat Perniagaan Swasta Antarabangsa Amerika (CIPE).
“IRI dipengerusikan Senator John McCain, yang juga sekutu Anwar. Agensi-agensi ini merupakan proksi kepada golongan Yahudi Zionis,” katanya.
Mohd Zin mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya.
“Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.
“Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR,” katanya lagi.
“Menggunakan sentimen agama dan wujudkan kebencian dalam kalangan rakyat bagi rampas kerajaan adalah kaedah paling primitif dan tidak bertamadun.
“UMNO dan seluruh rakyat Malaysia yang berfikiran matang pastinya tidak dapat menerima penjajahan kuasa asing melalui kaedah ini,” ujarnya

HARI BERTEMU PELANGGAN : MB PERAK DENGAR SENDIRI ADUAN, MASALAH DAN KELUH KESAH RAKYAT

 

Rakyat Perak perlu berbangga kerana mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa dan sentiasa mendengar keluh kesah masyarakat di semua peringkat selain membantu meringankan bebanan mereka.
Seperti yang biasa dilakukan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pada setiap Selasa (Hari Bertemu Pelanggan), pemimpin berkenaan akan duduk bersama rakyat bagi membantu menyelesaikan masalah.
“Pada hari ini (semalam), kita telah dapat menemui rakyat dalam usaha kita untuk mengenalpasti masalah rakyat.
“Ada dalam 150 orang datang hari ini… dan pelbagai masalah yang ditimbulkan atau aduan yang perlu kita kendalikan.
“Apa-apa pun kita akan mencari cara yang terbaik untuk bantu,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK semalam.
Dalam pada itu, usaha Zambry dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat syarikat penternak dan pengeluar itik kedua terbesar di Perak Viatak Enterprise Sdn Bhd akhirnya membuahkan hasil.
Kini, 60 ekar tanah yang diusahakan syarikat berkenaan dikekalkan serta diberi pajakan dalam tempoh 20 tahun.
Terdahulu, Viatek diarahkan keluar daripada tanah seluas 24 hektar oleh sebuah syarikat senarai awam (public listed company) yang didakwa pemilik sah kepada tanah yang terletak di daerah Kampar itu.
***Setiap bulan, pada hari Jumaat, MB Perak yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut akan berjumpa dengan masyarakat setempat yang ingin mengajukan masalah mereka masing-masing - Hari Bertemu Pelanggan di Bangunan UMNO Bahagian Lumut, Sitiawan.

DOKUMEN : BUKTI KERAJAAN TIDAK PINGGIRKAN CUEPACS!!!

Semalam di dalam Dewan Rakyat, ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya  telah memfitnah kononnya Perdana Menteri meminggirkan CUEPACS dalam SBPA.


IKUTI PENDEDAHAN MYMASSA :
SBPA: NAJIB NAFI TAK BINCANG DENGAN CUEPACS 

Sinar Harian
13 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.

Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Januari
lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."

Jawapan itu menyebabkan Mahfuz dan beberapa anggota pembangkang lain termasuk Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) tidak berpuas hati.

Ini buktinya yang MyMassa nak dedahkan.




Cuepacs sendiri telah dibawa berbincang selama lebih setahun sebelum SBPA diumumkan oleh YAB PM.

Memorandum di atas akan menjadi bukti bahawa CUEPACS yang mewakili penjawat awam bersetuju dengan SBPA serta pindaan-pindaan yang telah dibuat ke atas skim tersebut.

Jadi kepada pembaca MyMassa dan rakan blogger, gunakan bukti ini untuk menjawab fitnah pembangkang bahawa Kerajaan meninggalkan CUEPACS dalam SBPA.

*Salah seorang pembangkang yang cuba nak fitnah PM pasal SBPA dalam Dewan Rakyat semalam adalah Mahfuz Omar. Mari kita tengok video siapa Mahfuz sebenarnya.

SAKSIKAN!!!!!....KEHIDUPAN PAPA KEDANA DI INDIA - TIDUR BERLANTAIKAN BUMI BERBUMBUNGKAN LANGIT!!!!

HARGA SEBUAH KEHIDUPAN....
DALAM DERITA MASIH ADA KETAWA....
BAGI MEREKA, DAPAT MELELAPKAN MATA WALAU BERLANTAIKAN BUMI DAN BERBUMBUNGKAN LANGIT PUN, ADALAH SUATU NIKMAT YANG SUKAR UNTUK DI TAFSIR DENGAN KATA-KATA......





















SENYUMLAH.............
DAN
HARGAILAH KEHIDUPAN...............
BERSYUKURLAH SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YG HIDUP AMAN MAKMUR DAN HARMONI....
TAK ADA RUMAH.... KERAJAAN BANTU.... SEBUAH RUMAH TANPA BAYARAN BALIK WALAU SESEN PUN MELALUI.... BAITULMAL, PBR DAN YBU (rakyat Perak).
RUMAH YG ROSAK - MOHON BANTUAN UTK MEMBAIKI BUMBUNG, LANTAI DAN SEBAGAINYA....JUGA PERCUMA!!!!

  

ADIK DIRANG DIBAKAR KETIKA NYAWA2 IKAN???? ASTAGHAFIRULLAHAL'AZIM!!!

 

Seperti yang semua sedia maklum bahawa Ujian DNA telah mengesahkan bahawa rangka rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit Nusa Damai adalah adik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya Dirang dari rumahnya di Flat Seri Delima dua minggu yang lalu.

Pihak polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri untuk membantu siasatan.

Menurut beberapa laporan akhbar hari ini pihak Polis sedang dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk mendakwa suspek yang membunuh dan membakar Nur Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang.
 
Pihak polis sedang menunggu laporan dari jabatan kimia untuk menyiapkan kertas siasatan dan akan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selajutnya.



Tiga dari empat suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis metamphetamine dan “ice”. Dua dari suspek tersebut juga didapati mempunyai rekod jenayah untuk kes dadah dan curi.

Harap siasatan cepat selesai dan pembunuh segera dihadapkan ke mahkamah untuk hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang kejam ini.

Jikalau benar mereka ini adalah Pembunuh Adik Dirang, tiada sebab mereka diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Kerana fakta jelas melaporkan bahawa majoriti pembunuh2 sebegini menerusi rekod Mahkamah tidak akan pernah serik melakukan kekejaman sebegini jika mereka tidak dijatuhkan hukuman setimpal.

 Insyaallah. Adik Nurul Nadirah bakal Tenang dilindungi Allah di Syurga. Al Fatihah. 

BUKAN MUDAH MAHU MENTADBIR SEBUAH NEGARA....!!!

PADA 8 Mac 2012, genap ulang tahun keempat Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang disebut sebagai tsunami politik oleh kebanyakan media tempatan. Apa yang jelas sepanjang empat tahun pihak pembangkang memerintah negeri Selangor dan ahli Parlimen mereka 'mentadbir' kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur, keadaannya masih sama seperti sebelum PRU-12.


Bukan dari segi prasarana tetapi siapa yang lebih banyak memajukannya. Hakikatnya Kuala Lumpur terus-terusan dimajukan oleh Kerajaan Pusat yang mana dalam masa yang sama Ahli Parlimen pembangkang cuba menangguk di 'air banjir' yang keruh.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan PKR Selangor ternyata sibuk berpolitik hingga mengabaikan kebajikan rakyat sebagaimana janji mereka dalam manifesto PRU-12.


Apakah prioriti kerajaan negeri sebenarnya di Selangor masih tidak diketahui sehingga kini. Sebagai contoh Kerajaan Negeri Selangor mempertingkatkan hasil negeri dengan menaikkan sewenang-wenangnya kos pendaftaran dokumen pindah milik 100 peratus (%) dan yuran urusan-urusan lain di pejabat tanah dan galian telah dinaikkan.


Sepatutnya urusan tersebut dipermudahkan bukannya menekan rakyat negeri ini secara kewangan. Semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah bayaran pendaftaran tanah di tahap kemampuan rakyat yang menjual tanah, tetapi hari ini transaksi pindah milik semakin tinggi dan banyak rungutan dalam kalangan rakyat apabila senario ini berlaku.
Isu keputusan kes sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang tidak akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) adalah satu lagi bukti kerajaan pakatan pembangkang hilang fokus untuk mewujudkan negeri ini sebagai sebuah negeri yang mempunyai organisasi yang berfungsi.


Setakat memanggil dan menggertak Yayasan Selangor namun tiada tindakan diambil ia bukan sekadar mahkamah kanggaru, malah boleh juga digelar mahkamah syok sendiri.


Itu baru dua isu di Selangor, di Kedah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut tergugat dengan percaturan politik dalaman yang bukan sahaja merunsingkan fikiran beliau, malahan Pas Pusat sendiri terpaksa menjadi pengadil. Rakyat Kedah sudah pasti boleh menilai apakah jenis kepimpinan yang mereka kehendaki, kepimpinan ulama atau pemimpin yang tamak.


Justeru rakyat Selangor dan Kedah perlu bijak menilai sama ada mahu terus mengekalkan kerajaan yang lebih mementingkan politik dalaman antara pemimpin atasan atau kerajaan BN yang tidak memilih bulu mengagihkan duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan barang murah di Kedai Rakyat 1Malaysia serta jenama lain 1Malaysia yang tidak dimiliki oleh pembangkang walaupun satu.


Sesungguhnya menjadi pemerintah bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan, kesungguhan dan sanggup berkorban membantu rakyat seterusnya memajukan negeri atau negara.


Isu di Kedah semakin parah bahana Menteri Besar itu sakit di sana sini. Di Selangor, Penasihat Ekonominya diselubungi masalah dari kes mahkamah hingga pendapat populisnya yang sering mengundang kemarahan rakyat Islam di negara ini. Kepada rakyat nilailah sama ada kerajaan parti pembangkang berwibawa atau hanya terbawa-bawa dengan kuasa yang ada.

'IMAM SELIPAR' DIJULANG SEBAGAI HERO OLEH PEMBANGKANG!!!

ADAKAH selayaknya Hoslan Hussin disamatarafkan dengan Muntadar al-Zaidi? Apa persamaan kedua-duanya sehingga Hoslan mahu disamakan dengan Muntadar?


 


Hoslan, imam di sebuah masjid di Kampung Pandan, manakala Muntadar, wartawan dari Iraq – kaitan antara mereka adalah perbuatan Muntadar membaling kasut dan Hoslan membaling selipar.

Ketika nama Muntadar menggemparkan dunia kerana tindakan membaling kasut ke arah George W. Bush, Hoslan pula dijulang pembangkang Malaysia gara-gara melempar selipar ke arah tiga hakim Mahkamah Persekutuan.

Kasut Muntadar yang melayang hampir mengenai kepala Bush adalah lontaran kemarahan wartawan itu terhadap keganasan, penindasan serta penganiayaan Amerika Syarikat (AS) terhadap rakyat Iraq.

Apa pula kaitan selipar Hoslan dengan tiga hakim yang ternyata amat terkejut apabila benda yang sepatutnya tersarung di kaki melayang sedemikian rupa.

Hoslan berang apabila mahkamah menolak permohonannya mencabar tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengarahkan dia mengosongkan kuarters yang didudukinya lantaran dia tidak lagi menjadi imam di situ.

Kupasan perihal tindakan Hoslan telah pun dibuat sebelum ini. Yang ingin disentuh di sini adalah kesungguhan beberapa pihak terutamanya pembangkang menjulang Hoslan seakan-akan lelaki itu ‘maksum’ sehingga tidak boleh dikenakan hukuman penjara kerana menghina mahkamah.

Ketika ditemu ramah, bapa kepada tujuh anak itu membangkitkan kononnya dia mahu menegakkan keadilan. Dia mahu membongkar penyelewengan di masjid, justeru adalah satu penganiayaan apabila dia dilayan begitu oleh ketiga-tiga hakim itu.

Tidak ramai yang mahu tahu cerita sebenar semasa prosiding di mahkamah. Tiada siapa peduli dengan kesabaran ketiga-tiga hakim dengan tindak-tanduk Hoslan yang tidak mampu mempertahankan ciri-ciri seorang imam ketika berhadapan dengan secebis cabaran di mahkamah dunia.

Meniti di mulut Hoslan, dia digari. Katanya hakim berat sebelah. Tetapi tidak pula diberitakan tentang berhati-hatinya petugas mahkamah termasuk polis menenangkannya dan para hakim pula mengawal tutur kata supaya tidak menyakiti imam yang telah melemparkan sepasang seliparnya di muka pengadilan.

Mengapa Hoslan membangkitkan perihal penyelewengan masjid sedangkan para hakim di Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya untuk mencabar kesahihan tindakan MAIWP mengarahkan dia mengosongkan kuarters di situ.

Biar pun mungkin ada kaitan antara pemecatan Hoslan, arahan pengosongan dan dakwaannya ada penyelewengan di masjid itu, tetapi di mana kewajarannya apabila tiga hakim mendengar kes yang berbeza itu dilayan begitu.

Lebih mengecewakan apabila Hoslan ditemu ramah, dia memberi versi yang berbeza. Portal pembangkang, akhbar milik parti dan peguam-peguam hebat melonjakkan Hoslan sebagai hero sehingga menyamai Muntadar yang antikeganasan. Kononnya, kasut yang dibaling Hoslan mewakili kekecewaannya yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Dia mendakwa memberitahu para hakim tidak pernah dalam sejarah seorang imam dihadapkan ke mahkamah kerana cuba menegakkan prinsip Islam yang menentang penyelewengan.

Soalnya adakah Mahkamah Persekutuan pada hari permohonannya ditolak membicarakan tuduhan salah laku pengurusan masjid atau keengganan Hoslan mengosongkan premis yang diduduki lantaran dia tidak lagi menjadi imam di masjid tersebut.

Hoslan sepatutnya tampil dengan bukti. Jika laporan polis dibuat beribu kali tetapi imam itu tidak bekerjasama memberikan bukti wujudnya penyelewengan, tentunya keadilan yang cuba diangkat akan tergantung begitu sahaja.
Sebagai seorang imam yang dadanya dipenuhi ajaran Islam dan nilai-nilai murni, bukankah Hoslan sepatutnya sangat arif untuk membezakan antara tohmahan, fitnah dan kebenaran. Dia juga patutnya amat peka tentang keperluan saksi, bukti, perbicaraan dan penghakiman dalam proses mengangkat keadilan seperti yang dicanang dalam siri temu ramah selepas insiden tersebut.

Perlu diingat bahawa keputusan panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas Hoslan bukan saja kerana tragedi melempar selipar. Sebaliknya Hoslan juga didapati menghina mahkamah apabila membuat kenyataan demi kenyataan kononnya dia tidak diberi hak untuk didengar secara adil sebelum permohonannya ditolak.

Pendek kata, imam itu memperlekehkan institusi kehakiman bukan saja melalui perbuatan di dalam mahkamah malah kata-katanya di luar mahkamah yang kemudian disebar luas oleh portal berita.

Kesan perbuatan dan kata-kata itu sehingga ke satu peringkat dia dilihat sebagai hero seperti mana Muntadar yang diangkat kerana keberaniannya memalukan Bush di mata dunia.

Portal berita seperti Malaysiakini dan lidah rasmi Pas langsung tidak menyentuh tentang maki hamun serta ugutan Hoslan. Penulis-penulis di itu hanya menonjolkan cerita sebelah pihak tanpa memberi ruang kepada berita sebenar semasa prosiding mahkamah yang menyaksikan Hoslan sewenang-wenangnya menghina barisan hakim yang mendengar kes pengosongan kuarters dan bukannnya kes pemecatan jawatan, jauh sekali penyelewengan.

“Saya tidak akan begitu bermurah hati. Seorang imam itu dipandang tinggi, berhemah tinggi dan berbudi pekerti tinggi. Namun awak tidak begitu, tindakan sedemikian saya tidak boleh terima,” kata Hakim Zulkefli.

Biar pun Hoslan memohon maaf dan mengaku keliru terhadap prosiding sivil yang pada fahamannya patut didengar Mahkamah Syariah, namun masih ada suara mahu hukuman penjara setahun itu dibatalkan seolah-olah menidakkan kekeliruan imam tersebut.

Lim Kit Siang misalnya mahu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria campur tangan terhadap keputusan yang disifatkan ‘keras dan keterlaluan’ itu.

Jika Muntadar ketika berkempen di Paris bagi mengheret Bush ke mahkamah antarabangsa turut dibaling kasut, apa pula paras tindakan menghina mahkamah yang dikenakan ke atas Hoslan? Mengapa pula mahkamah dianggap keras dan keterlaluan jika penghinaan dijaja sedemikian rupa.

Ketua Biro Putrajaya 

JANGANLAH SOMBONG SANGAT...!!!

LIM Guan Eng selalu menganggap dirinya bijak. Sikap kiasunya cukup menebal. Cakap tak serupa bikin. Dulu dialah juara yang menentang projek-projek mega yang dianggapnya sebagai membazir.

Bapanya, Lim Kit Siang pernah menentang projek lebuh raya PLUS, sehingga sanggup memandu tanpa membayar tol. Bapanya itu juga yang menentang pembinaan jambatan Pulau Pinang dan projek kereta nasional, Proton.

Kini anaknya telah diangkat sebagai Ketua Menteri. Semua orang dianggapnya salah. Beliau sahaja yang betul.

 

Sehinggakan teguran kini tidak boleh lagi didengari. Jika kena tegur beliau akan melenting. Mana-mana media yang mengkritiknya akan dikenakan tindakan, sama ada disisih, diboikot dengan pelbagai tuduhan.

Paling kemuncak adalah menyaman media itu. Itulah cara Ketua Menteri yang dinaungi oleh DAP mentadbir. Mungkinkah beliau meniru apa yang dilakukan oleh pengasas PAP, Lee Kuan Yew di Singapura?

Atas sebab keras kepalanya, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mengingatkan Guan Eng supaya jangan menganggap diri terlalu berkuasa umpama tuhan atau malaikat.

Mohamed Idris sebelum ini mengkritik kerajaan Guan Eng kerana gagal melakukan proses rundingan awam membabitkan cadangan beberapa projek mega yang akan dilakukan.

Kritikan Mohamed Idris itu kemudian dibalas balik oleh Guan Eng dengan menuduhnya sebagai ‘‘tidak faham’’.
Wahai Guan Eng, janganlah sombong sangat.

Awang Selamat