Kuala Lumpur: Dua ketua jurulatih - Rashid Sidek dan Muhammad Dharma Raj
Abdullah - yang menjadi tumpuan selepas berakhir Sukan Komanwel Glasgow
baru-baru ini, gara-gara prestasi hambar skud bimbingan mereka akhirnya
menemui takdir masing-masing.
Rashid yang dipersalahkan seratus
peratus oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku
Mahaleel Tengku Ariff dek prestasi buruk perseorangan lelaki, Liew
Daren semalam memutuskan untuk meletak jawatan dalam tempoh terdekat.
Namun,
nasib Dhaarma pula hanya diputuskan oleh Konfederasi Hoki Malaysia
(MHC) yang mengadakan mesyuarat Majlis tergemar hari ini.