Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengingatkan pihak pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye supaya tidak memanipulasi isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya dibimbangi akan mengeruhkan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini.
Katanya, isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana majoriti penduduk yang tinggal di kawasan itu kaum Melayu dan beliau sendiri menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu bapa murid yang mahu anak mereka belajar di sebuah sekolah yang lebih selesa.
Punca kepada semua kekalutan itu adalah kerana sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Taman Desa Aman. Satu masa dulu terdapat sebuah sekolah agama rakyat yang menumpang dibahagian bawah sebuah surau papan dua tingkat.
TOKYO - Laman sosial Google sekali lagi di saman atas dakwaan melakukan kesalahan terhadap fungsi autolengkapnya yang menimbulkan unsur fitnah secara automatik dalam enjin carian nama seorang lelaki di Jepun.
Lelaki berkenaan yang tidak disiarkan namanya, menuntut Google membuang ungkapan berbaur fitnah itu dan bayaran pampasan kerana menjatuhkan air muka serta percaya kejadian itu menyebabkan dia hilang pekerjaan pada tahun lalu termasuk mengalami kesukaran mencari pekerjaan baru.
Dalam satu tuntutan pada awal tahun, Google diarahkan mahkamah Tokyo menghentikan penyiaran ungkapan jenayah selepas nama kedua lelaki itu, tetapi gagal mematuhinya atas dakwaan ia bukan di bawah undang-undang Jepun.
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini, pasti mengharapkan wajah dan fizikal yang sempurna, cantik dan lengkap serba serbi... Tetapi, mampukah kita menolak ketentuan kejadian yang telah Allah tetapkan untuk kita.... ??
Adakah kerana anda berwajah buruk, menakutkan dan hodoh, anda tidak boleh menjadi terkenal, hebat dan kaya..??? Jangan anda tak tau, bagi sesetengah orang, wajah hodoh itu membawa tuah kepada dirinya.
DI ZIMBABWE, pemenang wajah terhodoh, menyimpan hasrat menjadi terkenal dan kaya selepas memenangi pertandingan itu, dua bulan lalu.
William Masvinu, 38, dari bandar Mbare berharap kemenangannya itu dapat memberi peluang untuknya menjadi model iklan sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan.
“Saya berbangga dikurniakan wajah hodoh, muka saya membuatkan saya istimewa dan tiada sebab untuk berasa rendah diri,” katanya.
Ketika pertandingan itu, beliau meraih wang AS$100 (RM320) dan menginap di hotel mewah selepas menewaskan empat lelaki lain.
“Saya telah menukar baucar itu kepada tunai untuk membeli makanan kerana tiada sebab untuk menginap di hotel mewah sedangkan terpaksa berlapar, “ katanya.
Menurut penganjur, pertandingan itu dibuat sebagai cara baru menghiburkan penonton kerana selama ini Zimbabwe sering menjadi tuan rumah untuk pertandingan ratu cantik konvensional.
SHAH ALAM - Chin Peng, pemimpin perang gerila yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun, sekarang sedang menghadapi saat-saat kematian di Thailand.
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, 90, sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bangkok dan berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin tenat.
Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”
Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”
Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.
Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan. Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu. Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat. Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya. Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.
Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.
Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat. Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong. Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che’ Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.
Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba ‘mengecat-putihkan’ apa yang gelap mengenai Lynas. Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta ‘pencinta alam’ yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.
Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.
Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.
Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.”
Dan, “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia…Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan… (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.”
Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali.
Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.
Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”. Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara. Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.
Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.
Nampaknya, dalam isu ini, yang membahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya. Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.
Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur. Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.
Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.