ALOR SETAR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.
Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas PAS Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.