Tuesday 4 June 2013

AL-FATIHAH : PENDAKI MALAYSIA KE MISI BASE CAMP EVEREST MENINGGAL DUNIA


Seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) 
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama. 
Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk. 
Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. 
Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu. - BH

MELISSA GOOI DITAHAN POLIS, 4 LAGI RAKAN DIBURU....



Seorang suspek wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan polis hari ini.
   
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata wanita berumur 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, Ampang di sini pada 9.30 pagi.

BERANG DICEKUP, PELAJAR CHINA TUNJUK ISYARAT LUCAH

Foto
WANITA warga China (dua dari kanan) menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar dan anggota penguat kuasa.
Nilai: Seorang pelajar wanita warga China di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu kota yang diberkas Jabatan Imigresen Negeri Sembilan kerana disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri, bertindak biadab apabila menunjukkan isyarat lucah terhadap penguat kuasa dan jurugambar bertugas.

SADIS : IKAT DAN ROGOL ISTERI SENDIRI.....!!!

Gombak : Tidak dapat menerima keputusan isteri yang tetap mahu bercerai walaupun sudah dipujuk berulang kali, seorang lelaki tergamak ‘menculik’ wanita itu di sebuah pasar raya di Kepong, dekat sini dan membawanya ke Batu Arang, sebelum mengikat tangan serta memperkosanya di dalam kereta.

AL-FATIHAH : PELAWAK S.SHAMSUDIN KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.
Berita pemergiannya Allahyarham itu disahkan oleh pelakon Datuk Aziz Sattar yang merupakan rakan artis seangkatannya ketika mereka memulakan kerjaya lakonan di studio Jalan Ampas, Singapura.

PEMILIK BOT EKSPRES 'KAWAN MAS' YANG KARAM.....???


BELAGA: Sejak hari pertama tragedi bot ekspres 'Kawan Mas' karam di Giam Bungan, Sungai Rajang kelibat Sebastian Lee Tiang Shuy sering dilihat di lokasi bot karam dan semasa taklimat operasi mencari dan menyelamat Pejabat Daerah Belaga.

Namun pada Ahad, Lee, yang berusia 45 tahun dan pemilik kedai runcit di Bazar Belaga terkejut apabila diberitahu dia mempunyai 'saham nominal' di dalam syarikat pengendali bot ekspres itu selepas enam hari nahas berlaku.

PESURUHJAYA TINGGI BANGLADESH SAHKAN ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG BESAR....!!!


Dakwaan Pakatan Pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim mengatakan seramai 40,000 rakyat Bangladesh dibawa ke Malaysia sebagai pengundi pada PRU-13 yang lepas.

Bagaimanapun dakwaan Anwar Ibrahim itu telah disangkal Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan dakwaan itu tidak masuk akal dan cubaan untuk mencemar imej dan nama negara Bangladesh selain propaganda jahat parti pembangkang.

NGERI : WARGA MYANMAR MAUT DITETAK 10 KALI


KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki warga Myanmar maut akibat ditetak dalam kejadian di Jalan Merdeka Ria 3, Kampung Baru Ampang, di sini hari ini (semalam).
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Md Nazri Zawawi berkata kejadian berlaku pukul 7.30 pagi ketika mangsa yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta, sedang tidur di premis tempat kerjanya.