Tuesday 19 June 2012

GEMPAR!! PENYANYI DAN BAPA DITEMBAK MATI...!!!


PESHAWAR – Seorang penyanyi popular Pakistan yang melarikan diri daripada puak Taliban untuk meneruskan karier muzik, ditembak mati di Peshawar.

Menurut polis, Ghazala Javed, 24, ditembak enam kali oleh beberapa lelaki bersenjata ketika beliau ameninggal pusat kecantikan.

Bagaimanapun, polis tidak mengesyaki puak Taliban sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu tetapi menyatakan bekas suami mangsa adalah suspek kes berkenaan. Bapa mangsa yang berada bersama beliau turut terbunuh.-MyNewsHub

KSN YANG BARU.....


KUALA LUMPUR 19 Jun - Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menerusi Bernama hari ini berkata beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu.Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.    

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.    Beliau mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Dis 1997 hingga 21 April 2009.Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.

"Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya  dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata  kenyataan itu.-KLPos

HUSAM PELINGKUP KGT...!!!


Husam Musa dan Omar Vallido

Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) didakwa berhadapan dengan kemelut salah laku terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat tersebut.

Berdasarkan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei lalu, beliau mendakwa menjadi mangsa penipuan pegawai kanan berkenaan yang dianggarkan melibatkan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta).

Difahamkan pelabur Jepun itu sebelum ini dikatakan tertarik dengan perniagaan program syiling dinar dan dirham yang diperkenalkan oleh lelaki itu membabitkan KGT.

Malah, pegawai terbabit dikatakan menggunakan nama dua sultan di negara ini dan juga Kesultanan Sulu, selain nama kerajaan Zimbabwe bagi mempengaruhi pelabur Jepun tersebut.

Pelabur Jepun itu dikatakan telah menyediakan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta) dalam masa satu bulan dan kemudian membeli emas serta perak untuk program perniagaan dinar dan dirham.

Bagaimanapun, Kono kemudian ingin menarik diri daripada perniagaan tersebut selepas hilang keyakinan terhadap pegawai kanan itu, namun emas dan perak yang dibelinya dikatakan telah dihantar ke Kazakhstan.

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi laporan polis yang telah dibuat oleh seorang individu warga Perancis bernama Mohamed Esfih pada 1 Jun lalu terhadap pegawai yang sama ekoran aktiviti keagamaan yang begitu meragukan dilakukan oleh lelaki itu di sebuah kondominium hampir setiap pagi Ahad.

Menurut Mohamed, sepanjang beliau menyertai kumpulan itu kira-kira dua bulan lalu, didapati lelaki yang digelar sebagai "Sheikh" tersebut mendakwa dirinya dianugerahkan kuasa yang luar biasa.


MALANGNYA... TIADA RAKYAT MALAYSIA YANG DI SAPINA OLEH MAHKAMAH PERANCIS...!!!




Melihat namanya.... SUARAM... sesuai sekali singkatan kepada Suara Anak Haram.... Pembela Pakatan Haram Pembangkang yang sentiasa create fitnah dan kemudian menyebarkannya di alam cyber demi untuk memalukan dan sekaligus merealisasikan cita-cita paling besar mereka, menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.


Pada mulanya,mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun. Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.