Wednesday 26 December 2012

TRAJEDI POKOK KAKTUS.....


Teman memang minat giler dengan kaktus. Pokoknya yang unik dan pelbagai bentuk dengan durinya yang halus  membaluti bahagian luarnya membuatkan kaktus sesuai untuk dijadikan sebagai antara koleksi hiasan di halaman rumah anda.... lebih-lebih lagi jika masa anda agak terbatas untuk sentiasa membelai tanaman hiasan yang anda gemari kerana kaktus tidak perlukan rutin semua itu. Menjirusnya hanya 2 kali seminggu dan membajanya hanya setiap 6 bulan.... ada yang mengatakan kaktus memang sesuai untuk mereka yang 'malas'...!!!

Tidak dinafikan teman memang dah biasa sangat tercucuk duri kaktus. Bisanya sangat sakit sehingga boleh dirasakan 'sampai ke hati'. Tapi kata orang, kalau dah minat.... CINTA PUNYA PASAL, ada aku kesah! TETAPI teman masih dan sentiasa berdoa agar insiden seperti berikut tidak akan berlaku kepada teman dan juga penggemar-penggemar kaktus yang lainnya.... minta simpang!!!

GILIRAN HADI AWANG PULA K.O....???


BENARKAH HADI SAKIT TENAT..?

Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka. Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya, namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi. Seperti yang didedahkan, amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah kepada kehilangan nyawa.
Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa. Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya, basi.

JANDA MALAYSIA IDAMAN SULTAN BRUNEI...???

Teman pernah paparkan mengenai posting dalam blog ini mengenai Harta Kekayaan yang dimiliki oleh Sultan Brunei.  Sekaligus sedikit berita mengenai Personaliti TV3 yang tiba-tiba mengejutkan khalayak dengan perceraiannya bersama Sultan Brunei pada 16 Jun 2010 setelah 5 tahun mendirikan rumahtangga.  Begitulah jodoh yang Allah tentukan, kebahagiaan bersama seorang kaya-raya, terkenal dan elit, rupa-rupanya tidak berpanjangan buat Azrinaz Mazhar Hakim.. BACA DI SINI



Hari ini, melalui blog MALAYSIA INSTINCT, teman telah terbaca mengenai artikel berikut :

Nampaknya Sultan Brunei masih tercari-cari pengganti pengubat hati yang masih perit akibat perpisahan Baginda dengan isteri yang ke tiga, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar. Belum pun reda dengan berita perpisahan mengejut ini, rata-rata rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa dan mengapa boleh bercerai ? Apakah Azrinaz menolak tuah atau Sultan Brunei tersalah langkah ?

NGEH DAN NGA BELI TANAH TU... ???



IPOH - Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham mendedahkan bahawa pemilikan tanah seluas lebih 4,200 hektar di Kelantan hanya berjaya diperoleh pada April 2012

Menurutnya, beliau bersama pelabur lain termasuk Setiausaha DAP, Nga Kor Ming hanya membeli tanah tersebut setelah syarikat yang dilantik gagal melaksanakan projek pembangunan di negeri itu.

Katanya, sebelum ini tanah Hutan Simpan Relai, Gua Musang, Kelantan itu sudah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 13 September 2000.

PAS BENARKAN JUALAN TERBUKA ARAK DI SELANGOR...??


Jualan arak secara terbuka di pasaraya serbaneka di seluruh Selangor berpunca dari dari sikap PAS yang berdiam diri, kata bekas Setiusaha AMK PKR, SD Johari Yassin.
“PAS walaupun mendakwa sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi gagal mengawal penjualan arak. Di Selangor, tiada apa yang boleh dibanggakan walaupun PAS sebahagian daripada pemerintahan Pakatan.
“Saya yakin rakyat dapat menilai betapa teruknya kegagalan PAS yang sepatutnya menjadi wakil suara pengundi Islam. sebaliknya tunduk sujud kepada penguasan DAP dalam menentukan apa sahaja yang perlu dilakukan walaupun bercanggah dengan Islam,” katanya ketika dihubungi.

AWANG ADEK TAHU PASAL UPAYAPADU DAN TANAH 10,526 HEKTAR....???


KOTA BHARU : Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.

Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan  Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.

Demikian kata Ustaz Fadli Shaari (gambar), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005. 

Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. 

GEMPAR !!! NGEH KOO HAM DAN KARPAL 'BERGADUH'....???


Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mempertahankan pingat gelaran “Datuk” yang dianugerahkan kepada dirinya oleh Sultan Perak pada tahu 2008 yang lalu.

Beliau menegaskan sebelum dirinya menerima pangkat “Datuk”, isu ini pernah diketengahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dimana majoriti berkata beliau “harus menerima anugerah itu”, tetapi Karpal menentang idea tersebut.

"Saya harap saudara Karpal Singh akan menerima keputusan majoriti CEC dan tidak menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan kepimpinan parti.“

CANTIKNYA PILOT WANITA PERTAMA MALAYSIA.....

Juruterbang Wanita Pertama Di M'sia
NORASHIKIN ONN

Memasang angan-angan untuk menceburi bidang pekerjaan kaum lelaki bukanlah satu perkara mustahil bagi insan bergelar wanita.

Ia terbukti apabila Kepten Norashikin Onn secara rasmi telah mendapat lesen sebagai juruterbang sekaligus menjadi juruterbang wanita pertama di Malaysia!