Thursday 10 January 2013

GEREJA BERPESTA DENGAN KALIMAH ALLAH...???!!!


Portal SorosKini Malaysiakini telah melaporkan satu kenyataan :
Majlis Gereja Malaysia (CCM) mengumumkan bahawa kesemua gereja akan menggunakan kalimah Allah walau Sultan Selangor mengeluarkan titah yang menghalang golongan bukan Islam daripada menggunakannya.

Setiausaha agungnya Rev Hermen Shastri berkata para ketua gereja CCM, semasa permukiman di Ipoh, mengambil maklum berhubung perbincangan mengenai penggunaan kalimah berkenaan untuk golongan bukan Islam.

AKHIRNYA... SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT JATUH KE TANAH JUA.....!

POLIS TEMBAK MATI 2 OKT YANG MELARIKAN DIRI...


BUKIT MERTAJAM - Polis menembak mati dua daripada tujuh penjenayah yang melarikan diri daripada tahanan polis Isnin lepas dalam kejadian tembak menembak di Kampung Pelet di sini, Khamis.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kedua-dua mereka terbunuh dalam drama tembak menembak itu ialah Mohd Fairuz Adam atau dikenali sebagai Zul Mafia dan Mohd Noor Mustafa.
Polis turut menemui sepucuk pistol bersama mayat penjenayah terbabit.
Katanya, ketika kejadian pukul 1 tengahari itu kedua-dua lelaki terlibat yang menaiki kereta Proton Perdana dikatakan cuba melarikan dari daripada pemeriksaan polis di satu sekatan jalan raya di situ.

LAPORAN POLIS TERHADAP DR. MOHD PUAD ZARKASHI


GEORGE TOWN, 9 JAN: DAP sudah membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi serta akhbar kawalan UMNO iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times atas dakwaan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar berkenaan pada 8 Januari 2013.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari, berkata beliau bagi pihak DAP membuat laporan itu terhadap Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan berita bertajuk “DAP rancang edar 100,000 Bible percuma?”.

Katanya, dakwaan liar bahawa DAP mempunyai rancangan untuk “mencetak 100,000 naskhah Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

SINDIKET PELUK ISLAM, CARA MENIPU PALING ALIM...!!!!

Gambar yang disimpan oleh kariah masjid mengenai majlis memeluk Islam yang sedang dijalankan....

SELANGOR : Satu sindiket yang dianggotai oleh 5 anak beranak dikesan dengan memeluk islam dan seterusnya mengutip wang sumbangan orang ramai. Setakat ini sindiket ini telah mengumpul sumbangan orang ramai sebanyak RM 11,000. Sindikit itu dikesan telah mengucap dua kalimah syahadah sebanyak 4 kali di masjid yang berlainan di daerah Shah Alam.
Modus operandi mereka ialah mereka sekeluarga akan menyatakan keinginan untuk memeluk Islam dan sedang melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggan dari suami. Katanya, mereka diugut oleh suami yang tinggal di Mantan, Negeri Sembilan agar tidak memeluk islam. Sehingga kini, mereka telah menyatakan hasrat untuk memeluk islam di 1 masjid dan 3 surau. Sindiket itu dianggotai oleh seorang wanita, 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan berumur di antara 15 – 18 tahun. Di atas alasan itu, mereka seterusnya akan menerima sumbangan orang ramai.

HOTZZ !!! ( FOTO ) IDENTITI BLOGGER PISAU DIDEDAHKAN....!!!

SEKARANG ini puak-puak DAP sedang giat menjejaki seorang blogger yang mengendalikan blog PISAU.net. Mereka sudah tidak tahan dengan bahang kepanasan NERAKA yang kuncinya di pegang oleh Ustaz Azhar Idrus ( di sini ) sehingga RELA DALAM TERPAKSA menawarkan ganjaran CIPUT berjumlah RM 1,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya menjejaki SIAPAKAH EMPUNYA BLOG tersebut ( di sini  ).....

Teman macam tertarik.... walaupun hanya sekadar bernilai 4 angka terkecil, tapi cukuplah kalau nak menambah harga 4 biji sport-rim baru termasuk tayar....! Teman dah survey, teman macam dah TERGODA dengan yang ini.... Jom tengok!



Price : RM 3,200 
Spec: 18 Inch x 8.0J
PCD: 5 Holes x 112mm
For:  M/Benz, Audi, VW Golf GTI and Passat 


Macam tu aja rupanya.... Taklah debomb sangat......Tak lah mahal sangat... tapi RM tak cukup sikit lagi untuk teman rembat. So, mungkin dengan pendedahan yang teman lakukan ini, DAP boleh kasi cash kat teman hari ini juga.... Esok bergaya le teman ke mesyuarat UMNO dengan sport-rim baru teman ni..... heh!


Macam ni lah, teman pun tak nak buang masa, maka dengan bangganya teman dedahkan sekarang !!!

HANYA DENDA RM50k SEBAR BERITA PALSU DI SMS / MEDIA SOSIAL...MURAHNYA!!!


Keratan laman web mendakwa Najib mengalami strok pada 5 Januari lalu.
“Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan Polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada.” 
- Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Berbaloikah denda RM50,000 terhadap penyebar berita palsu melalui SMS atau media sosial yang boleh mendatangkan kerosakan kepada ekonomi dan politik negara?