Tuesday, 29 April 2014

AWAS !!! PENGUTIP DERMA MENGGUNAKAN NAMA PUSAT TAHFIZ AMAL, KUALA KEDAH.... !!!


AWAS ye para pembaca semua....

Jabatan agama negeri dan pihak polis boleh mengambil tindakan tegas dengan menahan mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan nama Pusat Tahfiz Amal, dekat Yan, Kedah untuk mengutip derma kerana Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sudah mengeluarkan notis penutupan operasinya sejak 10 Februari lalu. 


Exco Agama Negeri Kedah, Mohd Rawi Abd Hamid, berkata pusat tahfiz berkenaan telah diarah tutup sepenuhnya dan kini hanya pembelajaran secara tidak formal disediakan di situ. 

“Sebarang aktiviti mengutip derma melibatkan kanak-kanak yang mendakwa mereka mewakili pusat berkenaan perlu dibanteras sehabis mungkin. 

“Selepas notis dikeluarkan pada Januari lalu, mana-mana penghuni dari pusat terbabit yang didapati menjalankan aktiviti mengutip derma akan ditangkap. 

“Kita dapati gejala kutipan derma di Kedah sudah tidak berlaku kerana ia memerlukan kebenaran dan jika ada individu yang meminta derma tanpa surat kebenaran polis dan Jaik, mereka boleh ditahan,” tegasnya kepada Peraktoday.com.my. Baca seterusnya di Perak Today 

No comments: