Tuesday 29 April 2014

GEMPAR !!! ALASAN KENAPA OBAMA DATANG KE MALAYSIA !!!


Sekarang ini sedang hebat viralnya Whatsapp seperti yang anda dapat saksikan di atas. Anehnya, walaupun karangannya seperti budak gagal matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM, ramai pula yang percaya dan mengimani karangan tersebut sampaikan ada yang berkata, disebabkan itulah Barrack Obama datang ke Malaysia.

Semuanya kerana nak selesaikan masalah Anwar Ibrahim yang malu kerana keinginannya untuk bertemu Barrack Obama atas jawatan pentingnya selaku KETUA PEMBANGANG di Malaysia tidak kesampaian.

Krisis MH370 masih belum selesai, malah jauh daripada selesai selepas ketiadaan sebarang petunjuk dan petanda. Pada masa yang sama, kaum PEMBANGANG sekaliannya pun turut mati akal,  bagaimana hendak mengaitkan Najib Abdul Razak dan menimbulkan persepsi negatif terhadap Najib dan UMNO-BN.

Justeru itu, dikarang sebuah karangan persepsi untuk memburuk-burukkan Najib dan Kerajaan Malaysia.

Terlebih-lebih bangang dan jelas menunjukkan makhluk yang mengarang karangan ini, hidup di bawah tempurung besi ialah apabila dia tidak tahu bahawa kedatangan Barrack Obama ke negara ini, telah dirancang berbulan-bulan sebelum kehilangan MH370 dan dari bulan Oktober tahun lepas, terpaksa ditangguhkan ke April tahun ini kerana KRISIS EKONOMI DAN KEWANGAN AMERIKA SYARIKAT.

Katanya, Bank Dunia telah mengeluarkan laporan tentang penjualan harta Malaysia di luar negara. Bagaimanapun, berdasarkan kepada laporan-laporan Bank Dunia yang boleh dilayari DI SINI, haram tak satu pun data sedia ada dan diarkibkan menunjukkan wujudnya penjualan seperti yang didakwa.


Anehnya, pembangang-pembangang percaya bulat-bulat dengan mesej sebegini walaupun tiada asas, bahkan menganggapnya sebagai maklumat kelas pertama.

Najib jual harta negara di luar negara?

Hahahahahahaha... hebatnya Najib sampaikan Anwar Ibrahim tidak dapat data-data penting daripada kawan-kawannya di Bank Dunia untuk dihebahkan dan diserahkan kepada SPRM, sebaliknya terpaksa bergantung kepada budak-budak lepasan SPM untuk dibuat karangan dan di-viral-kan di media-media sosial seperti Whatsapp!!!


PETIKAN DARI :  TFK

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.