
KUALA LUMPUR, 27 Nov – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, bahawa seorang kawan rapat Anwar Ibrahim telah menawarkan kepadanya RM100 juta untuk membawa 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti.
