KUALA LUMPUR : Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan seorang peguam Perancis, yang dijemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen esok.
Perkara itu dinyatakan oleh Pandikar Amin dalam sepucuk surat rasmi kepada Anwar pada Isnin.
Salinan surat itu diedarkan kepada wartawan oleh Anggota Parlimen pembangkang Tian Chua.