Jakarta : Pilihan raya Indonesia tahun depan bakal menyaksikan ramai selebriti bertanding berikutan kecenderungan parti politik mengumpan golongan itu menyertai mereka dan bertanding sebagai calon dengan harapan akan menang.
Parti Persatuan Pembangunan (PPP) mengumumkan ia menyasarkan selebriti untuk menyertainya, sudah mengadakan perbincangan dengan sekurang-kurangnya lapan daripada mereka. Jumaat lalu, Timbalann
Ketua Setiausaha PPP, Arwani Thomafi, menamakan model tahun 1980-an, Okky Asokawati; bekas model yang menjadi usahawan, Ratih Sanggarwati; penyanyi 1980-an, Emilia Contessa; penyanyi utama kumpulan Ungu, Sigit ‘Pasha’ Purnomo Syamsuddin Said dan penyanyi dangdut, Nassar, sebagai bakal calon.