Singapura – Kakak kandung juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, akhirnya tampil ke hadapan demi mempertahankan adiknya dari terus didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas kehilangan pesawat tersebut.
SEMPORNA - Konstabel Zakia Aleip yang ditawan kumpulan bersenjata api pada tengah malam Sabtu dilaporkan masih hidup. Perkara ini disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media sebentar tadi di Semporna.
Persahabatan yang terjalin antara penyanyi Fazli Zainal dengan pengacara Malaysia Hari Ini, Ahmad Fedtri Yahya membuka ruang kerjasama kepada mereka melakukan kerja amal. Penyanyi yang popular dengan lagu Harapan itu dengan rela hati merakamkan lagu Hitam Langit Suria ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri sendiri untuk dijadikan lagu tema program Saham-Saham Akhirat.
PAS memecat tiga lagi ahlinya yang dikaitkan dengan kumpulan militan seperti dilapor media dan semakan parti itu mendapati mereka adalah ahli PAS di peringkat kawasan, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.
Bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad gagal dalam cubaannya mencabar keputusan pendakwa untuk menghadapkannya ke Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya Syariah atas tuduhan menghina Islam dan tidak mematuhi arahan pihak berkuasa agama.
Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.