BIASA lihat dalam kes-kes perceraian, bekas isteri yang akan buat tuntutan di luar jangkaan terhadap bekas suami. Tetapi berbeza dengan kes perceraian artis terkenal tanahair, Awie dan Rozana Misbun. Awie telah membuat tuntutan sebanyak RM1 juta terhadap bekas isterinya kerana mahu Rozana tanggung kos atau bayar ganti rugi padanya berdasarkan dakwaan Rozana beri fakta-fakta tak betul dalam tuntutan balas berhubung hak penjagaan anak-anak mereka..