Thursday 24 November 2011

KALAH BOLA..LAMAN WEB 1 MALAYSIA MILIK PM DIGODAM INDON...???

GARA-GARA TEWAS DLM FINAL BOLASEPAK  SUKAN SEA XXVI......Laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai telah digodam pagi ini.
Tinjauan ke laman tersebut hanya menemukan paparan yang memberitahu ia sedang dikemas-kini.
Sumber memberitahu laman tersebut digodam dengan penggodam meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.
Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan.
Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu.
“Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup sebentar hari ini,” katanya.
Sumber itu bagaimanapun tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun,  menjangkakan sentimen anti Malaysia yang dipertontonkan penyokong Indonesia terutama semenjak kalah pingat emas pada Sukan SEA Isnin lalu mungkin petanda tindakan menggodam itu dilakukan oleh pihak dari negara berkenaan.
Mungkin penduduk negara itu masih menghadapi kesukaran dan tekanan jiwa yang agak tinggi apabila dimalukan pasukan Harimau Muda sebanyak dua kali dalam masa seminggu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan perbuatan menggodam laman web 1Malaysia sebagai sabotaj luaran yang ada kaitan dengan kemenangan pasukan bola sepak negara di Sukan Sea di Jakarta baru-baru ini.
Menurut beliau, sejak Malaysia menang perlawanan bola sepak tempoh hari, sudah 129 godaman dilakukan terhadap laman-laman web di negara ini.
Malangnya tindakan undang-undang tak dapat diambil lantaran godaman itu berpunca dari luar negara.

Difahamkan, pihak Cybersecurity Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) sedang berusaha mengaktifkan semula laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demikian dimaklumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan bila laman berkenaan akan aktif semula.
Sehingga pukul 6 petang tadi, laman web tersebut masih ditutup dan dikemas-kini.
SUMBER :::  mynewshub.my

AKUR KEKALAHAN TP TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN....!!!!!

Akur kekalahan... tp tidak puashati dgn pengadil....Tojo Minoru dikatakan mengadili perlawanan berat sebelah atau istilahnya tidak adil. Hal ini khususnya merujuk kepada dua jaringan yang dibatalkan dan bola terkena tangan pemain Malaysia dalam kotak penalti. Difahamkan pihak Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) akan melaporkan kepada FIFA dan AFC berkenaan hal tersebut. BUKAN KAH KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD..???!!!


JAKARTA, KOMPAS.com.... melaporkan... KLIK DI SINI....

KENANGAN TERINDAH.. HARIMAU MUDA MALAYSIA

TEAM HARIMAU MUDA MALAYSIA MENAIKI KERETA KEBAL 'BARRACUDA' KETIKA MASUK KE STADIUM BUNG KARNO, untuk perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA XXVI, menentang Indonesia.TIDAK PERNAH TERJADI DLM MANA2 KEJUARAAN...!!! FINALE..!!!




PASTINYA.... BARRACUDA DAN PINGAT EMAS YG SUKAR DILUPAKAN....





RM 35.6 JUTA UTK 79 SEKOLAH AGAMA DI KELANTAN DARI KERAJAAN PUSAT

AGIHAN :


1.   RM10.5 juta daripada peruntukan tersebut diberi secara tunai kepada sekolah-sekolah itu dengan 51 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) masing-masing menerima RM140,000, 22 Sekolah Agama Rakyat (SAR) masing-masing menerima RM100,000 dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) masing-masing menerima RM200,000.


2.    RM25.1 juta telah dibelanjakan untuk enam projek menaik taraf infrastruktur dan pembinaan bangunan bagi sekolah SABK dan kesemua projek itu telah siap pada tahun lalu. Enam projek tersebut melibatkan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Bachok sebanyak RM2.9 juta; SMUA Al-Kauthar, Kota Baharu (RM4.9 juta); SMUA Al-Falah, Pasir Mas (RM4.6 juta); SMUA Tengku Amalin Aishah Putri, Kota Baharu (RM1.3 juta); SMUA Darul Salam, Kuala Krai (RM4.9 juta) dan SMUA Saadatul Qura, Kuala Krai (RM6.2 juta).




MUHYIDDIN Yassin menyampaikan cek bantuan kepada Mohd. Amar Nik Abdullah (kanan) di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu, semalam.

BERITA SELANJUTNYA.... Klik di sini...

KORBAN BANJIR.....

SEHINGGA HARI INI, BANJIR YG MELANDA 4 NEGERI - KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG DAN PERLIS TELAH MERAGUT 2 NYAWA DAN SEORANG DIPERCAYAI MASIH HILANG, DI KELANTAN....




ROSLAN Abdul Ghani (dua dari kiri) sedih melihat mayat dua anaknya yang lemas dalam sebatang parit di Kampung Tualang Salak, Tawang, Bachok, semalam.

BACA SELANJUTNYA..... DI SINI...