
PUTRAJAYA: Tiada sebarang bukti untuk kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata seseorang tidak boleh sewenangnya menuduh atau mengaitkan apa-apa dengan Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, hanya kerana Abdul Razak Baginda secara kebetulan kenal Najib dan DSP Musa Safri pula ialah pengawal peribadi timbalan perdana menteri (TPM) pada masa itu.
