Friday 22 March 2013

RITA DAKWA PENDAPATAN AIDIL LEBIH RM50,000 TAPI NAFKAH ISTERI ANAK DIABAI....???


Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak didakwa mempunyai pendapatan melebihi RM50,000 sebulan namun tidak memberi nafkah mencukupi kepada isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar dan dua anaknya.
Perkara tersebut ditimbulkan oleh Rita menerusi keterangan bertulis dalam permohonan tuntutan nafkah yang dikemukakannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini hari ini.

MAYAT PENGGANAS SULU YANG HAMPIR LERAI SUKAR DI BAWA KELUAR



Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ketua kampung Simunul, Semporna, Sabah, Ramlee Saraman berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.

Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan ‘lerai’ kerana ia sudah membengkak.”Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.

”Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak,” katanya.Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai ‘kawasan hitam’ hanya kerana berlakunya insiden tersebut.Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.

”Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.”Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.”Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan,” jelasnya. 

GEMPAR !!! SNIPPER PENGGANAS SULU WANITA TEMBAK TAK LUT BERJAYA DITANGKAP....!!!



Siapakah wanita Kurus kering (mcm tak cukup makan je)...rambut kusut masai (mcm tak pernah bersikat) .... pucat lesi (mcm tak cukup zat makanan)..... 

Melalui info dari LVK :  Gambar di atas adalah Sniper Sulu wanita. Menurut kawan LVK, sewaktu diserbu wanita tersebut berada di dalam rumah dan komando telah menembaknya dengan menggunakan HK11 dengan 2 magazine tetapi tidak lut.... wanita tersebut tidak mati !!!
Info dari LVK : Sniper Sulu wanita... kawan cerita, waktu diserbu perempuan ni dalam rumah, komando tembak pakai HK11 mau 2 magazine tapi dia tak mati. 

Dari FB amRF pula mengatakan....

Rumah pondok macam nak roboh saja semasa kena tembakan, tapi dia tak apa-apa malah senyum sinis lagi masa kena tahan. ada senjata military sniper ngan dia  #boleh tahan muka. agak scary di waktu malam - FB amRF

*** Tembak tak lut.... tangkal apa pulak yang dipakainya tu ye.... paling tidak pun tentu besor saiz tangkal tu.... hahahaha.... 

ALKISAH KUPU-KUPU MALAM DAN 'NYAH' DI LAHAD DATU



SEKALI imbas bandar Lahad Datu di Sabah ini tiada beza dengan bandar-bandar lain.

Ia tenang dan aman cuma agak sunyi bila menjelang malam.Apatah lagi bila berlakunya kejadian pencerobohan pengganas Sulu di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun jarak antara kedua-dua tempat itu agak jauh, iaitu kira-kira 130 kilometer, namun kebimbangan penduduk di bandar itu tetap ada.

Sebab itu bandar kecil ini menjadi semakin sunyi bila tibanya waktu malam.

Namun masih ada yang seolah-olah tidak mengambil kisah apa yang berlaku.


Malam tadi ketika membuat tinjauan di sekitar pusat bandar, masih ada yang menjual rokok-rokok seludup di tepi jalan secara terbuka.

1975 UMNO BAGI IC PADA AZZIMUDIE.... TAHUN BILA UMNO MASUK SABAH?

Jom kita tengok dulu Artikel dari laman web Rafizi yang kononnya bijak bistari tu..:

"Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram Adalah Rakyat Malaysia & Kakitangan Awam"

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.Dengan maklumat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

MANA ADA DALAM SEJARAH MALAYSIA......

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang calon PM berkelulusan kesusasteraan melayu ? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia pemimpin yang dinobatkan sebagai calon PM bekas banduan ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang calon PM pengamal homoseks ? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia parti politik yang suaminya ketua umum, isterinya presiden dan anaknya naib presiden ? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang calon PM yang anunya berjuntai-juntai dan boleh dilihat seluruh dunia ? 

KRONOLOGI OPS DAULAT SELEPAS 17 HARI DI LAHAD DATU


Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah masih berterusan dengan usaha mengesan dan membersih saki-baki pengganas dipertingkat pasukan keselamatan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat berhubung tahap keselamatan di kawasan terjejas dengan peristiwa itu.

Langkah itu telah memecahkan benteng penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di kawasan zon merah Operasi Daulat selain beberapa lagi musuh ditembak mati dan ditangkap pasukan keselamatan dalam beberapa pertempuran.

Berikut adalah kronologi selepas 17 hari Operasi Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:

16 Mac - Polis dalam peringkat akhir bagi menyiapkan kertas siasatan terhadap 27 suspek yang ditahan di daerah Semporna, dipercayai terlibat dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas.

AZZIMUDIE KIRAM PENGECUT.... LARIKAN DIRI, TINGGALKAN PENGIKUT DI SABAH..!!!


Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan diri dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina.

Kenyataan berkenaan dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin.

Katanya pasukan keselamatan mmebuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.

GEMPAR !!! NGERI !!! KEPALA SIAPAKAH YANG KENA PENGGAL DAN DILETAKKAN DI KUIL INI...???


Itu bukan patung.....
Bukan replika mainan budak2.....
TETAPI.....

Kepala lelaki ditemui dalam kuil....

KLUANG - Polis menemui satu kepala milik lelaki warga emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi.

“Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini. - BERNAMA