Thursday 22 December 2011

JUALAN HARAKAH MERUDUM...???!!!

Sumber dalaman memberitahu penulis satu berita yang amat membimbangkan mengenai perkembangan Harakah, iaitu akhbar rasmi parti PAS.  Akhbar ini pernah mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 dengan cetakan 400,000 nashkah sekali terbit kerana rakyat mendambakan berita alternatif yang lebih terbuka dan adil.
Namun, akhir-akhir ini cetakan Harakah khabarnya hanya sekitar 100,000 naskhah bagi setiap keluaran manakala jualan bersih secara purata adalah sekitar 80,000 naskhah yang mana hampir sama dengan akhbar New Straits Times.  Ini adalah sesuatu yang tidak sihat bagi Pakatan Rakyat terutama dalam keadaan pilihanraya umum yang semakin hampir.
Kadar jualan bersih Harakah ini adalah jauh lebih rendah berbanding akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang  lain seperti Utusan Malaysia (170,000 sehari), Berita Harian (160,000 sehari) dan Sinar Harian (180,000 sehari).   Pastinya ini adalah tamparan hebat bagi Harakah setelah kempen menolak akhbar-akhbar perdana pro-kerajaan terus giat dijalankan.
Ada yang menganggap bahawa perkembangan ini adalah berpunca dari trend pembacaan rakyat yang lebih gemarkan bahan ringan dan kurang minat lagi dengan berita-berita politik.  Ini boleh dibuktikan dengan peningkatan berterusan jualan akhbar-akhbar tabloid seperti Harian Metro dan Kosmo di sebalik kemerosotan jualan akhbar-akhbar yang dianggap serius.
Namun begitu, ini tidak bermakna yang pengurusan Harakah harus mengambil ringan perkembangan ini kerana ia mungkin berkait rapat dengan hasil kajiselidik beberapa pihak yang mendapati populariti pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) terus merosot dari sehari ke sehari.
Penulis bimbang, trend kemerosotan jualan ini nanti dianggap sebagai petunjuk bahawa sokongan terhadap PAS dan PR juga semakin merosot.
Melalui cakap-cakap santai di laman sosial, kita mendapati bahawa terdapat di kalangan rakyat yang membandingkan mutu berita-berita yang dipaparkan di Harakah yang dikatakan jauh lebih rendah dan kadangkala tidak boleh dijadikan sandaran berbanding Malaysiakini dan The Malaysian Insider.
Ini kerana cara penulisan dan persembahan wartawan mereka yang disertai fakta-fakta yang lebih menyakinkan menyebabkan populariti kedua-dua portal tersebut terus kekal tinggi sedangkan Harakah lebih gemar menulis secara am dan rambang.
Mungkin ini juga adalah petanda bahawa rakyat, terutama bangsa Melayu yang membaca Harakah kini terdiri dari generasi baru yang tidak lagi berminat dengan gaya penulisan akhbar itu yang tidak banyak berubah sejak 15 tahun dahulu.
Selain itu, secara dasarnya, akhbar Harakah juga terlalu ekstrem dalam memaparkan berita politik melalui pandangan sehala semata-mata sedangkan rakyat lebih gemarkan akhbar yang kelihatan lebih terbuka dengan memaparkan berita dari kedua-dua
belah pihak.
Ini terbukti dengan tindakan Harakah yang seolah-olah menutup berita mengenai kemelut Dato’ Dr. Hasan Ali walaupun beliau diberi tempat di Utusan Malaysia dan juga TV3 untuk menjelaskan kedudukannya di dalam parti.
Selain dari faktor-faktor di atas, faktor keluaran dua kali seminggu juga mungkin perlu diambilkira oleh pengurusan Harakah dalam menangani masalah kemerosotan jualan.
Apapun, Pengerusi Harakah, iaitu Datuk Mustafa Ali harus bertanggungjawab atas kemerosotan jualan akhbar rasmi parti ini.  Jika perlu, mungkin beliau harus meletakkan jawatan bagi membolehkan rombakan besar-besaran dapat dilakukan untuk mengembalikan semula kegemilangan Harakah.

SALAH SIAPA???

TERLALU BANYAK FITNAH ATAU TEPU DENGAN IKLAN UBAT KUAT..???!!!
 atau
MUNGKIN KERANA ARTIKEL INI... 
hasan-ali-dan-nasharuddin-akui-pas-tersesat

PUAK PR GUSAR..!!! KENAPA ANWAR TIDAK KECAM PERKAHWINAN SEJENIS..!!!???



LIHAT APA KOMEN BLOGGER PR TERHADAP ANWAR IBRAHIM YANG LANGSUNG TIDAK BERSUARA MENGENAI PERKAHWINAN SEJENIS PELAJAR MELAYU JURUSAN PERUBATAN DI IRELAND, ARIFF ALFIAN.....


DI SINI   

ANEH TAPI BENAR...!!!

BAYI BERKEPALA 2 DI BRAZIL SIHAT...!!!


Bukan berlaku di Malaysia.... tetapi apa bezanya jika ia berlaku di Brazil???
Bayi itu tetap makhluk Allah......





Brazil – Bayi berkepala dua yang berkongsi jantung, paru-paru dan hati yang dilahirkan di Brazil, kini dilaporkan sihat. Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram dan mempunyai dia otak itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.
Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.

Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.

Bayi berkenaan diberi nama Emanoel dan Jesus oleh ibunya, Maria de Nazare.
Menurut pengarah hospital Santa Casa, Neila Dahas, pihaknya mencadangkan kaedah pembedahan selepas imbasan yang dilakukan mengesan kandungan itu adalah kembar namun mempunyai dua kepala.
Ia juga bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi berkenaan.
Ibu bayi berkenaan merupakan Wanita berusia 25 tahun  yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.
Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang ter
“Di sebalik masalah yang kita hadapi terutama kelengkapan yang kurang di hospital ini, kita berjaya menyelamatkan ibu dan bayi tersebut.
“Bagi kami, ia merupakan satu kejutan besar apabila mendapati bayi berkenaan dilahirkan sihat,” katanya.
Kelahiran bayi kembas siam sering berlaku namun kelahiran melibatkan bayi yang mempunyai dua kepala amat jarang berlaku di dunia.
Ia merupakan kelahiran kedua seumpama ini di Brazil, namun dalam kes pertama, bayi tersebut meninggal dunia selepas satu kepala mengalami kekurangan oksigen apabila satu lagi kepala meninggal dunia.
Dalam sesetengah kes, apabila bayi mempunyai kepala, otak di salah satu kepala akan mengalami proses perkembangan yang perlahan bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan.
Namun dalam kes ini, Emanoel dan Jesus mempunyai dua otak, sekali gus menyukarkan doktor untuk membuat keputusan sama ada akan membuang kepala itu atau tidak.
“Jika kedua-dua kepala bayi itu mempunyai otak, bagaimana kita hendak memilih kepala mana yang akan dibuang.
“Kita tidak mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan dan pada masa ini kita hanya akan melihat perkembangan serta pertumbuhan bayi itu ” kata Neila.
Sekurang-kurangnya 14 kes yang sama berlaku dalam kelahiran bagi tempoh 200 tahun.
Ini tiada kaitan dengan politik, dan jangan mempolitikkan gambar bayi ini dengan mengatakan cytroo maya telah meng'edit' ataupun 'super impose'......kot tak caya gak, pi check kat hospital tu....

ANALISIS KES DR. HASSAN ALI VS KHALID GEREJA...!!!

PERBUALAN TELEFON HJ HADI-DR. HASSAN ALI=SUARA HASSAN ALI ADALAH SUARA HAJI HADI AWANG - UNTUK MENYINDIR PUAK ERDOGAN & PUAK KHALID GEREJA(SYIAH)


SUDAH MENJADI pengetahuan umum bahawa pergaduhan dan benci-membenci di antara Dr.Hassan Ali dengan kumpulan Khalid Gereja sudah sampai ke kemuncaknya. Walaupun masih ada usaha menyelamat seperti yang hendak dilakukan oleh Penerangan PAS, namun ianya sudah jauh terlewat. Dr. Hassan Ali, sudah nekad dan prinsipnya jelas Negara Kebajikan bukan Inti Utama PAS, Negara Kebajikan itu ajaran DAP dan puak-puak liberal.



Di dalam pembelaannya sebelum ini, Dr. Hassan ALi menyatakan beliau telah dihubungi oleh Haji Hadi Awang dan Presiden PAS itu memberi kepercayaan kepadanya untuk menyelesaikan kemelut itu. Sebagai pengamat politik anda mesti faham, panggilan telefon Presiden PAS itu semestinya diselangselikan dengan perkara-perkara yang Dr. Hassan ALi mesti cakapkan di hadapan media, contohnya sudah tentu Presiden mahu Dr. Hassan ALi bercakap bahawa PAS sebenarnya menolak Negara Kebajikan, PAS sebenarnya memperjuangkan Bangsa Melayu, PAS sebenarnya memperjuangkan Institusi Raja-Raja.

SEMAKIN HANGAT DAN PANASSSSS.... IKUTI SELANJUTNYA ==>> DI SINI
 

PUAK2 ERDOGAN DALAM PAS.... BELASAH HASSAN ALI..???!!!

1.  MUSLIMAT PAS KATA: DR. HASAN ALI DUNGU DAN GELAP HATI.


NEGARA BERKEBAJIKAN = PAS IKOT TELUNJUK DAP

"Persoalan kami, apakah nawaitu Datuk Dr Hasan Ali ketika bercakap mengikut rentak musuh-musuh politik PAS?

"Begitu juga bila beliau ”memainkan” isu 3R – Religion, Race and Royal (Agama, Bangsa Dan Raja) "
Dewan Muslimat berpendirian bahawa ”mempertikaikan Negara Berkebajikan bermaksud juga mempertikaikan dan tidak menghormati Presiden dan perwakilan Muktamar Tahunan PAS yang sebulat suara menerima ucapan dasar presiden.”

Malangnya kedapatan juga ”dilagukan” oleh segelintir pimpinan dan ahli PAS yang kami sifatkan berada dalam dua situasi - 1: Bijak tapi bermasalah; 2: Dungu dan gelap hati,"
IKUTI ARTIKEL ASAL ...DI SINI

2.  Hasan Ali ‘sudah isytihar perang’ ke atas parti, kata Naib Presiden PAS 



KUALA LUMPUR, 21 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali semalam sebagai satu pendirian “mengisytiharkan perang” ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu. 

“Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya sifatkan, saya anggap bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar, ya, dasar-dasar PAS,” kata beliau (gambar) pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. 

Sambil berkata Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak menyerangnya semalam, Mahfuz berkata, apabila beliau mempersoalkan dasar negara Islam dan konsep negara berkebajikan bermakna pemimpin itu sudah “menolak keputusan muktamar (tahunan pada Jun lalu) yang bersetuju dengan ucapan dasar presiden.” 

Ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden kali ini bertemakan negara berkebajikan. 

IKUTI SELANJUTNYA...... DI SINI  dan DI SINI