Friday 30 November 2012

{FOTO} 7 BINTANG HANYA UNTUK BURJ AL-ARAB

TAHUKAH ANDA...Hotel Burj Al-Arab , Dubai, yang dibuka secara rasmi pada tahun 1999, disebut sebagai  satu-satunya hotel di dunia yang diiktiraf sebagai 7 bintang.  Hotel ini adalah hotel paling mewah dan ketinggiannya yang mencapai 321 meter adalah yang paling tinggi di dunia.  


Burj Al-Arab dilihat pada waktu pagi....

Hotel yang dibina dan dirancang seperti rekabentuk sebuah kapal layar ini mendominasi pantai Dubai... Tetamu akan dihantar dan dijemput dengan Rolls Royce ketika anda memerlukan khidmat seorang pemandu. Meja receptionist peribadi juga disediakan di setiap floor. Ketua pelayan di hotel ini adalah amat terlatih dan sentiasa menyediakan ketepatan masa....dan segala-galanya, pendek kata hotel ini menjanjikan yang terbaik pada dunia.nia. 

Berikut adalah pilihan gambar untuk memberikan rasa apa yang dapat Anda temukan sebagai tetamu.......

INI BUKAN HARIMAU JADIAN......

Harimau

MALANG – Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia.

Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.

Mulan – kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram – mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.

APABILA ROSMAH MENJAWAB SOALAN.....

BARU-BARU ini isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Mahasiswa Nasional di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC).


Bila Datin Seri Rosmah Diaju Soalan...

Peluang itu digunakan tetamu yang terdiri daripada kalangan pelajar untuk mengajukan soalan kepada beliau…antaranya termasuklah soalan ‘sensitif’ tentang dakwaan dan tuduhan pihak tertentu ke atas peribadinya.

Nak tahu apa jawapan beliau…sila tengok klip di bawah......

BEKAS TLDM HILANG KETIKA MENYELAM DI SELAT DINDING....

Abdul Razak Johan
Abdul Razak Johan

LUMUT - Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang semasa menyelam di kawasan Selat Dinding, lebih kurang 1.17 batu nautika Barat Daya Tanjung Siagin, berhampiran Pulau Pangkor, semalam.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 3 Perak, Kapten (M) Abdul Razak Johan berkata, pihaknya menerima laporan  kehilangan berkenaan daripada pasukan Gerakan Marin (PGM) Kampung Aceh pada jam 1.55 petang.

MAZLAN ALIMAN, HARAKAH DAN SUARA KEADILAN AKAN DISAMAN...!!!


KUALA LUMPUR,  - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan kenyataan FELDA akan menyaman AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman atas kenyataannya menuduh FELDA menjual Minyak ke Israel.

Turut akan disaman ialah akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang menyebarkan berita tersebut diakhbar mereka.

SADIS : PENDERAAN GILER...!!!


Menurut tt.mop, seorang gadis yang bernama Xiao Ping (alias) telah dikurung di dalam sebuah flat oleh teman lelakinya yang berusia 29 tahun untuk lebih dari sebulan. Gadis ini didapati didera sehingga terdapat kesan hirisan pisau, lebam teruk sera luka pada dagu, kaki, tangan serta belakang. Xiao Ping juga didapati tulang betis patah. Xiao Ping sebenarnya lahir di Hubei tetapi dia telah pergi ke Quanzhou untuk bekerja sebagai waitress setahun yang lalu. Dia telah bertemu dengan lelaki ini semasa tengah bekerja selepas diperkenalkan oleh rakannya.

GAMBAR YANG PASTI DISUKAI OLEH ANWAR IBRAHIM


Menurut sumber, gambar ini diambil di Vietnam yang mana ianya menggambarkan bagaimana kehidupan pasangan gay di negara mereka. 

Hidup sebagai pasangan walaupun mempunyai jantina yang sama memang bukan pelik lagi kita dengari di zaman yang semakin menghampiri 'dunia akhir zaman' ini.

Kelihatan mereka gembira dengan kehidupan songsang mereka, inilah berlaku apabila manusia hilang pedoman, agama, dan maruah diri. Sanggup melakukan perkara terlarang dan berdosa seperti ini.....mungkinkah kehidupan seperti ini akan dihalalkan di Malaysia suatu masa nanti.... SEKIRANYA.... Anwar Ibrahim berjaya menawan Putra Jaya.....!!!