Saturday, 11 August 2012

AKSI BERANI SEORANG PELAGAK NGERI...!!!!

BEBERAPA orang menyaksikan Wallenda berjalan di atas kabel di Bandar Atlantic kelmarin.

Berjalan di atas kabel tanpa jaring keselamatan


BANDAR ATLANTIC, New Jersey - Seorang pelagak ngeri, Nik Wallenda berjalan di atas kabel sepanjang 396 meter dan setinggi 30 meter di sebuah pantai di sini kelmarin.
Bagaimanapun, Wallenda yang berusia 33 tahun melakukan aksi tersebut tanpa menggunakan peralatan abah-abah keselamatan.
Seorang guru, Norren Saggese yang tinggal di Resort Tropicana dan Kasino di sini berkata: "Tidak ada jaring dan abah-abah keselamatan (semasa Wallenda melakukan aksi tersebut).
Seramai 150,000 orang menyaksikan pertunjukan pelagak ngeri itu.
"Nik," jerit sejumlah orang yang berada di pantai tersebut semasa sebuah helikopter berlegar-legar untuk merakamkan aksi Wallenda.
Selepas selesai melakukan pertunjukan itu, Wallenda berkata, terdapat pasir di atas kabel menyebabkan kakinya terasa licin.
Dia merupakan keturunan keluarga pelagak ngeri yang terkenal selama dua dekad di Amerika Syarikat (AS).
Pada 15 Jun lalu, Wallenda berjalan di atas kabel di Air Terjun Niagra yang terletak di sempadan AS dengan Kanada.
Moyang Wallenda, Karl Wallenda merupakan pengasas perniagaan hiburan lagak ngeri.
Namun, moyangnya itu meninggal dunia ketika berusia 73 tahun pada tahun 1978 semasa membuat pertunjukan lagak ngeri di Puerto Rico.
Ketika itu, dia cuba berjalan di atas kabel yang direntangkan di antara dua buah bangunan.
- Agensi

'LIGHTNING BOLT' MAKAN NUGGET AYAM SEBELUM PERLUMBAAN

Usain Bolt

PELARI Jamaica, Usain Bolt adalah tarikan utama dalam acara terhebat di dunia.

Begitupun ketika anda menyangka satu daripada bintang ternama sukan dunia itu akan bersenang lenang di hotel mewah London dalam usaha mencipta satu lagi sejarah Olimpik, Bolt membuat persiapan akhirnya di pusat persidangan di kawasan pinggir bandar Birmingham.

Cabaran utamanya adalah menyesuaikan diri dengan cuaca.

Rakan sepasukannya dan juga pesaing terdekat, juara dunia acara 100m, Yohan Blake berkata kelmarin: "Kami sukakan Birmingham. Suasana hebat di sini tetapi berbeza sekali dengan negara kami. Pertamanya, ia sejuk."

Mereka mungkin tidak mampu membawa sinar mentari Caribbean ke West Midlands tetapi Pasukan Bolt sudah melakukan segala-gala yang termampu untuk membuat atlet mereka bagaikan berada di rumah sendiri, biarpun ada di antaranya sukar dilaksanakan.

Ketua chef, Wayne Willis, yang menyajikan makanan buat pelari itu dan pasukannya berkata: "Kami menerima beberapa permintaan pelik daripada mereka."

"Satu daripadanya adalah mereka mahukan kepala kambing untuk digunakan dalam masakan kari.

"Bagaimanapun kami hanya mampu mendapatkan daging kambing dan mereka nampaknya berpuas hati."

Selain diet harian yang terdiri daripada makanan Jamaica kegemarannya, Bolt dikelilingi penata gaya hinggalah teman untuk bermain permainan video dengannya.

Empat juta orang akan menyaksikan acara final 100 meter tetapi di Birmingham, atlet itu begitu tenang biarpun menghadapi beban seluruh dunia yang diletakkan di bahunya. Pada usia 25 tahun, dia adalah pelari terpantas yang memegang rekod dunia 9.58s yang dicatat dalam Kejohanan Dunia di Berlin.

Dalam kehidupan setiap hari sebagai manusia luar biasa, yang menurut saintis melakukan lonjakan fisiologi ke masa depan dengan kaki yang panjang serta tubuh berotot dan ia bukan sesuatu yang normal.

Setiap hari, dia bangun pada jam 5 pagi untuk memulakan latihan intensifnya yang diselangi hidangan ayam 'jerk' dan keladi rebus yang menurut bapanya memberinya 'kuasa keladi'.

Malangnya, tiada makanan segera untuk atlet yang meminati Manchester United itu yang hanya dibenarkan jurulatih selepas Olimpik.

Sewaktu di Birmingham, dia turut diiringi penata gayanya, seorang wanita Jamaica yang akan melakukan solekan untuk sesi fotografi, pegawai publisitinya Carole, jurulatih Glen Mills, pengurus Norman Peart, ejennya Ricky Simms dan temannya sejak kecil NJ selain pengawal peribadi yang kelihatan seperti seorang bapa saudara yang perengus dan terlalu melindunginya.

Biarpun dikelilingi begitu ramai kakitangan sokongan, lelaki yang digelar Lightning Bolt memilih untuk tinggal di kediaman sederhana di Brum.

Pasukan Jamaica tinggal di Hornton Grange, sebuah rumah agam era Raja Edward yang menjadi sebahagian daripada pusat persidangan Universiti Birmingham, berhampiran kampus Edgbaston.

Bolt yang berketinggian 195sm, agak tinggi bagi seorang pelari pecut diberikan bilik sendiri sebelum berpindah ke London untuk majlis pembukaan.

Susuk tubuh yang besar dan kaki yang panjang tidak sesuai dengan katil lamanya me�nyebabkannya sakit belakang jadi kakitangan sokongannya memesan tilam ortopedik untuk memulihkan belakangnya dan kecederaan hamstring yang mengganggu persiapannya ke Olimpik.

Di luar trek, Bolt dikenali kerana jenakanya serta bersikap santai.

Dia makan nuget ayam sebelum perlumbaan besar dan makanan Cina, dia melakukan tarian Jamaica di trek dan memecahkan rekod acara 100m di Beijing tanpa mengikat tali kasutnya.

Dia pernah berkata: "Saya mahu menjadi legenda. Saya mahu mereka mengingatinya selama-lamanya. Saya mahu melakukan perkara terhebat di London."

Bolt raja pecut Olimpik 2012


GAYA tersendiri Bolt selepas menjuarai acara 100 meter Lelaki Sukan Olimpik 2012 di Stadium Olimpik, London.



TIADA KASIH SAYANG PUNCA 'JENAYAH KELUARGA'



LAPORAN akhbar baru-baru ini tentang beberapa berita yang mengaitkan kejadian jenayah yang melibatkan keluarga terdekat agak mengganggu fikiran kita. Dalam satu kejadian di Kuching, Sarawak seorang anak dilaporkan memukul ayahnya yang berusia 77 tahun hingga mati.

Pada halaman yang sama, di Johor Bahru, Johor seorang anak dikatakan menyamar sebagai ah long untuk mengugut bapanya sebanyak RM3,000. Ini hanyalah sebahagian besar daripada kejadian yang berlaku kebelakangan ini yang tidak harus dipandang kecil.

Sedikit masa lalu kita pernah dikejutkan dengan berita ibu bapa yang menyaman anak yang mengabaikan mereka setelah diagihkan harta dan mereka menang kes mahkamah tersebut. Anaknya seorang pensyarah dilaporkan dijatuhi hukuman kerana kesalahan tersebut.

Menjelang Aidilfitri nanti akan banyaklah lagi laporan kesedihan ibu bapa yang menanti kepulangan anaknya atau mereka mereka yang disisihkan lalu hidup dalam kesunyian dan kesepian sama ada di rumah orang tua-tua atau pun bersendirian di rumah usang bertemankan air mata dan kenangan melihat kepulangan anak cucu jiran tetangga dengan linangan air mata yang barangkali amat payah difahami oleh sesetengah anak-anak muda yang dibesarkan melalui generasi high technology dan makin kurang high touch-nya, menggunakan istilah penulis Megatrends, John Naisbitt.

Kes-kes jenayah yang berlaku begitu menakutkan, apatah melibatkan warga emas dan sanak saudara yang amat rapat di luar jangkauan pemikiran. Ke manakah hilangnya belaian kasih sayang yang ada sehingga kita gagal merasai perasaan mereka sebagai saudara, suami isteri apatah lagi ibu bapa yang melahir dan membesarkan kita.

Ini belum lagi melihat kepada nasib orang tua uzur yang kerap diabaikan oleh anak-anak semata-mata kerana jurang pemisah yang besar untuk memahaminya. Seorang tua, bukan sekadar memerlukan wang ringgit tetapi jauh dari itu adalah kasih sayang dan perhatian.

Seorang anak muda pernah bercerita kepada penulis bagaimana datuknya yang tua dan dianggap menyusahkan keluarga dengan sikap cerewet dan memberontak tiba-tiba tersenyum apabila dia memandi, membedak dan menyisir rambutnya. Selepas beberapa hari, datuknya menghembuskan nafas terakhir sebagai kesudahan dari episod bebanan anak-anak yang tidak pernah cuba memahami perasaan kesunyian yang dilalui oleh bapa mereka.

Seorang ibu atau bapa sering melihat anak-anak dalam bayangan masa lalunya, mengharapkan anak itu tidak pernah besar dan dapat dimanjakan seperti mana usia kecil dan remajanya kerana apabila dewasa dan berkeluarga sendiri, ibu bapa akan mula terasing dan kesunyian, walau pun dia terpaksa menerima hakikat itulah fitrah kehidupan yang harus ditempuhi.

Sudah sampai masanya kita lebih prihatin terhadap hal ini. Jangan hanya mengharapkan kerajaan dan pihak berkuasa yang menyelesaikannya. Sebaliknya berusahalah untuk lebih mendekati dan meningkatkan kasih sayang dalam keluarga.

Anggota keluarga juga perlu lebih prihatin terhadap nasib dan keadaan mental dan fizikal mereka yang ada di sekeliling. Jika terdapat petanda-petanda adanya kemungkinan seperti ini berlaku, berusahalah mencegahnya dari awal.

Dalam menghadapi tekanan kerjaya, masalah ekonomi dan apa jua yang terjadi, fikirlah dengan tenang dan lakukan muhasabah dengan ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Kekerasan dan jenayah bukan cara yang terbaik apatah lagi melibatkan orang kita sayang. Setiap masalah tentu ada penyelesaiannya jika kita jujur dan benar-benar ingin menyelesaikannya.

Jika perlu mereka yang berhadapan dengan tekanan dan masalah peribadi boleh merujuk dirujuk kepada kaunselor yang bertauliah, mereka yang lebih disegani atau pihak-pihak yang boleh membantu. Perasaan malu dan bimbang dicemuh harus diatasi demi menyelamatkan nyawa dan berlakunya keadaan yang tidak seharusnya.

Satu sistem sokongan yang kuat dalam masyarakat perlu diwujudkan. Masyarakat dan jiran tetangga perlu memainkan peranan dalam menangani isu ini dan meningkatkan sikap siap siaga terhadap insiden tidak diingini ini. Tidak ada salahnya mempunyai sedikit perasaan curiga apabila berlaku hal-hal atau tingkahlaku yang di luar kebiasaan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Menjaga tepi kain orang barangkali tidak wajar, namun dalam situasi tertentu yang bukan umpat keji, ia perlu diamalkan demi membantu dari mengelakkan tragedi buruk berlaku. Namun begitu, pada akhirnya, kasih sayang sejati yang ditanam dalam kalangan kaum keluarga dan tentunya pegangan agama, akan menjadi benteng yang sangat berguna untuk mengatasinya. Agama menyediakan garis panduan yang jelas dan sangat menekankan kepada sikap berkasih sayang.

Tatkala umat Islam mengerjakan ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT sepanjang Ramadan dan syawal yang akan datang, adalah wajar kita kembali kepada nilai-nilai kasih sayang ini, membuat muhasabah dan melakukan penambahbaikan dengan mengukuhkan persaudaraan dalam keluarga.

Sebesar mana pun masalah yang ada dan sehebat mana pun perselisihan yang terjadi, kita perlu kembali kepada agama dan saling memaafkan tanpa perlu terus menuding jari. Air dicincang tidak akan putus. Hancur hati ibu bapa yang diabaikan apatah lagi melihat berlakunya perselisihan sesama keluarga yang bakal meruntuhkan satu institusi utama dalam agama.

Kenanglah masa kecil dalam dakapan dan pelukan ibu dan ayah. Ingati kembali detik-detik manis dibelai dan dihantar belajar di sekolah malah ke kolej dan universiti. Bayangkan detik-detik manis suami isteri, derai tawa satu keluarga dan jernihnya air mata ibu dan ayah yang menanti kepulangan kita, yang menunggu dakapan putera-puterinya yang barangkali itulah terakhir kalinya.

Kejayaan hidup, kesibukan kerjaya dan berhadapan dengan masalah tidak harus menjadikan kita cuai dan lalai terhadap tanggungjawab kepada keluarga apatah lagi ibu bapa kita. Merekalah syurga kita. Mereka mungkin tidak sehebat anak-anaknya, nilainya mungkin agak berbeza, pemikirannya juga tidak sama, namun hakikatnya merekalah permulaan kita dan keluargalah segalanya.

AKAUN FB 'JOHARI PAIN JANJI KERAT' TELAH DITUTUP...!!!


Laman sosial yang menyokong Pandelela.
Laman sosial facebook yang menyokong Pandelela.

Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.
Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.

DAP TIPU MASYARAKAT CINA


KUALA TERENGGANU: DAP cuba berselindung di sebalik hasrat sebenar PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam dengan mendakwa rakan kongsi Pakatan Rakyat itu sebenarnya ingin mewujudkan sebuah negara kebajikan.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata DAP sengaja cuba menipu masyarakat Cina dengan menyembunyikan agenda penubuhan negara Islam PAS.
"Jika PAS benar-benar ingin mewujudkan sebuah negara kebajikan, mengapa Mursyidul Am parti itu, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, terus mempertahan agenda negara Islam tersebut?
"Ia menunjukkan kedua-dua DAP dan PAS mempunyai pandangan berbeza... mereka tidak boleh berdamai dalam perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Terengganu pada Jumaat.
Pada majlis itu, Liow menyerahkan sekeping cek bernilai RM285,000 kepada Persatuan Hai Nam untuk kerja pemulihan berterusan kuil purba Tien Hou di sini.
Beliau berkata Pakatan Rakyat tidak bersatu dan tidak senada kerana mereka dilihat lebih banyak menumpu kepada usaha merampas kerajaan untuk mentadbir negara ini.
Sebaliknya, Liow berkata formula Barisan Nasional sentiasa memastikan pembangunan damai yang berterusan di negara ini.
"Hanya formula Barisan boleh memastikan kita mampu melakukan transformasi secara teratur... sesetengah orang mahukan perubahan namun gagal memastikan kesatabilan dan keamanan sepanjang proses itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Liow berkata MCA akan kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Parti kita mengalami naik dan turun untuk beberapa tahun yang lalu, tetapi tandakan kata-kata saya... kami akan kembali semula," katanya sambil menambah jentera parti MCA di seluruh negara, terutama di Terengganu, sudah mula bekerja keras. BERNAMA

RPK DEDAH KOMPLOT FITNAH PM



KUALA LUMPUR  -  Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.

Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.

Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.

~ Utusan Malaysia ~