Friday, 1 November 2013

AMERIKA SYARIKAT MAHU KUASAI SELAT MELAKA MELALUI ANWAR IBRAHIM ..... ???

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 merupakan satu ujian kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Proksi-Barat (Western-proxy) yang dinantikan oleh Wall Street danLondon dalam mencapai cita-cita hegemoni (hegemonic ambitions) di Asia Tenggara. Mereka menjangkakan dengan kemenangan DSAI melalui Pakatan Rakyat (PR), ia dapat mempercepatkan impian mereka untuk bertapak dengan memperalatkan Malaysia sebagairejim proksi mereka di seluruh Asia Tenggara dan menggunakan blok ASEAN supranasional(Supranational ASEAN Bloc) untuk mengepung dan membendung kebangkitan China.
Pendedahan Tony Cartalucci berkaitan campurtangan Amerika Syarikat telah membuktikan hubungan erat PR dalam meminta sokongan AS untuk memerintah Malaysia
Pendedahan Tony Cartalucci berkaitan campurtanganAmerika Syarikat telah membuktikan hubungan erat PR dalam meminta sokongan AS untuk memerintah Malaysia
Namun begitu, impian mereka terbantut dan hampa kerana dikecewakan oleh PR akibat mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum tersebut. Walaupun parti pembangkang pimpinan DSAI telah mencuba sedaya upaya menggunakan platform anti-rasuah, kempen agresif dan bukannya melalui percubaan menyerupai verbatim oleh Barat untuk menggulingkan kerajaan politik di seluruh dunia seperti campurtangan mereka di Venezuela dan Rusia pada tahun 2012.
Kewujudan Merdeka Center sebagai badan berkecuali diragui kerana semua hasil kajian condong berpihak kepada PR
Kewujudan Merdeka Center sebagai badan berkecualidiragui kerana semua hasil kajian condong berpihak kepada PR
Senario ini dapat dilihat di Rusia di mana GOLOS iaitu sebuah badan pemantau yang kononnya berpendirian bebas ternyata berpihak kepada AS dan dibiayai sepenuhnya olehJabatan Negara AS melalui National Endowment for Democracy (NED). Perkara ini juga telah berlaku di Malaysia di mana Merdeka Center for Opinion Research (Merdeka Center) telah dibiayai secara langsung oleh AS melalui NED. Kenyataan ini cuba disembunyikan oleh media Barat dalam usaha mempromosikan PR dengan berkali-kali menyatakan Merdeka Center adalah BEBAS.
Propaganda Media Barat



Apakah muslihat PR menggunakan isu pengundi hantu dalam PRU 13? Hasil siasatan mendapati PR telah mengupah Bangla untuk mengundi tetapi sengaja menagkap mereka untuk dijadikan kambing hitamApakah muslihat PR menggunakan isu pengundi hantu dalam PRU 13? Hasil siasatan mendapati PR telahmengupah Bangla untuk mengundi tetapi sengaja menangkap mereka untuk dijadikan kambing hitam





Demi mencapai objektif dan misi negara Barat, media massa kelolaan PR telah mempromosikan maklumat-maklumat palsu dan bias yang telah dimanipulasI mengikut ACUAN  dan AGENDA mereka. Ia tidak hanya disokong oleh negara Barat tetapi media massa domestik juga telah berperanan untuk menjayakannya. Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan dalam BBC bertajuk,  "Malaysia election sees record turnout” telah menggambarkan seolah-olah tangisan rakyat yang kononnya meratapi kehilangan undi dalam pilihan raya (stolen elections). Tindakan ini secara khusus adalah berniat jahatuntuk melemahkan kesahihanpemilihan kerana mereka takut calon proksinya mungkin kalah. Melalui media suruhan mereka (Merdeka Centre),  usaha untuk menyokong dan membuat dakwaan ini telah dipergiatkan agar pengundi atau penyokong PR mempercayainya. Misalnya sorotan berita palsu dan propaganda mereka seperti berikut:
Allegations of election fraud surfaced before the election. Some of those who voted in advance told BBC News that indelible ink – supposed to last for days – easily washed off.
“The indelible ink can be washed off easily, with just water, in a few seconds,” one voter, Lo, told BBC News from Skudai.
Another voter wrote: “Marked with “indelible ink” and voted at 10:00. Have already cleaned off the ink by 12:00. If I was also registered under a different name and ID number at a neighbouring constituency, I would be able to vote again before 17:00!”
The opposition has also accused the government of funding flightsfor supporters to key states, which the government denies.
Independent pollster Merdeka Center has received unconfirmed reports of foreign nationals being given IDs and allowed to vote.
Bersih merupakan Kuda Tunggangan AS dalam memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia. Ia bertujuan untuk memastikan negara ini diperintah oleh proksi barat
Bersih merupakan Kuda Tunggangan AS dalam memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia. Ia bertujuan untuk memastikan negara ini diperintah olehproksi barat
Merdeka Center merupakan sebuah organisasi pemantauan pilihan raya yang dibiayai oleh kerajaan asing di mana ia secara terbuka ditubuhkan untuk menghapuskan parti pemerintah semasa (BN) dari Malaysia. Mereka telah lama memihak kepada Wall Street melalui DSAI yang menjadi hamba barat dan tidak mengamalkan kebebasan media massa yang sebenarnya. Hubungan erat di antara “Pakatan Rakyat” yang diketuai oleh DSAI dan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir dengan pembabitan Merdeka Center sahaja. Sebaliknya, matlamat ini juga dikongsi bersama dalam gerakan jalanan pembangkang (BERSIH) di mana iamemperjuangkan slogan “bersih dan adil dalam pilihan raya” (clean and fair). Pada hakikatnya, gerakan ini telah menjadi kenderaan yang direka untuk menggerakkandemonstrasi jalanan bagi pihak PR. Perkara ini telah disahkan oleh Ambiga Sreenevasan(Pengerusi Bersih),  apabila telah mengakui dirinya bahawa organisasi beliau telahmenerima wang tunai secara langsung dari Amerika Syarikat melalui National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society (OSI) yang dimiliki George  Soros seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider pada 27 Jun 2011;
…admitted to Bersih receiving some money from two US organisations — the National Democratic Institute (NDI) andOpen Society Institute (OSI) — for other projects, which she stressed were unrelated to the July 9 march.”
 Amerika Syarikat Mencari Paksi Di Malaysia
Kekuatan armada laut Amerika Syarikat sering dijadikan alat propaganda dan perang saraf terhadap negara-negara yang tidak sealiran dengan kehendak mereka
Kekuatan armada laut Amerika Syarikat sering dijadikan alat propaganda dan perang saraf untuk menekan negara-negara yang tidak sealiran dengan kehendak mereka
Ada desas-desus menyebutpembinaan sebuah pengkalantentera Amerika di negara kita akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Menurut sumber dalaman PR, lokasi pengkalan tentera tersebut berkemungkinan berhampiran Selat Melaka atas alasan untuk mengawal keselamatan laluan perkapalan disamping mengekang kegiatan lanun.
Umum mengetahui, Selat Melaka dianggap STRATEGIK bagi Amerika kerana ia bakal menjadi faktorpengimbang dalam menghadapi kebangkitan ekonomi danketenteraan negara China. Dengan menguasai laluan tersebut, bermakna lebih kurang separuh dagangan minyak dunia akan berada dalam kawalan Amerika dan tentu saja tindakan sedemikian bakal mengundang tindakbalas keras daripada negara China.
Sebelum ini, Malaysia dan Indonesia pernah MENOLAK tawaran Amerika untuk melakukanrondaan bersama di sepanjang laluan perkapalan antara yang paling sibuk di dunia itu. Bagaimanapun, Singapura pula secara terbuka mengalu-alukan kehadiran bala tentera Amerika di rantau ini atas alasan keselamatan.
Keadaan geografi dan sempadan negara yang luas, negara-negara yang berjiran dengan Malaysia berlumba-lumba meningkatkan peralatan logistik dan pertahanan negara
Keadaan geografi dan sempadan negara yang luas menyebabkan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia berlumba-lumba meningkatkan peralatanlogistik dan pertahanan negara masing-masing
Berbalik kepada kenyataan sumber dalaman PR tersebut, jika ianya sahih, bermakna seluruh rantau Asis Tenggara termasuk Malaysia akan terjerumus ke dalam KONFLIK persengketaan yang tentunya bukan saja kedaulatan negara bakal tergugat malah keamanan yang kita kecapi juga akan hilang begitu saja. Justeru itu, pihak PR dituntut memberi kenyataan segera berhubung isu ini selain itu adalah penting dijelaskan adakah ianya juga berkait rapat dengan usaha melobi pihak tertentu untuk mendapatkan dana luar negara bagi menghadapi pilihanraya ke 13.
Amerika Syarikat Minat Terhadap Selat Melaka
Merujuk kepada artikel Prof. Madya Azmi Hassan, Pengarah Pusat Dasar Teknologi Dan Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 15 September 2007 bertajuk “Washington Cari Helah Bertapak Di Selat Melaka”, di mana beliau mengutarakan faktor-faktor yang membuktikan MINAT Amerika untuk bertapak di Malaysia seperti berikut:
  • Terdapat desas-desus Washington akan menggunakan landasan Persidangan Ketua-Ketua Perisikan Pertahanan Rantau Asia Pasifik (APICC) untuk MEMAKSA Kuala Lumpur dan Jakarta menerima kehadiran tentera AS di Selat Melaka. Washington sudah lama berusaha memujuk kedua-dua negara pesisir ini untuk bersama-sama dengan Singapura supaya akur dengan keperluan kehadiran tentera AS di Selat Melaka. Usaha memujuk Washington tidak terhenti di situ, cadangan ini diutarakan sekali lagi menggunakan Inisiatif Peningkatan Keselamatan (PSI) sebagai asas untuk bertapak di Selat Melaka. Tetapi, sehingga kini Kuala Lumpur dan Jakarta terus bertegas menolak program tersebut.
  • Pada tahun 2003 Washington memperkenalkan Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) sebagai langkah permulaan bertapak di Selat Melaka. Bantahan kerasKuala Lumpur dan Jakarta terhadap RMSI membuatkan Washington memBATALkan program tersebut dan diganti dengan PSI.
  • Kuala Lumpur dan Jakarta setakat ini bertekad ENGGAN menyertai PSI sebab curiga dan syak wasangka berikutan kaedah perlaksanaan PSI tidak mengikut lunas perundangan antarabangsa yang sedia ada. Mudah katakedaulatan dan maruah negara boleh tergadai jika tersilap langkah.
  • Terdapat juga kesangsian Washington boleh menggunakan PSI sebagai meletakkan pengaruh mereka di Selat Melaka. Jakarta sering dipujuk supaya menyertai PSI dan kali terakhir ini dilakukan ketika Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice membuat lawatan ke Indonesia pada bulan Mac 2006. Permintaan Rice diTOLAK oleh Jakarta atas alasan kedaulatan negara tidak mahu diperjudikan.
Kedudukan Malaysia di tengah-tengah perjalanan laluan perdangangan di antara timur dan barat telah menarik minat AS untuk mendirikan pengkalan tentera di Malaysia.
Kedudukan Malaysia di tengah-tengah perjalanan laluan perdangangan di antara timur dan barat telah menarik minat AS dan Israel (sekutu) untuk mendirikan pengkalan tentera di Malaysia.
Profesor Dr. Chandra Muzaffar, Presiden JUST (The International Movement for a Just World) berpendapat Selat Melaka merupakan faktor utama yang menarik perhatian kuasa asing untuk menguasai politik di rantau ini, termasuk di Malaysia.
Selat Melaka adalah hak tiga negara yang dianggap LITERAL STATE, negara-negara yang berhampiran dengan selat ini adalah Indonesia, Malaysia dan Singapura. Singapura memang memihak kepada Amerika Syarikat (AS). Tetapi Malaysia, polisi kerajaan negara ini tegas dari dulu sampai sekarang bahawa Selat Melaka adalah hak kita. Sudah tentu mereka, di AS mahu seorang pemimpin yang memihak kepada kepentingan mereka terutamanya dalam soal politik Selat Melaka, politik rantau ini, dan masa depan rantau ini dalam konteks perhubungan dengan negara China”, katanya.
Dr. Chandra berkata tidak mustahil sekiranya NED atau IRI masih membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, walaupun polisi kerajaan AS dilihat seolah-olah sudah tidak menyebelahinya kerana sistem politik di negara itu mengamalkan konsep dwi-power iaitu kuasa formal dankuasa sebenar.
Kalau kita tengok politik AS, memang macam itu. Mereka (kuasa sebenar) ada perancangannya yang tersendiri dan adakalanya merekaboleh ubah dasar-dasar pemimpin-pemimpin (kuasa) formal”, katanya.
Selain daripada menerima tekanan DIPLOMATIK dari negara luar, Malaysia juga berdepan dengan tekanan DOMESTIK dari Pakatan Rakyat melalui DAP yang menjanjikan sesuatu pulangan yang lumayan kepada AS dan negara Barat. Rahsia ini telah didedahkan olehMohamad Razali bin Abdul Rahmanbekas Setiausaha Organisasi DAP tentang bantuanDANA POLITIK dari pihak Israel dan Amerika. Beliau berkata; “Takkan saja-saja dia nak bagi duit.” Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, DAP akan menyerahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel ada logiknya.
Melalui pemberian kawasan tersebut kepada Israel (Sekutu AS), DAP berkata, jika kalau berlaku sekali lagi tragedi 13 Mei, dia tak takut. Mereka berkata; ” We are not scraed for that. Mungkin 1969 kita kalah, tapi lepas ini kita akan pastikan nak ajar orang Melayumacam mana. Kerana apa, kerana DAP yakin tentera ISRAEL berada di belakang mereka di mana ia merupakan satu jentera yang paling kuatuntuk mempertahankan kepentingan mereka.
Pada awal tahun 1990, Pengkalan Udara Clark dan Subic Naval telah dikosongkan oleh AS. Senario ini menyebabkan AS mencari lokasi baru untuk mengawal dan menyekat kebangkitan China di Asia Tenggara. Mungkihkah Port Dickson sesuai dijadikan lokasi baru?
Pada awal tahun 1991, Pengkalan Udara Clark dan Subic Naval, Filipina telah dikosongkan oleh AS. Senario ini menyebabkan AS mencari lokasi baru untuk mengawaldan menyekat kebangkitan China di Asia Tenggara. Mungkinkah Port Dickson sesuai dijadikan lokasi baru?
Kewujudan pengkalan tentera Israel dan Amerika akan merealisasikan IMPIAN mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai base untuk Asia Tenggara. Lim Guan Eng berkata; “Base yang ada di Singapura ni kecil, sebab tu dia kenalpasti Port Dickson sebagai ganjaran kepada bantuan yang diberikan oleh mereka.
Amerika Syarikat Memilih Anwar Sebagai Proksi
Pemilihan pemimpin boneka berpaksikan Barat merupakan agenda utama dalam menguasai sesebuah negara. DSAI adalah calon pilihan AS dan Barat dalam menjaga kepentingan ekonomi dan politik mereka di Asia Tenggara
Pemilihan pemimpin boneka berpaksikan Barat merupakan agenda utama dalam menguasai sesebuah negara. DSAI adalah calon pilihan AS dan Barat dalam menjaga kepentingan ekonomi dan politik mereka di Asia Tenggara
Kenapa pemuka-pemuka Zionis seperti Paul Wolfowitz, Madeline Albright, William Cohenmemilih Anwar sebagai PROKSI mereka di Malaysia ? Merujuk kepada kajian Dr. Chandra, beliau berpendapat, dalam soal peralihan kuasaglobal yang sedang berlaku sekarang, baik dari Barat ke Timur, dan mungkin ada negara-negara lain, termasuk negara China akan bakal melihat China akan menjadi pengganti HEGEMONYAmerika Syarikat. Senario ini adalah satu TRENDyang berlaku sekarang ini. Sudah tentu, AS tidak mahu melepaskan gengamannya menguasai dunia. Mereka mahu terus kekal menjadiPEGAWAL DUNIA. Dan untuk mencapai objektif itu, mereka memerlukan individu-individu yang boleh membantunya dalam proses tersebut.Dalam konteks Asia Tenggara, mereka perlukan pemimpin-pemimpin yang boleh membantu AS memantau ataupun check control secara tidak langsung terhadap kemunculan China yang bakal menjadi PESAING mereka. Mereka perlukanindividu-individu seperti itu yang boleh memainkan peranan tersebut.
Kalau kita tengok pada polisi Tun Dr. Mahathir dan Tun Razak, mereka benar-benar memahami peranan negara China dalam konteks global. Tun Razak membuka jalan kepada China, dalam hubungannya dengan Asia Tenggara pada tahun 1974. Manakala Tun Dr. Mahathir pula mempertingkatkan hubungan dengan China. Polisi itu menguntungkan negara kita dalam beberapa hal termasuk kelapa sawit dan sebagainya. Tun Dr. Mahathir memahami realiti ini dan beliau TIDAK MAHU Selat Melaka itu dikawal oleh kuasa-kuasa asing. Ini kerana Selat Melaka adalah hak tiga negara yang dianggap littoral states iaitu negara-negara yangberhampiran dengan selat seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura. Jika dikaji tindakan Singapura, kita mendapati negara ini memang MEMIHAK kepada AS kerana inginkanperlindungan dan bantuan. Tetapi Malaysia, polisi kerajaan negara ini TEGAS dari dulu sampai sekarang bahawa Selat Melaka adalah HAK kita. Semuanya ini disebabkan oleh fakta berikut : 
  • Selat Melaka merupakan laluan penting menuju pelabuhan utama di Eropah dan Barat
  • 50% perdagangan hasil minyak dan gas dunia menggunakan Selat Melaka
  • 25% perdagangan antarabangsa adalah melalui Selat Melaka
  • Pengkalan tentera Laut Amerika di Subic Bay dan Clark Air Base Filipina ditutup pada 1991
  • Pada awal tahun 2005, Amerika pernah bercadang membuka pengkalan tentera di Thailand kemudiannya dibatalkan selepas mendapat bantahan rakyat Thai
  • Singapura pernah bersetuju membenarkan tentera Amerika beroperasi di negaranya selepas penutupan pengkalan tentera laut Amerika di Filipina
  • Pada 2004, Malaysia dan Indonesia telah membuat bantahan keras terhadap Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) anjuran Amerika Syarikat kerana ianya dikhuatiri menjadi permulaan bertapaknya Amerika di Selat Melaka.
  • Penguasaan Selat Melaka akan membolehkan Amerika mengawal laluan perdaganganminyak dunia dari Asia barat hingga ke Lingkaran Pasifik
Perlumbaan negara-negara kuasa ekonomi dunia sedang berlaku secara global. Persaingan ketara di antara AS dan China menjadi punca utama AS menginginkan sokongan Malaysia secara terbuka berpihak kepada Amerika
Perlumbaan negara-negara kuasa ekonomi duniasedang berlaku secara global. Persaingan ketara di antara AS dan China menjadi punca utama AS menginginkan sokongan padu Malaysia secara terbuka berpihak kepada Amerika untuk menyekat danmengimbangi kebangiktan China
Kesimpulan....
Penguasaan Selat Melaka adalah penting kerana ia merupakan di antara perairan yang paling penting di dunia. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan rasa kurang senang kepada AS. Mereka memerlukan seorang pemimpin BONEKA yang memihak kepada kepentingan mereka terutamanya dalam soal politik Selat Melaka, politik rantau ini, dan masa depan rantau ini dalam konteks perhubungannya dengan negara China. Oleh demikian, mereka mahukan individu seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memain peranan tersebut. Dulu pun kita sudah tahu, mereka tidak senang dengan Tun Dr. Mahathir kerana beliau tegas dalam soal kedaulatan Malaysia terutamanya dalam konteks Selat Melaka. Itu adalah HAK kita dan KEDAULATAN kita.
Beginikah sifat negarawan sejati? Memperjudikan negara demi amarah dan ambisi peribadi
Beginikah sifat negarawan sejati? Memperjudikan negara demi amarah dan ambisi peribadi

Kredit to : SUMBER

1 comment:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Kat Malaysia ni US tak payah intip2lah... Banyak anjing-anjing yang sanggup bagi maklumat kepada merekakan... Asalkan UMNO/BN dapat ditumbangkan... Ramai pengkhianat dalam Malaysia ni... Terutama puak-puak pembangkang ni... Tak gitu... Tapi yang dalam BN pun ada juga gunting dalam lipatan...