Tuesday 6 December 2011

KEMALANGAN PALING MAHAL DALAM SEJARAH...!!!

Tokyo – Satu konvoi kereta mewah terlibat dalam kemalangan di bandar Yamaguchi menyebabkan jalan berkenaan terpaksa ditutup selama lebih enam jam.
Apa yang menariknya, ia merupakan kemalangan kereta paling mahal di dalam sejarah melibatkan kerugian bernilai AS$3.58 juta.

Kemalangan tersebut membabitkan lapan kereta ferrari, tiga kereta Mercedes Benz dan sebuah Lamborghini serta dua kenderaan biasa.


Ia bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan serius.
Ketika kejadian, konvoi kereta mewah tersebut dalam perjalanan ke Hiroshima.
Polis percaya kemalangan tersebut berlaku selepas salah seorang pemandu Ferrari berkenaan cuba menukar laluan sebelum melanggar penghadang jalan.


“Kumpulan berkenaan memandu antara 140-160km/sejam,” kata seorang saksi.
Manakala seorang peronda lebuh raya, Eiichiro Kamitani berkata, dia tidak pernah melihat kemalangan seperti itu yang melibatkan banyak kereta mewah.



“Ferrari selalunya tidak bergerak dalam jumlah yang banyak,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pemandu kenderaan berkenaan memaklumkan, sesetengah kenderaan mewah itu mengalami kerosakan teruk.
Sumber ::: MyNewsHub
Edit oleh : MiaZarra

BINATANG PUN SAYANG ANAKNYA.... MAYAT BAYI BAWAH KATIL.!!!

Gambar hiasan

Helah seorang pelajar mengadu sakit perut kepada keluarganya untuk mendapatkan rawatan di klinik terbongkar apabila dia sebenarnya baru melahirkan seorang bayi di rumahnya di Palong Timur 4 di sini pada 30 November lalu.

Pelajar berusia 15 tahun dan sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tersebut dipercayai melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 11.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali, pelajar itu kemudian mengadu sakit perut dan dihantar oleh keluarganya ke Klinik Palong Timur 4.


Ini entah kes yang ke berapa ratus ribu. Entah berapa ratus ribu jugak pasangan yang menanti dan mengharapkan kehadiran seorang bayi sebagai penyeri rumahtangga masing-masing. Sampai bila rasa 'kebinatangan' terus ada dalam diri setiap manusia yang melakukannya? Dosa apakah bayi itu sehingga diperlakukan sedemikian rupa? Kalau kesalahan itu atas kesilapan dan kehendak sendiri, berhakkah bayi itu menerima nasib sebegitu? 
Astaghafirullahal'azim..... wallahu'alam......