
1. Kesilapan Suka Guam. Penganjur kelihatan gagal menyediakan pelan keselamatan yang komprehensif. Penganjur dikhabarkan media turut menjemput Tun Dr. Mahathir dan kejadian di PWTC membuktikan penganjur terlepas pandang aspek keselamatan berskala besar khususnya aspek sentimen oleh penyokong kedua-dua pihak. Dalam hal ini, penganjur kelihatan hilang fokus keselamatan. Penganjur sepatutnya menyedari bahawa apabila kedua-dua penyokong bertembung, kekerasan pasti akan berlaku.
