Tuesday 29 April 2014

JURUTERBANG TEMUI #MH370 TERHEMPAS BERHAMPIRAN PANTAI THAILAND..... ???


Ketika baru hilang pada 8 Mac lalu, MH370 dikatakan terhempas di Laut Andaman. Pemantauan turut dilakukan di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Jejak pencarian diteruskan ke Koridor Utara, bagaimanapun tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan bangkai pesawat di situ.. Lantas tumpuan kemudiannya terarah ke Lautan Hindi, selepas imej besar menyerupai sebuah  pesawat dikesan satelit China di kawasan tersebut.... Kawasan yang paling mendapat tumpuan selepas itu adalah Selatan Lautan Hindi...tetapi sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk yang ditemui yang boleh dikaitkan dengan MH370 walaupun secebis baju...usahkan sebuah kotak hitam pesawat yang sangat diharapkan untuk ditemui.


Awal pagi tadi, dikhabarkan sebuah syarikat penerokaan Australia kononnya menemui bangkai pesawat dipercayai MH370 di Teluk Bengal iaitu 5 ribu km dari tempat tumpuan pencarian pihak berkuasa.....

Tetapi...kemudiannya petang ini SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand......pulak dah.. Padahal siasatan dan pencarian belum pun sampai ke Teluk Bengal dan tiada apa2 pengesahan setakat ini. 


Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.

Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".

Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini.

No comments: