Polis menahan 180 orang, tujuh daripada mereka wanita yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dalam serbuan di sebuah rumah rehat, di Teluk Batik, Lumut 110 km dari sini malam tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan, berkata mereka yang berumur antara 17 dan 30 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 9 malam hasil maklumat orang awam.
Antara yang ditahan ialah 39 pelajar sekolah berusia 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia minggu depan dan beberapa orang penjawat awam, katanya ketika dihubungi hari ini.