Friday 19 October 2012

RAMAI WANITA BERNIAGA SUSU BADAN DI INTERNET....!!!!!!



LONDON  -  Ramai wanita di Britain dan Amerika Syarikat (AS) menjual susu mereka di Internet walaupun ia dibimbangi membahayakan bayi.

Media melaporkan, golongan ibu menggunakan forum komuniti, termasuk Facebook, untuk mendapatkan wang segera dengan menjual susu masing-masing.



Membeli susu kini menjadi cara baru ibu yang berdepan masalah mendapatkan susu sendiri bagi diberikan kepada bayi.

Laman sesawang seperti onlythebreast.com adalah satu daripada sumber bagi golongan ibu memperoleh bekalan susu yang diperlukan. Menurut laman sesawang itu, susu yang dijual atau dibeli mereka dipastikan berada dalam keadaan bersih dan selamat.

Semakan mendapati, ada wanita yang menawarkan susu di laman sesawang itu menetap di Essex hingga Newcastle dengan harga kira-kira �1 (RM5) setiap auns (28 gram) berbanding AS$2 (RM6) untuk jumlah sama di AS. - TS


sumber : myMetro

No comments: