Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Sebelum ini, dihebohkan juga di dunia maya, kononnya pada 15 Ramadhan 2012 yang baru lalu, dikhabarkan akan berlaku sesuatu yang aneh. Ianya berkaitan dengan satu suara besar yang bakal menghancurkan ramai umat di dunia ini yang bersamaan dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadhan iaitu hari jumaat 15 Ramadhan.
Gambaran yang lebih jelas ialah bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, berkenaan satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja.
Itu kisah 15 Ramadhan yang lalu dan Alhamdulillah..... pada tarikh tersebut tiada berlaku kejadian seperti yang dihebohkan.
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Bukan tidak percaya, semua itu hanya ramalan dan kesahihannya hanya akan terbukti pada tarikh tersebut.
Oleh itu!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 samada ianya benar-benar berlaku atau sebaliknya. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Walau apapun yang akan dihadapi DUNIA....sebagai umat Islam yang PERCAYA KEPADA RUKUM IMAN 6 PERKARA, perlu sentiasa bersedia dan redha jika bila-bila masa kita akan kembali kepadaNya dan persediaan ke arah itu sudah pastinya....selari dengan.... BERIBADATLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI ESOKNYA DAN BEKERJALAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SELAMANYA...
SETIAP YANG HIDUP PASTI MATI... SUATU HARI DUNIA PASTI AKAN KIAMAT.... BAGAIMANAKAH PERSEDIAAN KITA MENUJU KE ARAH ALAM AKHIRAT DI MANA MANUSIA AKAN MENERIMA SEGALA PEMBALASAN BAGI SETIAP PERBUATANNYA DI DUNIA INI DAN AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA....???????
WALLAHU'ALAM
Edit dari sumber asal : pinkbusuk
3 comments:
rasa-rasa akan berlaku planet alignment dimana semua planet di berada pada satu garisan yang sama ianya satu tanda kebesaran Allah... terdapat juga petikan didalam Al Quran berkenaan perkara ini.. didalam "mayan kalender" mereka orang2 Mayan meletakkan satu pusingan iatu satu Bakhtun lebih kurang 3000 tahun menandakan tamat satu pusingan dan dalam kiraan kalender meraka maka ia menandakan kiraan baru (reset) akan bermula... samada kiamat atau tidak ianya kemungkinan atau spekulasi sahaja.. yang lebih mengetahui hanya Allah cuma kita harus memuji kebesaran Allah.. dan merasakan kewujudan hari kiamat itu dan ianya hampir mendekatkan diri kita pada Allah...walaupun kita tahu esok hari kiamat sekalipun... hari ini tetap hidup kita seperti biasa.. ;)
ada hadis nabi yang menyatakan akan berlaku 3 hari gelap.. pada ketika itu ulamak suuk akan bertukar menjadi babi.. kalau tak silap dalam ceramah ini ada dinyatakan http://asyraatusaah.com/2011/04/volume-475-beriman-dengan-kitaballah/
hari ni 24,,, semalam 23.. x gelap pun.. malam adalah gelap... penipu besar.. jgn percaya dgn mat saleh otak x betul...
Post a Comment