Friday, 19 October 2012

RESEPI SUP 'BRUTAL' TRADISIONAL....!!!

Pengubatan tradisional dikatakan bermula dari China. Di antara yang paling popular adalah penggunaan sirip ikan yu di dalam resepi sup mereka.  Sirip ikan yu dipercayai mampu memperkuatkan pinggang, menambah tenaga batin, menyihatkan buah pinggang dan paru-paru, selain meningkatkan lagi sistem pencernaan badan.



Seorang nelayan menangkap yu pari




Pakar zat makanan moden pula menyatakan bahawa, sirip ikan yu kaya dengan protein dan jumlah gelatin yang besar yang terkandung di dalamnya mampu membantu pertumbuhan tulang rawan. Malahan boleh juga mencegah cancer, tetapi perkara ini masih belum dibuktikan secara ilmiah.

Organisasi Makanan dan Pertanian PBB mengatakan bahawa lebih dari 100 juta yu, skate dan pari dibunuh setiap tahun untuk tujuan diambil siripnya.  Namun begitu, jumlah itu mungkin sebahagian daripada jumlah sebenar yang tidak dilaporkan.

Jumlah ini mengancam populasi yu kerana mereka bergerak secara perlahan,   Beberapa yu hanya memiliki 1-2 ekor anak setiap tahun dan memerlukan waktu sembilan tahun atau lebih untuk menjadi dewasa.

 
Seekor yu biru yang akan diambil siripnya oleh nelayan Korea Selatan


 
Seekor yu banteng yang siripnya dipotong, situasi di Laut Merah, Yaman


Nelayan Mozambique dengan sirip ikan yu ditangannya


 
Sekumpulan ikan yu kecil (panjang-/+ 30cm) siap di ambil siripnya)



Sirip-sirip ikan yu yang dihantar ke sebuah restoran di Hong Kong. Cuba bayangkan berapa ekor ikan yu yang terkorban untuk mendapatkan siripnya sahaja dengan jumlah sebanyak itu??? Huh!!!

 
Restoran di Thailand yang menyediakan sup sirip ikan yu.


Sup sirip ikan yu disajikan juga di pesta-pesta pernikahan

***Dibunuh hanya untuk mendapatkan siripnya sahaja.... Bunyi macam kejam kan....? Apa lah sangat sup tu, banyak makanan lain lagi..... Teman idok ler.....!!!

No comments: