Fuhhh!!! Moh tengok dulu Video yang teman rembat dari sini...
Ini membuktikan semakin ramai rakyat makin berani memluahkan rasa kecewa dengan keujudan Anwar Ibrahim yang lebih merugikan negara dari membantu dan membina Malaysia.
Dan seterusnya......................
Biasanya yang namanya PENJENAYAH sinonim dengan lelaki namun, tidak menghairankan jika seorang wanita yang memiliki raut wajah cantik menawan dan kulit mulus serta bentuk badan menggiurkan juga tampil menjadi PENJENAYAH.
Abad ini, pelbagai bentuk kejahatan dan jenayah tidak hanya diungguli oleh kaum adam malah juga melibatkan wanita. Berikut dipaparkan 5 orang PENJENAYAH wanita berwajah cantik yang menghebohkan dunia dengan 'kegiatannnya' sebagaimana dipetik dari merdeka.com
1. Tao Jing (anggota sindiket dadah)
Cantiknya dia..........
Gadis berusia 20 tahun ini berasal dari Wilayah Yunnan, selatan China. Gadis ini menggegarkan media arabangsa ketika menjadi pesalah termuda sepanjang sejarah mahkamah moden Negara Tirai Buluh itu
Dia ditahan polis pada awal 1991 lantaran membawa dadah dalam jumlah besar dalam beg plastik di bandar udara Beijing. Kepada pihak berkuasa, dia mengaku baru sekali itu melakukan penyeludupan tersebut dan semuanya kerana arahan dari kekasihnya. Namun ketika perbicaraan dijalankan di mahkamah, dia terbukti adalah sebahagian dari anggota sindiket terbesar ubat-ubatan terlarang di China.
Gadis cantik ini lantas dihukum mati. Dia ditembak pada waktu pagi di lokasi yang dirahsiakan.
2. Patricia Campbell Hearst Shaw (perompak)
Wanita bernama Patricia Hearst ini, dikhabarkan adalah keturunan orang kaya. Datuknya merupakan bos penerbitan bernama Randolph Hearst. Tentu membingungkan mengapa dia boleh menjadi perompak bank paling menggegarkan Amerika Syarikat pada 1970-an.
Kepada polis, gadis cantik ini mengaku pada 1974 telah diculik sekelompok lelaki yang menamakan diri mereka sebagaiTentera Pembebasan Amerika ketika sedang bersantai di apartment miliknya di kota Berkeley, California. Dia lantas di 'brain wash' untuk menjadi perompak bagi mengumpulkan dana untuk penjenayah. Dua bulan pertama setelah diculik, dia dikesan oleh kamera (CCTV) bank merompak dua bank di San Fransisco sambil membawa machine gun.
Polis telah berjaya menangkap gadis ini bersama dengan beberapa ahli kumpulan penjenayah itu. Hearst dihukum penjara tujuh tahun . Dia mendapat abolisi penuh dan dianggap hanya menjadi mangsa konspirasi oleh Presiden Bill Clinton pada 1999.
3. Bandit Barbie (perompak bank)
Dua sahabat Heather Johnston dan Ashley Miller yang berasal dari bandar Achworth, Georgia, Amerika, boleh dikira sebagai pasangan perompak paling cantik. Media barat menggelar kedua wanita blonde itu berwajah bak anak patung Barbie!
Mereka kenal pertama kali kerana sama-sama menjadi penari bogel. Mereka merompak bank kerana memerlukan wang. Johnston dan Miller bekerjasama dengan penjaga kaunter bank di bandar tersebut supaya rompakan itu dapat dilakukan dengan cepat dan berjalan lancar.
Namun polis mampu menghidu konspirasi mereka hanya beberapa hari setelah rompakan dilakukan. Pada 2007, Miller dijatuhakan hukuman dua tahun penjara, sementara Johnston hanya menjalani hukuman selama 10 bulan sahaja kerana dikenal pasti mengikut sahaja.
4. Monique Awoki (Ketua Geng Blonde Brazil)
Dia gangster! Wanita yang didaftarkan dengan nama Monique Awoki ini berasal dari Brazil. Dia mengetuai geng wanita berambut perang dan melakukan rompakan di negara yang terkenal dengan bolasepak itu.
Dia memimpin lima gadis untuk menculik wanita yang sedang membeli-belah di pasaraya lantas mendapatkan kad kredit mereka. Setelah memerangkap mangsa dan membawanya ke kereta akan 'mengerjakan' akaun mangsa.
Hebatnya, supaya tidak mencurigakan target mereka, Awoki memastikan anggota kumpulannya supaya berpenampilan cantik dan cerdas. Anak buahnya mampu bertutur lebih dari 3 bahasa dan mempunyai tahap pendidikan yang tinggi sehingga lulusan dari universiti luar negara.
Dia ditangkap polis di Kota Sao Paulo empat bulan lalu ketika hendak lari ke luar negara. Awoki mengaku telah 'merekrut' geng rambut perang sejak 2008 bersama suaminya.
5. Bonnie Elizabeth Parker (perompak dan pembunuh berantai)
Namanya diabadikan dalam banyak novel, komik, siri televisyen, bahkan filem. Bonnie Parker bersama kekasihnya Clyde Barrow merompak puluhan bank di Amerika selama masa depresi ekonomi pada 1931-1934.
Ketika itu ekonomi Amerika sedang jatuh. Susah mendapatkan peluang pekerjaan, maka mereka beralih untuk melakukan jenayah. Bonnie aktif melakukan rompakan di seluruh Amerika ketika usianya baru mencecah 19 tahun.
Pasangan penjahat ini tidak segan silu untuk merompak supermarket dan premis-premis perniagaan lainnya. Dia dan kekasihnya dibantu enam lelaki lain setiap kali melakukan jenayah.
Walaupun wajahnya ayu dan nampak lemah lembut, Bonnie tidak pernah teragak-agak untuk membunuh sesiapa sahaja.
Kegiatan jenayah Bonnie berakhir pada 1934 di Lousiana. Polis menembak mati dia dan kekasihnya ketika sebuan dilakukan waktu dinihari.
Hasil filem arahan sutradara Arthur Penn berjudul ‘Bonnie and Clyde’ yang dikeluarkan pada tahun 1967, nama gadis ini tercatat sebagai salah satu penjenayah tercantik paling terkenal sepanjang sejarah.
Edit dari sumber asal www.kaskus.co.id
No comments:
Post a Comment