Monday 15 October 2012

PENGETUA SEKOLAH AGAMA PUN RASUAH...???


Pengetua Sekolah Agama Hadapi 14 Pertuduhan Salah Guna Kedudukan       

alt

KUALA LUMPUR 15 Okt - Seorang pengetua sekolah agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 14 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan lebih RM1 juta bagi syarikat milik isterinya.
 
Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur, Bachok @ Abdul Samad Abdul Latip, 65, didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di sekolah itu di Jalan Jaafar, Benut, Pontian, Johor dari Julai 2011 hingga Julai 2012.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menggunakan kedudukan sebagai penjawat awam untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya.
 
Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
 
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengarahkan kakitangan dan guru sekolah tersebut untuk mengeluarkan 14 baucar dan 14 cek Maybank Islamic yang berbeza nilai sepanjang tempoh berkenaan.

No comments: