Monday, 15 October 2012

AL-KISAH ~ PUAK HALUAN KIRI YANG DENGKI KETOKOHAN DS DR. ZAMBRY .. !!!


Tiga papan iklan yang memaparkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Manjung di sini ditemui disimbah dengan cat merah pada pagi ini.

Satu papan iklan di persimpangan Jalan Lumut-Jalan Iskandar yang memaparkan Dr Zambry dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan moto “Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir, telah disimbah dengan cat merah yang menutupi gambar Dr Zambry.


Ini bermakna pelaku adalah orang yang dengki, cemburu dan sakit hati dengan kepimpinan dan pentadbiran DS Dr. Zambry kerana hanya gambar wajah beliau sahaja yang disimbah cat dan tidak gambar wajah Perdana Menteri Malaysia yang berada di sebelahnya.


Maksudnya..... Hati-hati!

Dua papan iklan yang turut disimbah dengan cat merah hanya memaparkan wajah Dr Zambry, yang didirikan oleh Majlis Perbandaran Manjung.

Satu ditempatkan di hadapan bangunan majlis perbandaran dan satu lagi di Jalan Sitiawan, dekat Taman Paya Bakau Manjung.

Adakah perbuatan biadab mereka ini disebabkan oleh pendedahan blogger dari PCT mengenai salah guna kuasa yang dilakukan oleh kepimpinan puak-puak haluan kiri di Perak semasa era pemerintahan 11 bulan Nizar lambai menjadi Menteri Besar, baru-baru ini...???


Berbual dengan seorang rakan berbangsa cina di pekan Sitiawan tengahari tadi, mereka mati-mati kata, perbuatan itu tidak mungkin dilakukan oleh 'orang cina'.  Bukan budaya 'orang cina' untuk buat kerja bodoh macam tu, katanya.  Heh!! Jadi perbuatan siapa? Adakah maksud apek pertengahan umur itu, ianya adalah perbuatan 'rakan Melayu' mereka di dalam PR...???

Apek yang juga seorang ahli perniagaan itu berkata dengan bangganya bahawa.... sikalang arrr.... olang cina suma sulah menci sama BN. Nanti PLU (maksudnya  PRU....maklumlah slang pelat) olang cina suma talak pangkah BN.... So, sudah pasti apek itu adalah penyokong DAP dan adakah kata-katanya itu menggambarkan sokongan orang cina terhadap BN...... Di Sitiawan mungkin kerana di sinilah kubu kuat DAP.. tetapi di tempat lain, belum tentu.

Difahamkan bahawa ahli Umno bahagian Lumut akan membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Manjung berhubung insiden itu kemudian, mungkin pada petang ini.

No comments: