Monday, 15 October 2012

PASSEX - INI JAWAPAN KEPADA BERLABUHNYA KAPAL PERANG USS GEORGE WASHINGTON DI PELABUHAN KLANG


PASSEX - USS GEORGE WASHINGTON DAN KAPAL PERANG TLDM - TERSIRAT DAN TERSURAT

USS George Washington (CVN 73) dan KD Jebat (FF 29) dan KD Lekiu (FF30)


TLDM mengadakan latihan bersama Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu Passage Exercise (PASSEX) bersempena dengan kunjungan tiga buah kapal perang Amerika Syarikat ke Pelabuhan Klang baru-baru ini. Latihan ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan dan juga meningkatkan persefahaman di antara tentera laut kedua-dua negara.

Kapal yang terlibat adalah iaitu KD JEBAT dan KD LEKIU manakala Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengaturgerakkan Aircraft Carrier, USS GEORGE WASHINGTON, Destroyer, USS MCCAMPBELL dan Frigate USS VANDERGRIFT.


Latihan dilaksanakan 20 batu nautika barat daya Pulau Pangkor. Pelbagai jenis latihan telah dilaksanakan di antaranya latihan manuvra dan komunikasi yang terdiri daripada kibaran bendera serta pancaran lampu bagi mengoptimumkan peluang yang diperolehi ini. Latihan manuvra bersama kapal pengangkut pesawat USS GEORGE WASHINGTON dan aksi akrobatik yang dipamerkan oleh pesawat Super Lynx serta Sea Hawk yang dimiliki oleh Tentera Laut Amerika Syarikat ternyata pengalaman yang mengujakan bagi kesemua warga kapal yang terlibat.


Eksesais pada kali ini telah berjaya mencapai objektifnya dan membuktikan kemampuan aset TLDM dalam beroperasi bersama aset-aset dari negara maju. Ini membuktikan, bahawa visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut bertaraf dunia adalah tidak mustahil untuk dikecapi berdasarkan kemampuan dan kebolehan sedia ada sekarang. Bravo Zulu!!

Sumber  : Navy The Best


USS George Washington (CVN 73), KD Jebat FF 29, KD Lekiu (FF 30)
dan USS Vandergrift (FFG 48)

Sebelum ini, banyak desas-desus (hero-hero politik kosong tanah air terutamanya Mat Sabu dan Mahfuz yang melatah tidak tentu pasal) mengkritik kehadiran kapal pengangkut USS George Washington di Malaysia namun jelas hanya untuk memenuhi kepentingan parti politik mereka sahaja.Kritikan tersebut sengaja dibuat untuk mengalihkan pandangan, pendapat umum dan memadamkan ingatan masyarakat terhadap isu tajaan jutaan Dollar USD oleh pihak-pihak tertentu kepada organisasi-organisasi seperti SUARAM dan entiti media yang kononnya bebas seperti Malaysiakini.


Ironinya, apakah mereka ini pendek akal dan tidak tahu mengenai kepelbagaian inisiatif diplomatik ketenteraan yang telah dipraktikkan oleh kebanyakkan negara bedaulat iaitu lawatan serta persinggahan kapal perang ke pelabuhan-pelabuhan negara lain di serata dunia? Sebagai contoh, Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera milik TLDM sendiri  pernah mengadakan pelayaran "Sailing Around The World" ke benua Eropah dan saya difahamkam KLD berkenaan telah singgah ke sebanyak 24 buah pelabuhan! Ada puluhan malah mungkin ratusan lagi inisiatif diplomatik seperti itu telah dibuat oleh TLDM sendiri dan tidak larat rasanya untuk saya ingati tiap satu daripadanya.

Sebagai seorang perokok tegar, inilah 'buah tangan' - Lighter ZIPPO USS George Washington
 yang dapat saya beli sebagai kenangan menaiki kapal induk berkenaan
Walaupun, jika diperhalusi dengan lebih mendalam, lawatan tersebut mungkin membawa mesej bahawa kekuasaan ketenteraan Amerika Syarikat berada di mana jua dan ingin mewujudkan kesan psychological appearance mereka disini dibawah kelolaan pentadbiran US Pacific Command (USPACOM) di Hawaii yang mengkoordinasi aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat untuk mempertahankan keselamatan kepentingan negara berkenaan di Asia Pasifik. Walau bagaimanapun, Askar Setia melihat lawatan USS George Wahington ke negara ini sebagai satu langkah positif untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik ketenteraan Kuala Lumpur-Washington. 

KREDIT TO ---->>> Askar Setia

No comments: