Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

ANWAR TIDAK PERNAH SUKA KEPADA PAS...???


SHAH ALAM – Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairuddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah suka dengan pendirian Pas yang memperjuangkan dasar Islam.

Tuesday, 11 September 2012

PAS DIARAHKAN KELUAR DARI PAKATAN REPUBLIK OLEH KARPAL...!!!


INSIDEN terbaru di Majlis Hari Raya anjuran Muslimah PAS baru-baru ini yang mengasingkan tetamu lelaki dengan tetamu perempuan telah mendapat Kritik Besar daripada PengAnti Islam DAP, Encik Karpal Singh.

Kata Karpal Singh mengulas kejadian tersebut, "ia menunjukkan Pas telah cuba impliment dan cuba untuk laksanakan Hudud Pas tanpa Kelulusan Pakatan Republik".

Karpal Singh mendesak supaya Pas tidak tunggu lama di dalam Pakatan Republik, dan mendesak supaya Pas segera keluar dari Pakatan Republik.

Mengulas Desakan Karpal Singh, Muslimah Pas berkata mereka akan tetap dengan pendirian mereka bahawa mengasingkan lelaki dan wanita dalam sebarang majlis.


mymassa

Monday, 10 September 2012

ABBY ABADI WAJAR CERAMAHKAN MISLINA MUSTAFFA....!!!!

Mislina Mustaffa – Kisah Penyokong Pembangkang, Anjingnya Dan Fahaman Islamnya

Mislina Mustaffa - Kisah Penyokong Pembangkang, Anjingnya Dan Fahaman Islamnya

Apalah nak jadi dengan perempuan gelandangan sorang ni.... baca detail ... di sini

Pegang anjing...mcm pegang anak sendiri aja.

Lihat video ni...






Abby abadi yang megah berceramah di pentas PAS, tak teringinkah nak tarbiahkan si Mislina agar menjadi seperti dirinya..???

NASHA MASIH KEKAL DALAM PAS....


alt

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Majlis Syura PAS Pusat memutuskan mengekalkan keahliah PAS terhadap Bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Persidangan yang baru sahaja berakhir sebentar tadi itu juga memutuskan Nasharudin dikekalkan memegang jawatan sebagai salah seorang anggota Ahli Majlis Syura PAS Pusat.

Keputusan rasmi yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga menolak spekulasi beberapa pihak yang mendakwa Nasharudin bakal dipecat sebagai anggota keahlian parti malam ini.

alt

Walaubagaimanapun, Hadi Awang enggan mengulas tentang status pencalonan Nasharudin pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan menjelaskan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

Untuk rekod, PAS sebelum ini pernah mengambil tindakan memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr. Hasan Ali kerana bertindak sama menggesa parti tersebut meninggalkan Pakatan kerana tidak seteru dengan perjuangan DAP dan PKR.

klpos

Sunday, 9 September 2012

ADAKAH LIM KIT SIANG DAN KARPAL SINGH AKAN MEMELUK ISLAM.....???


Penentang Kuat Islam Akhirnya Memeluk Islam



Daniel Streich, ahli politik berasal Switzerland, yang terkenal kerana kempennya menentang pembangunan masjid di negaranya, tanpa diduga-duga dan tak disangka kini dia memeluk agama Islam.

Streich adalah orang pertama yang melancarkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di negaranya. Dia dari Parti Rakyat Switzerland (SVP).Deklarasi kontroversi Streich ke Islam membuat heboh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seluruh negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi penentangan orang awam terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang yang memeluk Islam.Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membina masjid yang paling indah di Eropah terutama di negaranya.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada ketika ini ada empat masjid di negaranya dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari "pengampunan dosanya" yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah NGO, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya mempunyai keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan keganasan; sama halnya dengan Streich.Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Al-Quran dan mula memahami Islam.

Streich adalah seorang ahli penting Parti Rakyat Switzerland (SVP). Ia mempunyai kedudukan penting dan pengaruhnya dalam parti. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangi tentera di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan kajian komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki nampak yang mendalam pada dirinya.Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVP sebagai syaitan.

Dulu, Dia mengatakan bahawa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari.Dia membatalkan kehadirannnya di parti dan membuat kenyataan awam tentang dia masuk Islam. Streich mengatakan bahawa dia telah mencari kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.

Di Malaysia... adakah ketua penentang  kuat agama Islam...akan memeluk Islam, setelah bersekedudukan dengan PAS di dalam rumah politik yang sama...???

Friday, 7 September 2012

RAJA BAHRAIN CALON PAS PRU 13...........

Raja  Bahrin

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah




















KUALA Terengganu – Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah atau lebih dikenal sebagai Raja Bahrin berkemungkinan besar akan dicalonkan bertanding mewakili Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Friday, 24 August 2012

PAS TERSEPIT ISU NASHA vs KARPAL

nasha-pc-karpal

Apa akan jadi dengan Nasharudin Mat Isa atau ustaz Nasha yang mencadangkan PAS keluar dari pembangkang kerana DAP menentang Hudud?’
Apakah beliau senasib dengan bekas Naib Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat ekoran kenyataan mengenai moral Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Jika PAS sanggup mengorbankan Adun Gombak Setia itu kerana setianya parti itu kepada Anwar, tidak mustahil Nasha, ahli parlimen Bachok juga bakal jadi korban kerana sayangnya PAS pada Karpal.
Mungkin itu diharap-harapkan golongan Anwarinas dalam PAS yang berkiblatkan Ketua Pembangkang itu selepas mereka berjaya menyingkirkan Nasha daripada mengekalkan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti tahun lalu.
Namun, untuk memecat Nasha yang sanggup berdepan Karpal di mahkamah demi mempertahankan kenyataannya bahawa pengerusi DAP itu anti Islam dan Hudud, bukan semudah PAS menamatkan keahlian Dr Hasan yang berbelas tahun setia kepada parti itu.
Nasha jelas memperjuangkan yang hak seperti ditegaskan dalam kenyataan sebelum ini bahawa beliau dididik dalam PAS bahawa ajaran Islam itu syumul merangkumi setiap aspek kehidupan.
“Di dalamnya ada akidah, perundangan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh anti Islam dan bersedia bertemu beliau di mahkamah,” – tegas Nasha dalam sms kepada Agendadaily minggu lepas.
Pasti ramai pemimpin PAS kini menantikan apa parti itu akan lakukan terhadap Nasha selepas tersiar gambarnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu pemimpin-pemimpin Islam di Mekah, Ramadhan lalu.
Ini termasuk Datuk Mahfuz Omar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Pemuda PAS Terengganu yang kritis terhadap Nasha termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan ‘tidak hairan’ jika Nasha keluar parti menyertai UMNO.
Memang benar, ada pemimpin PAS melihat Nsha ibarat sampah dalam mata – boleh menghalang keakraban puak Anwarinas ini membenarkan PAS dikuasai Anwar dan DAP.
Bagaimanapun, dengan isu Karpal menolak Hudud dan dianggap anti Islam oleh Nasha, PAS terpaksa ‘menarik rambut dalam tepung’ dalam usaha menyelesaikan perkara ini.
Lagipun Nasha bukan bersendirian dalam perjuangan ini kerana sudah ada pemimpin PAS mulai bersuara.
Walaupun tidak menyatakan sokongan terhadap Nasha, tetapi kecaman terhadap Karpal menggambarkan bahawa ada pemimpin PAS tidak senang hati dengan tindak tanduk ahli parlimen Bukit Gelugor itu yang boleh mengancam parti berkenaan .
Contohnya, Timbalan ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi amaran bahawa kritikan Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya akan datang.
Anak kepada Nik Aziz itu berkata, kenyataan pengerusi DAP itu memberi gambaran kepada masyarakat Islam bahawa DAP "tidak mesra Islam dan orang Melayu".
"Dari sudut sentimen, kelihatan Karpal Singh, melalui beberapa kenyataan terakhirnya, terlalu yakin DAP tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Sama ada itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, tapi bagi saya hampir pasti boleh menjejaskan undi rakannya dalam Pakatan terutama PAS.
"Walaupun berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama hak kesepakatan bersama pakatan juga perlu untuk tidak memanaskan isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju', termasuk  perihal dasar perjuangan setiap parti.
"Sama ada kritikan beliau itu atas premis mempertahan sekularisme negara ataupun jahil mahupun keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu," kata Nik Mohamad Abduh.
Beliau mendakwa, kenyataan Karpal berhubung hudud sebelum ini juga bertentangan dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat.
Sementara itu, ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menyifatkan kenyataan Karpal yang terus mempertikaikan hudud "semakin keterlaluan" dan dijangka "bakal berdepan dengan kemarahan orang Islam".
"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubungan baik sesama Pakatan," katanya.
Itu hanya sebahagian suara kecil dalam PAS yang sudah berbunyi kerana menyedari apa diperjuangan Nasha dan apa risiko jika Karpal terus bertegas minta ‘langkah mayatnya dahulu’ jika mahu dilaksanakan hukum Hudud.
Semestinya, PAS yang dijangka membincangkan isu kenyataan Nasha dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang dijadual pada Sabtu ini perlu rasional mencari penyelesaikan sama ada mahu menghadapkan Nasha kepada jawatankuasa tertinggi parti itu.
Sudah tentu PAS tidak boleh sewenang-wenangnya menunding satu jari kepada Nasha kerana tiga jari lagi akan menghala diri sendiri.
PAS juga tidak perlu lari topik apabila Nik Aziz cuba mengaitkan isu sama berhubung kenyataan pemimpin MCA yang turut menolak Hudud.
Barisan Nasional pasti ada cara penyelesaian terhadap isu itu tetapi sebagai parti yang sering mendabik dada kononnya memperjuangkan Islam,
semua mata umat Islam di negara ini tertumpu kepada bagaimana PAS mahu menyelesaikan kontroversi ini.
Setidak-tidaknya, Nasha sudah berjaya ‘menampar dan menutup mulut’ beberapa pemimpin PAS yang selama ini hanya tahu berkokok pasal Islam tetapi membenarkan tangan bergelumang najis apabila membiarkan sahaja Islam diperkotak katik demi nafsu mereka untuk menawan Putrajaya bersama Anwar.
PAS kini nyata tersepit kerana bagi Nasha, perjuangan menegakkan Islam tentu lebih besar berbanding PAS yang menjanjikan syurga tetapi perjuangan parti itu hanya memperalatkan agama semata-mata. -
OLEH ROSLAN BIAN

Wednesday, 15 August 2012

NIK AZIZ KECEWA DENGAN NASHARUDDIN....???

NIK AZIZ TAK HAIRAN JIKA NASHA KELUAR PAS....

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, semalam.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepadaBernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharudin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.




 Najib: Ulama tersohor Saudi kagum dengan Malaysia 


Nasharudin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam Pas ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharudin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata, adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti.- Bernama


MAKANAN LAZAT SETIAP HARI PUAK-PUAK PAS ADALAH DUSTA DAN FITNAH...!!!


Sahih terbukti, inilah realiti yang sukar untuk dinafikan sama sekali apabila fitnah yang sudah mendarah daging semakin bersebati bersama pekat hitam seketul daging yang dinamakan hati.

Ya, hati yang hitam legam angkara rutin hariannya mencintai fitnah berbanding kebenaran sememangnya agak sinonim dengan penyokong sebuah parti yang kononnya mendaulatkan Islam dalam dasar dan polisinya.

Dek kerana hitamnya hati-hati yang menyokong PAS mengakibatkan penglihatan mereka ditutup rapat dari kebenaran sebaliknya fitnah dan dusta dipandang sebagai memiliki darjat yang tertinggi.

Itulah yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kes berkaitan saman fitnah UMNO terhadap fitnah oleh Harakah terpaksa ditolak sekalipun mengesahkan fitnah telah dengan sengaja dilakukan oleh media rasmi PAS itu.

Dalam kes tersebut, UMNO Selangor telah menyaman Harakah berikutan satu artikelnya yang memfitnah UMNO sebagai kononnya punca JAIS melakukan serbuan ke atas sebuah gereja di Selangor.

Disebabkan plaintif yang memfailkan saman tiada kelayakan dari segi undang-undang kerana dirinya bukan penjawat awam, Harakah terselamat dari hukuman membayar saman RM10 juta, satu kemenangan yang cukup indah bagi ramai balaci PAS yang cetek akal fikirannya.

Para balaci yang kebanyakannya berkopiah dan berserban seakan bergembira dengan keputusan tersebut walhal hakikat kebenaran yang menunjukkan PAS melalui lidah rasminya telah disahkan melakukan fitnah tidak pula disedari oleh hati-hati yang kelam itu.

Sekurang-kurangnya empat kejahilan telah dilakukan oleh penyokong PAS yang meraikan 'kejayaan' mereka dalam kes ini sama ada secara sedar atau sebaliknya;

1) Memfitnah UMNO yang dianggotai sebahagian besar umat Islam sebagai dalang pemeriksaan di gereja.

2) Memfitnah JAIS kononnya sebagai talibarut UMNO sedang hakikatnya mereka hanya melaksanakan tanggungjawab menyelamat dan mempertahankan akidah umat.

3) Mendahulukan kepentingan gereja berbanding hak keperluan mendaulatkan akidah umat

4) Meraikan fitnah yang nyata sekalipun beban dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh.

Malang betul bagi segelintir umat Islam yang sudah ditutup hijab penglihatannya untuk melihat kebenaran gara-gara terlampau lama bergelumang dengan adu domba, dusta dan fitnah rekayasa propaganda parti yang bertopeng agama.

Inilah hakikat yang perlu kita umat Islam akui betapa fitnah yang sudah menjadi asam garam kehidupan sesebuah organisasi politik seperti PAS impaknya turut menyebabkan penyokongnya hilang kewarasan berfikir.

Saban hari halwa telinga dan mata disajikan dengan propaganda dan fitnah serta dusta pula menjadi santapan harian rohani tentu sahaja hatinya gagal memandu akal fikiran ke arah yang sepatutnya.

Akhirnya lahirlah penyokong dan ahli yang menyokong membuta tuli, angguk-angguk dan geleng-geleng mengikut rentak parti tanpa peduli lagi soal betul atau salah.

Yang hitam diraikan, yang putih dikesampingkan. Malang benar bagi sesiapa yang masih beriktikad dalam hati untuk terus menyokong PAS.

Thursday, 9 August 2012

DAP ANTI ISLAM, LANCAR BOIKOT PRODUK ORANG ISLAM DI FB..!!!


Maklumat diperolehi mengatakan Mazlan Aliman telah diberikan sejumlah wang yang banyak oleh DAP untuk menganjurkan Himpunan Oren tempohari bagi menggagalkan penyenaraian FGV. Dan disebabkan kerana beliau GAGAL, maka cybertrooper DAP sendiri kini telah melancarkan kempen memboikot mana-mana barang keluaran FELDA bagi memastikan FGV gagal, seterusnya memberikan tekanan ekonomi kepada peneroka dan mendapatkan undi protes pada PRU kelak.

Strategi ini juga merupakan serampang dua mata dengan matlamat lainnya adalah untuk memastikan orang Melayu tidak mampu bersaing dengan mereka dari segi ekonomi. Cakap mudahnya, apabila orang Melayu tiada instrumen ekonomi yang kuat seperti FGV dan tidak juga menguasai pasaran makanan dan keperluan, maka selamanya orang Melayu akan bergantung kepada peniaga mereka.

Sekarang siapa yang BODOH dan DUNGU?!! Ada tidak sesiapa yang bertanya kepada mana-mana peserta OREN hari itu, adakah perhimpunan mereka kali ini mempunyai apa-apa matlamat Agama dan Iman?!! Dan dengan mengadakan Himpunan bodoh seumpama itu, adakah PAS waima pakatan rakyat mempunyai strategi perniagaan yang lebih baik bagi menjana pendapatan yang lebih lumayan kepada para peneroka?!!

Selamanyalah PAS menjadi pencacai kafir harbi DAP dan musuh dalam selimut kepada umat Islam.....FIKIRKANLAH..!!!

STATEMENT GILA BABI PAS : AKUI HARAM UNDI DAP, TAPI DEMI MENJATUHKAN BN, HALAL PULAK!!!!


KOTA BHARU  - Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.

Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.

Beliau mendakwa, dalam situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun.

"Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam, tolak hukum hudud selain banyak kepincangan yang berlaku dalam pemerintahannya seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

"Maka, Pas yang memperjuangkan Islam mesti tolak kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku.

 Untuk itu, kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan pembangkang seperti sekarang.

"Kalau tidak undi DAP kita tidak boleh menang, jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN, maka ia dibolehkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Pas kerana adalah jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Difahamkan sebelum ini, pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa mengeluarkan arahan meminta ahli-ahli parti mereka mengundi DAP.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat mengakui kapasiti yang ada pada parti itu sekarang terlalu kecil dan ia memerlukan kepada pakatan kukuh bagi menumbangkan kerajaan BN yang mempunyai banyak komponen.

~ Utusan Malaysia ~

Wednesday, 8 August 2012

DAP KAFIR HARBI - HARAM DAN BERDOSA BERI SOKONGAN...!!!



Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

Adakah lepas Pok Nik akan keluarkan fatwa sokong parti DAP masuk syurga?

~SRO~

Tuesday, 7 August 2012

MENYESAL SOKONG PAS....!!!

Agak menarik untuk mengulas mengenai seorang pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar, Muhamad Hasyim Che Ngah, yang menyesal dengan penglibatannya dengan himpunan Bershit 2.0 yang dianjurkan di Mesir pada tahun lalu.

Himpunan yang diadakan di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, itu disertai oleh beberapa pelajar Malaysia di universiti tersebut dan termasuk 9 orang pelajar yang mendapat tajaan pinjaman dari Yayasan Terengganu.

Hasyim juga tidak terkecuali telah menyertai himpunan “Ambiga” itu sehingga menyebabkan perjanjian pinjaman pengajiannya di situ telah dibatalkan oleh pihak Yayasan atas sebab melanggar kontrak kerana terlibat dengan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

Tuesday, 31 July 2012

INILAH PUNCA SEBENAR PAS SAYANG DAP...!!!


Hari ini segalanya terjawab sudah. Baru kami tahu mengapa "ulama' muktabar" PAS seorang ini begitu sukar untuk menerima salam perpaduan daripada UMNO.

Memang satu perkara yang agak memeningkan apabila PAS diajak bersatu, syarat utamanya UMNO perlu terima Islam dahulu. Walhal, orang UMNO sama akidah dan mazhab (mungkin) dengan mereka, tetapi mengapa DAP yang begitu kuat menentang Islam pula mereka begitu senang bersama?!!

Ini rupanya sebab sebenar mengapa PAS kini begitu akrab dengan DAP. Mereka bukan setakat mempunyai berkongsi tekad perjuangan untuk menumbangkan kuasa orang Melayu, bahkan mereka sebenarnya mempunyai AKIDAH yang sama!

Kepada pembaca yang kurang faham dengan apa yang kami maksudkan di atas, artikel-artikel di bawah ini boleh menjelaskan segalanya:

DI SINI....... DI SINI ....... dan..... DI SINI

Maka, terjawablah sudah sebab musabab mengapa pemimpin PAS begitu tegar..............
 


PAS JANGAN SALAHKAN UMNO....DAP KEKAL PENDIRIAN TOLAK HUDUD..!!!



SHAH ALAM – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan pendirian partinya, yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh Pas.


Menurut Guan Eng, pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah, namun bersetuju dengan pelaksanaan negara berkebajikan oleh Pas yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.


Namun, menurutnya, DAP dan Pas sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus.
“DAP dan Pas boleh bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini.
“Ini kerana, DAP dan Pas, telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan.
“Jelas dasar bersama tersebut tidak menyebut tentang perlaksanaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat masa depan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa, tindakan MCA dan Gerakan meneruskan serangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong Pas dalam perlaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang.
“MCA dan Gerakan seperti pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu dengan cubaan mereka untuk menutup segala kegagalan menuntut tindakan terhadap pemimpin Umno yang menyokong perlaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam,” katanya.
Justeru katanya, Umno yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrim berbanding Pas yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam. – Sinar Harian.


Sunday, 22 July 2012

MARAH BILA DIKATA 'BAPA KAFIR' TAPI SEDAP MULUT KATA UMNO KAFIR...!!!!


EDISI SENTAP: LAYAK KER NIK AZIZ DIGELAR ULAMA'!? MENGONG PUNYA PAS!


MARAH sungguh kepimpinan dan ahli-ahli PAS bila Nik Aziz dituding sebagai Bapak Kafir oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor malah mereka menganggap kenyataan tersebut adalah satu penghinaan kepada Nik Aziz yang mereka panggil dan dendangkan sebagai Tok Guru itu.

Bertempik menggila kalangan mereka termasuklah Dewan Ulamak PAS Kelantan yang turut mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyegerakan fatwa khas berhubung tuduhan tersebut kononnya bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai kerana kenyataan tesebut menghina ulamak,itu kata mereka.

Ulamakkah Nik Aziz ini? Penanda aras mana yang digunakan untuk mengangkat Nik Aziz itu sebagai seorang ulamak hingga tidak boleh dihina, diusik dan disentuh langsung sedangkan selama ini perkataan kafir sudah jadi makanan harian serta pakain Nik Aziz yang akan mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang beliau ataupun yang tidak menyokong parti PAS.

Apakah Nik Aziz sahaja yang boleh menuduh orang lain kafir? Mustahak sangatkah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bersidang sedangkan Nik Aziz sendiri menghina serta mencerca majlis tersebut atau Nik Aziz mahu memperalatkan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk kepentingan politik PAS menjelang PUR13 nanti.

Nik Aziz sudak terlalu bodoh,tidak tahu membezakan manusia dengan syaitan, sudah buta mata hati untu menilai yang mana pemimpin bermoral dan tidak bermoral malah tindakan Nik Aziz yang menyokong gerakan-gerakan kafir yang menghina agama juga boleh disifatkan bahawa Nik aziz telah mengkafrikan dirinya sendiri.

Sudah berapa ramai orang yang dikafirkan oleh Nik Aziz malah berjuta ahli UMNO dikafirkan Nik Aziz kerana menyokong parti ini dan Nik Aziz juga turut celupar apabila mengeluarkan kenyataan sesiapa sahaja yang menyokong UMNO akan masuk neraka dan PAS menjanjikan syurga sedangkan semua orang tahu hanya Dajjal yang menjanjikan syurga ini.

Nik Aziz rasa sakit bila dituduh sebagai Bapak Kafir dan Dewan Ulamak PAS Kelantan rasa sakit bila Tok Guru mereka dilabelkan Bapak Kafir oleh Tan Sri Rahim Noor dan tahukah mereka ini bahawa berjuta lagi yang menanggung rasa yang sama bila Nik Aziz tanpa segan silu, tanpa rasa bersalah menuding orang lain sebagai kafir, iblis dan setan.

Tak reti beza Islam dan kafir..Yang menentang Islam dijulang,dipuja.. Sami Buddha ke?

Selama ini tidak ada orang yang berani secara terbuka menggelarkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir dan sebagai bekas Ketua Polis Negara yang mempunyai berbagai-bagai maklumat serta boleh akses beberapa perkara sulit, Tan Sri Rahim Noor dengan begitu berani serta yakin menobatkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir.

Nik Aziz dalam usia yang sedang menunggu mati ini yang mulutnya harus digunakan untuk membutirkan wirid serta zikir tetapi masih memilih untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak sealiran politik dengannya dan ludah beliau selama ini menimpa mukanya sendiri.

Dalam saat kubur kata mari,rumah kata pergi ini Nik Azik masih enggan bertaubat dan masih menyokong segala usaha perpecahan dalam masyarakat,menyokong perbalahan kaum dan paling malang sekali bila beliau terus mempertahankan tindakan kafir-kafir dalam pakatan pembangkang menghina agama,bangsa dan negara.

Baik Nik Aziz ataupun Dewan Ulamak PAS Kelantan.mereka tidak perlu merasa syugul kerana inilah pembalasan terhadap keceluparan dan kemajalan pimpinan Nik Aziz selama ini malah Rahim Noor dapat menghidu belang pembohongan dan penipuan agama yang Nik Aziz lakukan selama ini.

Mengheret dua tiga kerat anak-anak muda yang belum habis belajar Feqah dan Tauhid berdemontrasi di depan pejabat NST di Bangsar sekali lagi mencerminkan sikap tidak sekolah anak-anak muda yang buta mata hati dengan perjuangan PAS serta Nik Aziz ini.

Nik Aziz perlu muhasabah diri dan mencari sebab mengapa beliau digelarkan Bapak Kafir sedangkan pemimpin lain diberikan gelaran yang baik-baik seperti Bapa Kemerdekaan,Bapa Perpaduan dan sebagainya tetapi beliau digelarkan dengan gelaran sedemikan hina dan Nik Aziz masih bernasib baik kerana tidak ada lagi orang menggelarkan beliau sebagai dajjal akhir zaman.

KREDIT TO..... GOSSIP RAKYAT

Saturday, 7 July 2012

AHLI PAS GHAIRAH NAK KE PUTRAJAYA..???

KOTA BHARU  - Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud kesal dengan sikap kebanyakan pimpinan dan ahli Pas yang ghairah untuk ke Putrajaya sedangkan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan.


Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, orang Pas sepatutnya memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan, bukannya merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.
Beliau berkata, lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.
“Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya.
“Kalau kita tinggalkan agenda masjid dan hanya fikir mahukan Putrajaya, jika kita berkuasa kelak, orang jenis macam mana yang kita hendak lantik menjadi duta misalnya? Adakah orang yang tidak pernah bersolat di masjid?
“Saya sedih lihat keadaan banyak masjid sekarang sudah mati, di mana orang kita yang sepatutnya datang penuhkan masjid? Padahal kalau masjid sudah hidup barulah kita sebenarnya boleh perintah negara,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.
Mohamed menambah, beliau amat berharap semua pihak sedar mengenai perkara ini dan melakukan tindakan segera.- Utusan Malaysia

Wednesday, 4 July 2012

DERMA JIHAD DARI RAKYAT UNTUK BAYAR ARTIS...???

PAS memang terkenal dengan ungkapan DERMA Jihad.


Menurut ulama PAS, derma mereka adalah untuk dana akhirat.

Betul ke derma boleh jadi DANA AKHIRAT kalau guna untuk bayar artis.


Kalau sekali ceramah jer, boleh dapat 50k..... dah berapa artis yang berceramah untuk PAS selama ini? Bayangkan jika setiap artis menerima bayaran yang jumlahnya sama seperti itu. Tidakkah ianya menunjukkan yang PAS memang berwang..... TETAPI...kenapa masih menadah tangan kepada rakyat untuk membina lebuhraya????

Artis tu pulak, kalau niat dan perjuangannya bersama PAS adalah ikhlas, tak perlu lah dia nak berbangga dengan menulis kat status atau tweet di alam maya mengenai bayaran yang dia terima.  Nampak sangat nak menunjuk-nunjuk dan semuanya hanya kerana duit.....duit...duit.... DASAR ARTIS MATA DUITAN...!!! Gamaknya kalau PKR mampu bayar lebih daripada itu, dia pun kuar PAS masuk PKR.... !!!

OK lah... sekali ceramah 50k.....! Dalam setiap ceramah ada berapa banyak fitnah, umpat keji, mengata dan prasangka? sebanyak itukah sahaja nilainya..... bagus, kerana 'saham' di akhirat sangat tinggi...!!!!!!!!!!!!