Monday 6 February 2023

SPRM SIASAT 'BUTLER' HAMZAH ZAINUDIN 'PAU' RM15 JUTA DUIT SYARIKAT ASIA CODING CENTRE

 

Nampaknya PN panas lagi. Isu RM92.5B tak selesai lagi. Ramai ditahan dan siasat SPRM. Kini kroni atau 'butler' Hamzah Zainudin Dato' Stephen pula kena siasat kerana 'pau' pendahuluan RM15 juta. Benarkah Dato' Stephen beri kepada Hamzah?

Menurut sumber SPRM mereka telah menyiasat orang kanan atau pembuka pintu bagi Hamzah Zainudin Dato’ Stephen Sim  Choo Thiam di pejabat mereka Publika tentang  wang pendahuluan RM 15 juta yang diminta Dato’ Stephen daripada Asia Coding untuk projek Rundingan Terus Pembinaan Pelabuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( APMM) di Terengganu berjumlah RM 420 juta. 

Urusniaga ini dibuat oleh Dato’ Stephen dan Dato’ Syed Abu Zafran “ Kassim Baba”  kepada Tan Sri Muhamad Ikmal Opat ( Widad Group) yang merupakan pemilik Syarikat Data Prep Holdings Berhad  dan bayaran RM 15 juta dibuat melalui syarikat kerjasama Dataprep iaitu  Asia Coding Centre Sdn Bhd




Menurut siasatan mendedahkan, dua beg berisi RM 15 juta telah diserahkan oleh Asia Coding kepada wakil Hamzah Zainudin, Dato’ Stephen dan Syed Abu Zafran di basement B6 block B4 PUBLIKA dan dimasukkan ke dalam kereta Dato’ Stephen Audi 8 bewarna hitam no pendaftaran RL 8282 pada julai 2021. Menurut sumber siasatan dan penyataan bersuara telah direcordkan oleh SPRM dari Dato’ Stephen, RM 15 juta diambil dan diserahkan kepada Hamzah Zainudin untuk pembelian pejabat mewah di block D Publika.

 

Butler kesayangan Hamzah Zainudin


Rentetan dari Projek tersebut, pihak SPRM juga telah menyiasat Dato’ Stephen dan menahan reman 4 hari 3 malam Syed Abu Zafran di lokap SPRM Putrajaya mengenai penyelewengan tender Projek Saringan Covid ( Projek Imigresen dan KKM ) di KLIA dan laporan dibuat oleh MyEG kerana tidak berpuas hati di atas kekalahan projek tersebut yang dikatakan ada penyelewengan tender tersebut.



Hamzah Zainudin bukan hanya memakai seorang “Door Keeper” Dato’ Ariffin Tobias, SUSK beliau merupakan orang kanan yang terkenal dengan membuat deal dengan meminta 5% hingga 10% setiap projek yang berkaitan di KDN dan Hamzah berjaya menutup setiap kes yang berkaitan beliau dengan menjual nama Azam Baki KP SPRM.

Arifin Tobias SUSK Hamzah penentu projek kroni di KDN

Hamzah jugak bersekongkol dengan TS Vignesswaran ( Presiden MIC) dan Saravanan Bekas Menteri Sumber Manusia membela Dato’ Amin Bangla ( FWCMS) BESTINET dengan memberi projek rundingan terus sistem Imigresen di kementeriannya KDN dan projek BRA ( Bangladesh Retruitment Agenci) di Kementerian sumber manusia di bawah kelolaan Dato’ Saravanan. Dari sinilah mereka berjaya mengumpul Dana yang besar dan digunakan untuk membantu PN di PRU 15 yang lalu.


Projek FWCMS yang digunakan di negara ini kecoh selepas pelbagai pihak mempersoalkan pemilihan 25 syarikat Bangladesh sebagai ejen merekrut pekerja negara itu ke Malaysia yang dimiliki semuanya oleh pengasas Bestinet Dato’ Sri Aminul. Kisah skandal Saravanan dan BESTINET ini boleh dibaca seterusnya di sabahkini2.com


No comments: