Thursday, 9 August 2012

STATEMENT GILA BABI PAS : AKUI HARAM UNDI DAP, TAPI DEMI MENJATUHKAN BN, HALAL PULAK!!!!


KOTA BHARU  - Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.

Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.

Beliau mendakwa, dalam situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun.

"Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam, tolak hukum hudud selain banyak kepincangan yang berlaku dalam pemerintahannya seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

"Maka, Pas yang memperjuangkan Islam mesti tolak kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku.

 Untuk itu, kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan pembangkang seperti sekarang.

"Kalau tidak undi DAP kita tidak boleh menang, jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN, maka ia dibolehkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Pas kerana adalah jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Difahamkan sebelum ini, pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa mengeluarkan arahan meminta ahli-ahli parti mereka mengundi DAP.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat mengakui kapasiti yang ada pada parti itu sekarang terlalu kecil dan ia memerlukan kepada pakatan kukuh bagi menumbangkan kerajaan BN yang mempunyai banyak komponen.

~ Utusan Malaysia ~

3 comments:

Anonymous said...

ITULAH TANDA PAS SUDAH HILANG SEGALANYA, ALLAH TELAH MENARIK KEMULIAAN YANG TERLALU SEDIKIT MASIH BERBAKI DALAM PAS....SEMENJAK AZALI LAGI PAS TIADA KEMULIAAN DAN KALAU ADA PUN CUMA SEBESAR ZARAH......ITU PUN TELAH DITARIK ALLAH....PAS DIHINA DAN DILAKNAT ALLAH TANPA DIFIKIR OLEH SELURUH PEMIMPIN PAS...MEREKA TERUS LEKA DAN ALPA...MEREKA MASIH BERHALUSINASI DAN BERILUSI SESUNGGUHNYA JALAN MEREKA ADALAH BETUL DAN BENAR TAPI HAKIKATNYA JALAN MEREKA PENUH KESESATAN DAN DILAKNAT ALLAH........BERFIKIRLAH WAHAI PENGANUT AGAMA PAS..TOLONG BUKA MATA HATI SERTA BERFIKIR SECARA WARAS......TIADA SEBESAR PUN KEMULIAAN KAMU DALAM PAS......PAS PARTI DILAKNAT ALLAH..PAS PARTTI DIMURKA ALLAH.....PAS PARTI DIKEJI ALLAH.......DEMI ALLAH PAS PARTI PENUH KESESATAN DAN PENUH KEJAHATAN DAN DENDAM......yang benar ABE ZUL KELATE.

Bicara Perjuangan said...

ABE ZUL.....masih adakah lagi ULAMA dalam PAS...?

Anonymous said...

Rakyat dh kian bangkit. Bangkit apabila melihat keruntuhan teruk akhlak ramai anak2 muda hari ini. Bangkit disebabkan kesedaran Islam yg semakin menebal di jiwa mereka. Bangkit sbb mcm2 tax di kenakan kpd rakyat. Tax byk tapi status kehidupan rakyat masih sama di belengu dgn inflasi. Tax byk tapi pendidikan percuma x boleh diberi. Bangkit sbb tax byk tapi untuk pengumpulan kekayaan kroni. Bangkit bila mcm2 jenis saman di create sbb kutipan cukai tak mencukupi. Bangkit bila saman speed trap byk dibuat di kaw2 highway speed tak lebih 60km/h ke 90km/h. Bangkit bila hutang negara meningkat hasil ketidakcekapan negara berbelanja. Yg tak bangkit2 hanyalah mereka2 yg berkepentingan dlm BN, sedikit golongan2 tua yg kurang pengetahuan, dan juga golongan2 muda yg kurang pendidikan seperti mat2 rempit yg murah untuk dibayar (even mat2 rempit itu pun kemudian akan bangkit setelah mereka matang, berkahwin dan tahu the real life out there). Blogger2 mungkin mahal sikit bayarannye tapi xpelah sbb tak ramai sgt (and even BN BN blogger juga akan bangkit and stop posting bila mereka tidak dibayar). So dude, cubalah fikir m.mana nak halang kebangkitan ombak yg besar mcm ni... Nak cerita pasal Dap akan halang pembentukan negara Islam dan menentang hudud? Mca iktiraf ke M'sia ni negara Islam dan setuju ke mereka dgn Hudud? Senget m.mana pun Mca tapi mereka still wujud dlm komponen BN kan? Tu sbb isu Dap mmg secara terang dan jelas tdk boleh menidurkan semula rakyat yg dah bangkit dan celik itu shj..