Tuesday, 31 July 2012

PAS JANGAN SALAHKAN UMNO....DAP KEKAL PENDIRIAN TOLAK HUDUD..!!!



SHAH ALAM – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan pendirian partinya, yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh Pas.


Menurut Guan Eng, pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah, namun bersetuju dengan pelaksanaan negara berkebajikan oleh Pas yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.


Namun, menurutnya, DAP dan Pas sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus.
“DAP dan Pas boleh bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini.
“Ini kerana, DAP dan Pas, telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan.
“Jelas dasar bersama tersebut tidak menyebut tentang perlaksanaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat masa depan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa, tindakan MCA dan Gerakan meneruskan serangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong Pas dalam perlaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang.
“MCA dan Gerakan seperti pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu dengan cubaan mereka untuk menutup segala kegagalan menuntut tindakan terhadap pemimpin Umno yang menyokong perlaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam,” katanya.
Justeru katanya, Umno yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrim berbanding Pas yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam. – Sinar Harian.


No comments: