Showing posts with label LIM KIT SIANG. Show all posts
Showing posts with label LIM KIT SIANG. Show all posts

Tuesday, 2 October 2012

NEGERI PR MAHU BUBAR DUN SEBELUM PARLIMEN DIBUBAR....???


Gempar!!! Negeri Pakatan Mahu Bubar DUN Sebelum Parlimen Dibubar?!!!

Skrip yang sama dimainkan sekali lagi Lim Kit Siang menerusi laman sesawang Roketkini.com. Kit Siang  seakan- akan dilihat menuduh DS Najib sebagai bacul kerana sehingga kini masih belum membubarkan parlimen.



Sunday, 9 September 2012

ADAKAH LIM KIT SIANG DAN KARPAL SINGH AKAN MEMELUK ISLAM.....???


Penentang Kuat Islam Akhirnya Memeluk Islam



Daniel Streich, ahli politik berasal Switzerland, yang terkenal kerana kempennya menentang pembangunan masjid di negaranya, tanpa diduga-duga dan tak disangka kini dia memeluk agama Islam.

Streich adalah orang pertama yang melancarkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di negaranya. Dia dari Parti Rakyat Switzerland (SVP).Deklarasi kontroversi Streich ke Islam membuat heboh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seluruh negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi penentangan orang awam terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang yang memeluk Islam.Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membina masjid yang paling indah di Eropah terutama di negaranya.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada ketika ini ada empat masjid di negaranya dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari "pengampunan dosanya" yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah NGO, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya mempunyai keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan keganasan; sama halnya dengan Streich.Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Al-Quran dan mula memahami Islam.

Streich adalah seorang ahli penting Parti Rakyat Switzerland (SVP). Ia mempunyai kedudukan penting dan pengaruhnya dalam parti. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangi tentera di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan kajian komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki nampak yang mendalam pada dirinya.Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVP sebagai syaitan.

Dulu, Dia mengatakan bahawa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari.Dia membatalkan kehadirannnya di parti dan membuat kenyataan awam tentang dia masuk Islam. Streich mengatakan bahawa dia telah mencari kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.

Di Malaysia... adakah ketua penentang  kuat agama Islam...akan memeluk Islam, setelah bersekedudukan dengan PAS di dalam rumah politik yang sama...???

Sunday, 5 August 2012

KIT SIANG CAKAP, TAK ADA DI KL, MACAM MANA BOLEH KENCING......

NONE


Lim Kit Siang menafikan bahawa beliau pernah kencing di bendera rumah menteri besar Selangor menjelang tragedi 13 Mei 1969, seperti yang pernah didakwa laman Facebook filem sejarah terbaru Tanda Putera."Jurucakap filem itu berkata, karya itu berdasarkan banyak kajian, seperti penelitian terhadap dokumen dan gambar, untuk memastikan babaknya bersandarkan fakta sejarah.

"Mana dia bahan dokumen dan gambar menunjukkan saya kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor Harun Idris pada 11, 12 atau 13 Mei 1969, sedangkan saya tiada di Kuala Lumpur pada masa itu?

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga berkata, bahan-bahan itu perlu ditunjukkan supaya babak sebegitu tidak dianggap hanya sebagai khayalan dan imaginasi semata-mata.

Malaysiakini pada 12 Julai melaporkan, Facebook rasmi Tanda Puteraarahan Datuk Shuhaimi Baba, yang antaranya merakamkan tragedi 13 Mei dijangka mencetuskan kontroversi.

Ia memuatkan gambar dengan keterangan mendakwa Lim kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah Harun ketika DAP berarak ke sana untuk mendesaknya meletakkan jawatan beberapa hari sebelum tragedi 13 Mei.

Bagaimanapun, menurut seorang penggiat filem yang menghadiri tayangan pratontonnya sehari sebelum itu, babak tersebut tidak dimuatkan. Semakan Malaysiakini mendapati gambar dalam laman sosial kemudiannya dikeluarkan.

Friday, 20 July 2012

LKS MINTA PDRM TUNJUK BUKTI ATAU TARIK BALIK KENYATAAN....!!!

Lim Kit Siang

SHAH ALAM - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik kenyataan pegawai kanannya semalam, yang mendakwa pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan bekas anggota komunis telah meresapi parti-parti pembangkang dalam usaha untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, beliau juga mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin mendedahkan nama pemimpin semasa DAP dan Pakatan Rakyat (PR) atau mana-mana ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang rapat dengan pengganas JI atau komunis.

Friday, 6 July 2012

PANASS..!!! LIM KIT SIANG DIBIDAS TUN M..!!!

"Saya tak tahu kenapa dia benci sangat pada saya"

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kewujudan 'Mahathirisme', dan mengingatkan pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang bahawa serangan berterusan terhadapnya akan memakan diri sendiri.

Thursday, 14 June 2012

TUN M TAK PERNAH TAKUT LIM KIT SIANG..!!!


Lim Kit Siang yang tidak pernah berjasa untuk negara semakin celupar dan giat 'menyerang' Tun Mahathir.

Kita jangan lupa apa yang pernah dilakukan oleh Lim Kit Siang ketika 13 Mei 1969. Kita jangan lupa mulut celupar pemimpin DAP dengan laungan 'SAPU MELAYU'. Kita jangan lupa Visi dan Misi DAP yang ditubuhkan dari PAP dan Lee Kuan Yew.

Malangnya ramai yang sudah lupa. Pemimpin DAP diangkat setaraf Khalifah Islam. Ramai yang sudah lupa hingga Pemimpin DAP didoakan ketika khutbah Jumaat sedangkan pemimpin Islam didoakan keburukan dan dihina.

Undi PAS bermakna kita memberi kuasa kepada DAP. Undi PKR bermakna semakin dekat DAP menjadikan Malaysia seperti Singapura.

Bila kita mahu sedar ?

Sumber berita Sinar harian :

Mahathir tidak takut jika PR menang PRU13 tapi ...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak pernah takut jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, perkara paling menakutkannya adalah penyalahgunaan kuasa oleh PR dengan menggunakan pertuduhan palsu untuk meletakkannya di dalam penjara walaupun beliau tidak bersalah.

Katanya, sudah tentu perkara ini diinspirasikan oleh kejadian yang menimpa pemimpin Mesir, Hosni Mubarak dan Libya, Muammar Gaddafi di mana mereka diburu, ditangkap dan dihukum setelah tidak lagi memerintah.

"Dia betul. Saya takut. Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti yang sudah ditunjukkan seorang pemimpin besar pakatan dengan menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya,"  katanya dipetik daripada blognya semalam.

Dr Mahathir berkata, sepanjang pemerintahannya, beliau sentiasa berhati-hati agar tidak menyalahgunakan kuasa kerana menyedari beliau akan akan bersara dan kehilangan kuasa di suatu tahap.

"Jika saya menyalahgunakan kuasa, para pengkritik sudah tentu teruja mendedahkannya dan berusaha membawa saya ke penjara. Malah ia pernah dicuba beberapa kali.

"Sejak bersara, saya telah disoal siasat oleh polis dan Pejabat Peguam Negara beberapa kali. Saya juga hadir di hadapan tribunal yang bertanya dan mempersoalkan segalanya, termasuk wakil Majlis Peguam. Setakat ini tiada (tindakan)  boleh dikenakan terhadap saya," katanya

Wednesday, 18 April 2012

KIT SIANG HILANG PUNCA DIGELAR RASIS...


KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tertekan serta tidak mampu membalas hujah Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang menggelarkan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu sebagai seorang rasis.
Bukan setakat itu, Kit Siang yang merupakan seorang anggota Parlimen veteran dilihat hilang punca dan gagal menjawab isu mudah yang ditimbulkan Abdul Rahman mengenai kenyataan pemimpin pembangkang itu di laman Twitter, pada hari kematian Teoh Beng Hock pada 2009.
Tidak cukup dengan itu, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dilihat marah dan bangkit untuk mempertahankan Kit Siang, namun hujah mereka dipatahkan dengan mudah oleh Abdul Rahman.
Menurut Abdul Rahman, sifat perkauman menebal Kit Siang terbukti apabila pada kira-kira pukul 4.30 petang, 16 Julai 2009 telah menyeru semua menteri berbangsa Cina dari MCA dan Gerakan mendesak Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock.
“Apa kena-mengena menteri-menteri berbangsa Cina dalam Kabinet yang dikaitkan oleh Ipoh Timur?
“Kalau Ipoh Timur rasa perlu ada suruhanjaya siasatan diraja pada waktu itu sudah tentu kena minta dengan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Padang Rengas yang menjaga hal ehwal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) yang dibacakan buat kali kedua.
Ekoran itu, Kit Siang bingkas bangun, namun hujahnya tidak menjurus kepada soalan Abdul Rahman.
Sebaliknya, Kit Siang cuba mengelirukan dewan apabila mendakwa mesej Twitter beliau pada tarikh tersebut turut mengaitkan menteri dalam UMNO serta komponen lain Barisan Nasional (BN), bukan sekadar menteri berbangsa Cina.
Abdul Rahman terus menyangkal penjelasan Kit Siang dan bertegas wakil rakyat DAP itu memang menyampaikan mesej perkauman kerana beliau merupakan `pengikut’ Kit Siang di Twitter.
“Pada masa dan ketika itu Ipoh Timur sengaja membangkitkan semangat masyarakat Cina terhadap pemimpin Gerakan dan MCA. Ipoh Timur, periksa `timeline’ (mesej Twitter pada 16 Julai 2009) anda, jangan `tweet’ seperti Kit Siang” tegasnya.
Justeru, beliau berharap pindaan Akta Keterangan kali ini dapat melindungi ketenteraman masyarakat dan mengingatkan para pemimpin serta rakyat supaya bertanggungjawab dalam penggunaan media alternatif dan sosial.