Thursday, 18 April 2013

DATUK KAMILIA : BERI BETIS NAK PEHA.....



Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang pernah mendesak Dato Seri Shahrizat supaya meletak jawatan hari ini mula mengugut pemimpin Barisan Nasionan ekoran beliau tidak dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .

Kamilia Ibrahim kata itu sebagai satu penghinaan kepada saya.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana saya tidak diberi pengiktirafan sewajarnya,” katanya lagi.

“Saya banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan saya ada,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap saya tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat saya tidak ada perasaan,” katanya.

ITU KATA BELIAU..... NOW, JOM TENGOK PULAK APA KATA PRESIDEN PARTI....

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.

Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya.

"Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding DUN dan (menjadi) Exco.

"Lagipun, mendiang Tun Lim Keng Yaik dulu sewaktu jadi presiden parti Gerakan, telah menerima jawatan Exco kerajaan negeri. Jadi, tidaklah merupakan jawatan tak penting sebenarnya sebagai Exco kerajaan negeri.

"Kalau diterima tawaran itu, Datuk Kamilia boleh memainkan peranan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga dalam konteks negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan dan pelancaran Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA)-Wanita BN di sini, hari ini.

***Bila beri betis nak peha....mcm tu lah.... Jgn sok lusa kuar statement letak jawatan, kuar parti dan tetiba bertanding Parlimen utk puak2 PR dah lerrr...... Mana lah tau kan, TERKACIWA punya pasal...jika begitu jadinya, nampak sgt la tahap perjuangan selama ini.......

8 comments:

syedzil said...

beliau bukan pemimpin sejati tapi pemimpin punya agenda tersendiri juga seorang yang banyak derhaka kepada ketua,amat bahaya menyimpan orang seperti beliau ,biar kita ketepikan beliau sebelum beliau ketepikan ketua parti. Kaduk belum bertunas dah nak naik junjung.

Anonymous said...

beri betis nak peha... nanti dah bg parlimen nak jawatan menteri pulak, bagi timbalan menteri tak mau... bg menteri wanita dia nak menteri kewangan pulak... boleh belah la kalau berjuang untuk jawatan sajer...

Anonymous said...

org yg banyak berjasa tak akan sesekali berkata " saya dah byk berjasa " mcm pompuan ni ckp. pernah kita dgr Tun ckp mcm tu??? malulah sikit !!! apa jasa ko sampai mcm tu sekali??? dulu ko desak shahrizat step down sebab ko nak rampas kuasa kan??? ELOK KO BERAMBUS JE DRP UMNO. !!! org lain bleh gantikan tempat ko, anytime... anywhere ... anyhow !!! beware of this snake in the grass, she may stab U in the back !!!!

Anonymous said...

MALU !!! RUPA-RUPANYA INILAH DIA POMPUAN YG SGT BERCITA2 TINGGI DAN HANYA MENGEJAR SATU BENDA... JAWATAN !!! APA BEZA DIA NI DGN ANWAR IBRAHIM???

Anonymous said...

sebab tu DS najib tak calonkan dia sebab dia ni LEBIH SUDU DARI KUAH !!!

Anonymous said...

Org yg dkecewakan mcm2 boleh terjadi,dlm issue ni bukan wang ringgit yg di idamkan oleh kamalia, apa ada pd wang ringgit pd dia. Maruah dan harga diri yg menjadi perhitungan pd dato kamalia nih. Kalau dah masa nya banyak dicurahkan untuk perjuangan parti serta mengurangkan fokus pd keluarga tidak di nilai x dihargai oleh pucuk pimpinan, siapa yg x hiba. Ibarat melukut di tepian gantang, masuk x bertambah keluar x mengurangkan...kamalia terasa terhina, malu pd keluarga, pd rakan apa lagi pd musuh yg sekandang dengan nya. Bagi dato kamalia besabar lah, dugaan tuhan. Renungkan lah....org cerdik pandai mengalah merugikan rakyat dan negara.

jimi said...

Assalamualaikum wrt...

Anda telah memilih untuk menerima apa sahaja risiko apabila pertama kali menerima politik sebagai kehidupan anda dan anda harus sedar bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan illahi. anda memilih sendiri untuk mengenepikan segala keperluan atau tuntutan hakiki dalam kehidupan bekeluarga. Sekiranya anda mempunyai niat yang baik maka baiklah jadinya namun sekiranya disebalik itu maka anda perlu menerima dengan penuh rasa keinsafan. anda cuma TIDAK DICALONKAN pada kerusi PARLIMEN namun DICALONKAN pada kerusi DUN. Adakah itu masih tidak dikira sebagai rezeki anda?? Kenapa harus menolak?? Tepuk dada tanya selera.

Apabila perasaan ingin berkuasa menular di dalam diri, inilah akibatnya...hilang pertimbangan...hilang jati diri...hilang rasa hormat pada diri sendiri...lebih tepat lagi anda telah RIAK pada perjuangan anda sendiri.

Nasihat saya sebagai pemerhati, anda harus menerima ketentuan illahi dan berlapang dada...insyaallah, tuhan amat melihat dan mengetahui.

Wassalam.

Anonymous said...

Semoga Wanita UMNO dan Puteri Umno dan amnya pengundi Kuala Kangsar faham dan jelas sikap pejuang wanita yang kecyundang kerana mendahulukan perjuangan peribadi mengatasi perjuangan parti ini.
Apakah beliau layak di panggil pejuang wanita UMNO atau pejuang wanita MELAYU amnya ????. Mungkin dia terpikir tiada calun wanita umno yg mennjol dan berjawatan tinggi hadir dalam kabinet selepas Datuk Shahrizat mengundurkan diri. Maka sudah tentu dia beranggapan tiada perwakilan wanita UMNO dalam barisan kabinet selaku menteri penuh seperti yang diharapkan kelak....sekiranya BN menang PU13 nanti. Ada logiknya tindakan beliau. Tapi adakah patut..dia melukakan ahli parti UMNO yang sedang menyiapkan barisan perang PRU13 di saat-saat terakhir inii ? . Jelas beliau memang pendek akal apatah lagi selaku Naib Ketua Wanita UMNO ...parti yang memperjuangkan bangsa MELAYU. Wanita UMNO perlu lebih bijak menangani situasi ini dalam konteks kepentingan parti dan bukan siapa pemimpin kita.