Showing posts with label BERITA LUAR NEGARA. Show all posts
Showing posts with label BERITA LUAR NEGARA. Show all posts

Tuesday, 2 October 2012

TENTERA BASYAR GUNA SENJATA KIMIA...???


Mujahidin Syria memegang topeng gas yang ditinggalkan oleh tentera rejim Basyar di bandar Marayan yang baru dibebaskan di utara Syria. Mujahidin memberitahu bahawa ini membuktikan bahawa rejim Basyar bukan sahaja menggunakan senjata berat untuk berhadapan mujahidin dan rakyat Syria, malahan mereka juga menggunakan senjata kimia. Teruskan berdoa untuk mereka. Semoga Allah memelihara mujahidin dan rakyat Syria.

***Kasihan umat Islam di Syria.... ujian dari Allah maha hebat untuk mereka.... semoga terus tabah.... Allah sentiasa  bersama-sama dengan orang-orang yang benar dan sabar.

'SYARIAT DAN KEHIDUPAN' - PROF DR. YUSUF QARDHAWI


Umat Islam kurang prihatin terhadap 'filem' penghinaan Rasulullah SAW yang berlaku di Syria apabila setiap hari wanita dan kanak-kanak dibunuh, masjid dan Al-Quran dimusnahkan......



Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof.Dr.Yusuf Qardhawi berucap 

dalam rancangan (Syariat dan Kehidupan) siaran televisyen "Al-Jazeera" 17 

September lalu yang membincangkan isu penghinaan terhadap Rasulullah 

SAW.

Beliau berkata, umat Islam kurang prihatin terhadap 'filem' penghinaan 

Rasulullah SAW yang berlaku di Syria apabila setiap hari wanita dan kanak-

kanak dibunuh, masjid dan Al-Quran dimusnahkan.

NAHAS FERI DI HONG KONG KORBANKAN 36 NYAWA

25 maut tragedi 2 bot penumpang Hong Kong 
Salah satu bot penumpang yang terlibat dalam perlanggaran di Pulau Lamma, Hong 
Kong lewat malam tadi


HONG KONG 2 Okt - Sekurang-kurangnya 36 penumpang maut apabila sebuah kapal persiaran yang dalam perjalanan menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan Hong Kong berlanggar dengan sebuah feri dan tenggelam di perairannya, kata pihak berkuasa negara itu.

KETUA BIRO REUTERS SEBAR FITNAH MENENTANG SISTEM ISLAM ???

Ketua Biro Reuters sebar fitnah
Salah satu rakaman disiarkan Thomson Reuters dianggap fitnah oleh Ira


TEHERAN - Ketua Biro agensi berita Thomson Reuters didakwa menyebar fitnah dengan tujuan menentang sistem Islam menerusi penyiaran video ringkasan cerita melibatkan sekumpulan wanita tempatan melakukan latihan seni mempertahankan diri ala ninja.

Saturday, 29 September 2012

PESAWAT AEROBATIK TERHEMPAS DI BANDUNG, 2 TERKORBAN


JAKARTA - Sebuah pesawat 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show (BAS) 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas pada Sabtu, mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut.
   

Thursday, 27 September 2012

KENALI PRESIDEN TERMISKIN DI DUNIA


Sebagai seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan dan kemewahan. Namun tahukah anda terdapat seorang presiden yang digelar sebagai presiden termiskin di dunia.

Wednesday, 26 September 2012

{FOTO} HARTA MILIK IMELDA MARCOS YANG DI MAKAN ANAI-ANAI


Dia terkenal dengan senang mengumpulkan koleksi kasut berharga sama seperti kebanyakan wanita lainya.

Tapi bahagian dari simpanan kasut Imelda Marcos yang tertinggal setelah dia dan suaminya diusir dari Filipina, telah rosak toleh teruk di makan anai-anai dan banjir.


BOIKOT GOOGLE DAN ANUGERAH OSCAR 2013

Aktivis bantah filem hina Islam sasar Hollywood, dunia siber


 

Dubai  : Aktivis Arab memperhebat kempen membantah filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan memboikot enjin carian Google manakala Iran pula memulaukan anugerah Oscar 2013. Kempen itu dilancarkan menerusi Facebook dan menuduh Google masih membiarkan akses filem Innocence of Muslims di negara Arab dan antara tindakan dicadangkan aktivis mengubah gambar profil menunjukkan sokongan usaha berkenaan.
Pulau Youtube, Google

Gambar paling banyak di kalangan pengguna Facebook ialah memaparkan slogan dalam bahasa Arab bermaksud: “Saya memulaukan Youtube dan Google pada 24 dan 25 September. Ini sebagai menyokong Nabi Muhammad SAW.”

Video berkenaan dihasilkan di California dengan pembiaya persendirian dan muat naik ke laman YouTube. Ia mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang, termasuk Duta Amerika ke Libya, Chris Stevens, terbunuh.

Penganjur boikot percaya, Google akan rugi AS$210 juta (RM630 juta) dan harga sahamnya menurun jika pengguna internet di seluruh negara Arab memulaukan enjin carian berkenaan, lapor Jordan Times.
Guna enjin carian lain

Penaja menyarankan pengguna menggunakan enjin carian lain termasuk Bing, Yahoo dan Lycos.

Sementara itu, Tehran turut memulaukan Oscar pada tahun depan meskipun filem arahan Asghar Farhadi, A Separation, menang Oscar untuk kategori filem bahasa asing terbaik Februari lalu.

Menteri Kebudayaan dan Garis Panduan Islam, Mohammad Hosseini, berkata Iran memulaukan anugerah Academy tahun depan sebagai membantah filem menghina nabi. - Agensi

TSUNAMI 2004 MUNCULKAN 27 PULAU BARU DI ACEH


      

 

BANDA ACEH : Sebanyak 27 pulau baru muncul di perairan laut Simeulue, Aceh, selepas wilayah itu dilanda gempa bumi dan tsunami pada Disember 2004.

Selepas hampir lapan tahun, kini ada tanda wujud hidupan di pulau berkenaan.

Pegawai daerah Simeulue, Hasrul Edyar, mengesahkan penemuan itu.

Katanya, kemunculan pulau baru itu dikesan hasil kajian bersama tentera laut, jabatan perikanan serta beberapa agensi lain pada 2008.

“Sebelum ini jumlah pulau kecil di perairan itu cuma 41 tetapi kini meningkat kepada 68 pulau,” katanya. Antara kesan kehidupan ditemui di situ, kata Hasrul, ialah rumput dan pokok liar. “Sebahagian besar kawasan itu masih tandus,” katanya. - Republika

Sunday, 23 September 2012

MENTERI PAKISTAN TAWARKAN RM300K UNTUK BUNUH PENERBIT 'INNOCENCE OF MUSLIMS'...???



ISLAMABAD -Ganjaran sebanyak AS$100,000 (RM300,000) telah ditawarkan oleh seorang menteri Kabinet Pakistan untuk sesiapa yang dapat membunuh penerbit filem dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocence Of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.

Wednesday, 19 September 2012

FRENCH MAGAZINE TO PUBLISH CARTOONS OF NABI MUHAMMAD SAW !!!!!

A French satirical magazine is set to publish several cartoons of the Prophet Mohammed on Wednesday, a move that is likely to inflame the Islamic faithful and militants who have already rioted in more than 20 countries over a movie mocking the prophet.
Depictions of the prophet are strictly prohibited and considered blasphemous by Muslims. Cartoons of Muhammad published in Denmark in 2005 and then reproduced in newspapers across Europe triggered riots throughout the Mideast and Africa. Churches and embassies were torched and at least 100 people died in the outbreaks and police crackdowns.
The magazine "Charlie Hebdo" has confirmed that it will publish the cartoons, but has not revealed what they will depict. French newspaper "Le Monde" reports that some of the cartoons show the prophet in "particularly explicit poses," without providing any further detail.
The move comes as Muslims are still simmering after riots in Egypt, Libya, Tunisia and nearly 20 other countries over the move "Innocence of Muslims." U.S. Ambassador Christopher Stevens and three other Americans died during an attack on the U.S. consulate in Benghazi, Libya.
French government ministers have criticized the magazine's decision and police in Paris have stepped up security around its offices.
France is home to Europe's largest Muslim population, and the senior cleric at Paris' biggest mosque has appealed for followers to remain calm, according to the French news agency AFP.
The magazine has defended the move by invoking the right to free speech. Speaking on French radio, the magazine's director explained that a decision not to publish would "hand victory to a handful of extremists that are causing a commotion in the world and in France."
It's not the first time the anti-establishment, left-wing magazine has courted controversy. In 2011 the offices of "Charlie Hedbo" were bombed after it published an Arab Spring edition with the Prophet Muhammad as "guest editor" on the cover.



Thursday, 13 September 2012

FILEM HINA NABI MUHAMMAD TERUS DIKECAM


Tehran: Pelbagai pihak termasuk pemimpin agama dan kerajaan beberapa negara terus mengecam filem menghina Nabi Muhammad yang diterbitkan di California dan dipromosikan oleh aktivis Kristian Mesir yang anti-Islam di Amerika. 

Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir. 

demo di mesir

Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam. Sikap berdiam diri kerajaan Amerika ke atas tindakan menjijikkan itu adalah alasan ia terus berlaku. 
Amerika bertanggungjawab menghentikan aliran membahayakan dalam menyebarkan penghinaan kepada kesucian Islam, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ramin Mehmanparast, dalam satu kenyataan. 

Tidak rujuk serangan konsulat 

Beliau tidak merujuk kepada serangan ke atas konsulat Amerika di Mesir dan Libya dalam kenyataannya. 

Duta Amerika Syarikat ke Libya, Chris Stevens, dan tiga pegawai negara itu maut apabila penunjuk perasaan menyerang konsulat Amerika di bandar raya Benghazi bagi membantah filem berkenaan. 
Filem berkenaan dihasilkan rakyat Amerika-Israel yang menyifatkan Islam sebagai barah dan menggambarkan Nabi Muhammad tidur dengan ramai wanita, lapor akhbar Wall Street Journal. 

DI KABUL, kerajaan Afghanistan turut mengutuk keras filem itu. 
Republik Islam Afghanistan mengutuk keras tindakan menghina dan tidak berperikemanusiaan dan meluahkan rasa jijik dengan penghasilannya, kata kenyataan pejabat presiden Afghanistan. 

DI MESIR, penunjuk perasaan memanjat tembok Kedutaan Amerika di Kaherah, dan mengoyak serta menggantikan bendera Amerika dengan sepanduk Islam. 
AFP
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.....

Wednesday, 12 September 2012

MENTERI PERKHIDMATAN KEWANGAN JEPUN BUNUH DIRI SELEPAS SKANDAL BERSAMA WANITA 'MELETUP'..!!!!

tadahiromatsushita

Menteri Perkhidmatan Kewangan Jepun, mati dipercayai membunuh diri dua hari sebelum sebuah majalah tabloid menyiarkan dakwaan lelaki berusia 73 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan, menurut laporan, semalam.

Tuesday, 4 September 2012

KERUSI GERGASI DIIKTIRAF TERBESAR DI DUNIA

DUA orang berjalan di depan kerusi terbesar di dunia di sebuah pusat beli-belah di Shanghai semalam.

SHANGHAI - Sebuah kerusi setinggi 6.8 meter (m) dan lebar 7.7m telah diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia.
Pengiktirafan itu dibuat oleh Persatuan Rekod Dunia yang beribu pejabat di Hong Kong.
Kerusi itu ketika ini dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di sini. - Reuters

Wednesday, 22 August 2012

SURUHANJAYA BERAT SEBELAH


YANGON 21 Ogos - Beberapa anggota suruhanjaya yang ditubuhkan oleh kerajaan Myanmar untuk menyiasat insiden rusuhan etnik di Rakhine baru-baru ini, didakwa bersikap berat sebelah terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Dakwaan terbaru itu dinyatakan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh gabungan sembilan persatuan etnik Rohingya di United Kingdom, Jepun, Jerman, Australia, Thailand, Denmark, Norway dan Liga Demokrasi Rohingya di Myanmar.

Menurut kenyataan gabungan tersebut, beberapa anggota suruhanjaya itu merupakan penyokong kuat kerajaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan telah memburukkan lagi krisis terbabit melalui kenyataan media yang mereka keluarkan sebelum ini.

Katanya, pengerusi suruhanjaya, Dr. Aye Maung telah mengusulkan untuk mengasingkan masyarakat Rohingya daripada pekan dan kampung yang dikuasai oleh penduduk Buddha.

Seorang anggota suruhanjaya, Ko Ko Gyi, pula secara terbuka melabelkan penduduk Rohingya sebagai pendatang haram dan perlu diusir dari Myanmar, manakala Pengerusi Parti Barisan Depan Demokratik, Khin Maung Swe pula merupakan seorang penyokong kuat kempen anti Rohingya.

"Wakil kumpulan demokrasi dan parti politik yang turut dilantik menganggotai suruhanjaya itu, tetapi wakil etnik Rohingya tidak dipanggil menyertai suruhanjaya siasatan tersebut.

Semalam, kerajaan Myanmar mengumumkan pembentukan suruhanjaya terbabit selepas didesak oleh kumpulan hak asasi antarabangsa dan negara-negara lain untuk menyiasat konflik etnik di Rakhine pada Jun lalu yang mengorbankan 87 orang dan menyebabkan lebih 5,000 rumah musnah.

Menurut kenyataan gabungan itu, meskipun 27 anggota suruhanjaya terbabit terdiri daripada wakil daripada kumpulan agama termasuk Islam yang bukan daripada etnik Rohingya, Kristian, Buddha dan Hindu tetapi siasatan yang dijalankan mungkin tidak boleh dipercayai dan tidak telus.

"Kami menyeru masyarakat antarabangsa menyokong cadangan agar siasatan tersebut dilakukan sepenuhnya oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Kami juga menggesa cadangan penubuhan jawatankuasa siasatan PBB itu dimasukkan di dalam teks Perhimpunan Agung PBB yang akan datang berhubung resolusi mengenai Myanmar dan dalam teks Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang akan datang mengenai Myanmar,'' jelas kenyataan itu. - AGENSI

Tuesday, 14 August 2012

SENATOR THAI TEMBAK MATI ISTERI GUNA MESINGAN...???

Senator Boonsong Kowawisarat
Mesingan seperti ini yang digunakan oleh Senator Boonsong Kowawisarat, kelmarin.

BANGKOK - Seorang ahli politik Thailand secara tidak sengaja melepaskan tembakan menggunakan mesingan, menyebabkan bekas isteri dan setiausaha peribadinya mati ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di utara negara itu.
Ketika kejadian, Senator Boonsong Kowawisarat sedang menikmati makan malam bersama Chanakarn Detkard dan empat yang lain, kelmarin.
Dia dilaporkan mengeluarkan mesin-gan  Uzi 9mm dan secara tidak sengaja melepaskan tembakan, kata polis.
"Senjata Senator Boonsong tiba-tiba melepaskan tembakan ketika dia hendak meletakkan senjatanya dalam kasing. Tembakan terkena setiausahanya yang turut berada bersamanya ketika makan malam," kata Lt Kol. Polis Choosak Pulsawat dipetik CNN.
Ahli politik itu dari wilayah Hong Song, berhampiran Myanmar, dikatakan berpisah buat sementara tetapi kebelakangan ini hidup bersama.
Laporan itu menyebut polis pada awalnya mahu mendakwa Boonsong kerana menyebabkan kematian dengan cuai tetapi tidak boleh menahannya kerana Parlimen Thailand sedang bersidang.
Dia boleh ditahan jika Parlimen membenarkan.
Laporan Bangkok Post dipetik berkata jika disabitkan kesalahan, senator itu boleh dihukum penjara 10 tahun dan didenda 20,000 baht.

TUKAR JANTINA DEMI BRITNEY

DEMI meniru imej Britney, Kara setakat ini membelanjakan hampir RM300,000 untuk pembedahan.
DEMI meniru imej Britney, Kara setakat ini membelanjakan hampir RM300,000 untuk pembedahan.


SEORANG lelaki yang terlalu meminati Britney Spears sanggup menjalani pembedahan menukar jantina bagi membolehkan impiannya kelihatan seperti penyanyi itu benar-benar menjadi kenyataan.
Kara Hays setakat ini membelanjakan lebih STG60,000 (RM 295,000) untuk mengubah jantina serta menanam implan buah dada. 


   
  • FotoKARA ketika berusia 13 tahun.
  • FotoKARA bersama bapanya.
Kara, 26, sebelum ini dikenali dengan nama Kody.

Hasil pembedahan dijalaninya, Kara kini memiliki rambut panjang perang yang hampir menyerupai penyanyi pop era 1990-an itu.

Kata Kara, apabila dia nekad menukar jantina dia bebas memilih imej yang ingin ditonjolkan pada dirinya.

“Apabila kamu berasa seperti seorang budak perempuan dalam tubuh budak lelaki, kamu cuba menjadi perempuan yang sebenar.

“Saya melihat Britney sebagai wanita yang kuat dan semua orang mahu berpacaran dengannya,” katanya.

Kara berkata, dia memberi perhatian kepada Britney dan Christina Aguilera sebagai inspirasi kerana kedua-duanya adalah bintang yang mencipta nama ketika dia di zaman remaja.

“Pada ketika itu, mereka menjadi perhatian remaja,” katanya.

Keadaan sama dihadapi golongan remaja hari ini yang memandang Lady Gaga dan Katy Perry sebagai idola.

Ketika memutuskan untuk menjadi perempuan dulu, kata Kara, dia berfikir imej yang ingin ditampilkannya.

Namun, kata Kara, bukan faktor populariti saja mendorong dia meniru Britney.
Kara berkata, dia pernah mengalami tekanan emosi ketika Britney berdepan dugaan dalam hidupnya.

“Malah ketika Britney mencukur kepalanya menjadi botak, saya turut melakukan perkara sama,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Kara berkata, perasaannya terganggu pada satu hari dan secara bersahaja pergi ke kedai gunting rambut.

Katanya, dia terus meminta pekerja di situ menjadikan kepalanya botak.

“Saya berfikir jika Britney memiliki kekuatan untuk melakukannya, saja juga mempunyai kemampuan sama,” katanya.

Walaupun orang ramai menganggap tindakan itu keterlaluan, katanya, Kara tetap berasa seperti “dibebaskan” daripada segala masalahnya.

Mengenai penampilan barunya, Kara berkata, ia akhirnya membawa kegembiraan selepas bertahun-tahun berasa tertekan.

Ketika berusia 12 tahun, Kara mengejutkan rakan sekelasnya ketika hadir di majlis tari-menari sempena Halloween dengan pakaian ketat seperti dipakai Britney dalam klip video Oops I Did It Again.

Kelakuannya ketika itu juga mencetuskan rasa marah di kalangan masyarakat konservatif di bandar di Ohio, AS.

Pada usia 15 tahun, ibu bapanya membenarkan dia bertemu doktor dan disahkan mengalami kecelaruan jantina.

Pada 1999, dia mula mengambil hormon wanita.

Selama beberapa tahun, payu dara Kody semakin membesar dan dia mula memakai pakaian wanita dengan lebih bebas.

Dia juga mula menggunakan nama Kara.

Pada 2002, Kara menjalani pembedahan selama 14 jam bagi menukar jantina dan memasukkan implan pada dadanya.

Setakat ini Kara membelanjakan hampir RM300,000 untuk mewarnakan rambutnya menjadi perang serta merapi dirinya sebagai “wanita sempurna.”

Menyimpan angan-angan menjadi pelakon, Kara berkata, dia terpaksa mematuhi peraturan dan kod pakaian seperti wanita lain.

“Saya berasa seperti terlalu diperhatikan dan sama sekali tidak boleh terbabit dalam sebarang skandal kerana diri saya ini sendiri satu skandal,” katanya.

Pada masa sama, kata Kara, dia berasa seperti melalui proses akil baligh sekali lagi.

Tidak lama selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, Kara mula cuba minum arak dan mengambil dadah, sebelum berpindah ke Los Angeles dalam usahanya mencapai impian sebagai pelakon.

Di situ, dia mula disangka Britney dan menimbulkan kekeliruan di kalangan paparazzi.

Kara akhirnya berpindah ke New York untuk mengikuti kursus seni drama selama setahun dan menamatkan pengajian itu tahun lalu.

Kini, dia sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang perhubungan awam. - DM



2 WARTAWAN DAKWA CEMUH PM MESIR

Wartawan Mesir


KAHERAH - Dua wartawan Mesir, Tawfiq Okasha dan Islam Afifi akan dihadapkan di mahkamah kerana memfitnah dan menghina Presiden Mohammed Mursi.
Tawfiq, yang memiliki stesen TV al-Faraeen dan juga hos satu program, berhadapan dengan dakwaan memfitnah.
Dia didakwa menghasut agar membunuh presiden, demikian menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya, Adel Saeed.
Islam pula, editor akhbar al-Dustour, dirujuk kepada mahkamah kerana menyebarkan maklumat palsu dan khabar angin yang mengancam keselamatan dan kestabilan negara dan kerana menghina Mohammed.
Tarikh perbicaraan belum diputuskan.
Bagaimanapun kes itu dilihat akan menarik perhatian dunia, yang ingin mengetahui kebebasan media di bawah kepimpinan Mohammed.
Mohammed mengangkat sumpah sebagai presiden baru Jun lalu.

DIPENJARA KERANA HINA ISTERI NABI MUHAMMAD SAW


DUBAI - Mahkamah Bahrain menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang lelaki Syiah kerana menghina isteri Nabi Muhammad S.A.W, Aisyah.
Dia dikatakan menghina keperibadian Aisyah.
Sebelum ini seorang lelaki Kuwait telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun Jun lalu kerana menghina Nabi Muhammad, isteri dan juga sahabat baginda.

Friday, 3 August 2012

MASJID DI PERANCIS DICEMARI KEPALA BABI

Laluan untuk ke Masjid Salam itu turut dicemari dengan darah babi.
Laluan untuk ke Masjid Salam itu turut dicemari dengan darah babi

Awal tahun ini, negara digemparkan dengan penemuan beberapa kepala babi masjid di Selangor ....



Sebelum itu.... ianya juga berlaku di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru.


Berita lihat Panglima

KUALA LUMPUR: Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi. Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumhuriyyah Taman Dato’ Haron di Petaling Jaya. Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.
 Lagi gambar dan berita lihat BERITA SEMASA.

Rupa-rupanya insiden pencemaran masjid dan cabaran kepada Umat Islam itu tidak hanya berlaku di Malaysia..malah di Perancis juga... 

MONTAUBAN -  Islamofobia dilihat telah meningkat di Perancis susulan daripada penemuan dua kepala babi di luar masjid di bandar Montauban, kelmarin yang turut mencetuskan kemarahan Orang Islam di kawasan itu.

Pengeruai Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti ity yang dilakukan pada bulan Ramadhan sememangnya berunsur provokasi perkauman.

Dalam satu kenyataan, Daruk Bandar Montauban, Brigitte Bareges turut mengutuk tindakan pihak yang tidak menghormati agama Islam dengan meletakkan dua kepala babi tersebut pada tiang berhampiran pintu masuk Masjid Salam itu.

Beberapa khabir angin mendakwa kejadian menggemparkan tersebut mungkin bermotifkan dendan susulan daripada insiden suspek dikenali sebagai Mohammed Merah yang menembak mati tujuh bangsa Yahudi di bandar tersebut pada Mac lalu.


Sementara itu konflik di antara pihak berkuasa Perancis dengan masyarakat Islam di Perancis juga dilihat semakin meningkat. Selasa lalu susulan pemecatan empat jurulatih di sebuah kem musim panas hanya kerana mereka berpuasa.

Dianggarkan 5 juta orang Islam di negara tersebut terpaksa berhadapan dengan layanan buruk sesetengah pihak yang terlalu mengamalkan perkauman dan diskriminasi agama - Sinar