Showing posts with label BUNUH DIRI. Show all posts
Showing posts with label BUNUH DIRI. Show all posts

Wednesday, 12 September 2012

MENTERI PERKHIDMATAN KEWANGAN JEPUN BUNUH DIRI SELEPAS SKANDAL BERSAMA WANITA 'MELETUP'..!!!!

tadahiromatsushita

Menteri Perkhidmatan Kewangan Jepun, mati dipercayai membunuh diri dua hari sebelum sebuah majalah tabloid menyiarkan dakwaan lelaki berusia 73 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan, menurut laporan, semalam.

Tuesday, 31 July 2012

GEMPAR!!! IBU PENULIS BLOG BAKAR DIRI PROTES KERAJAAN...???

Ibu penulis blog Vietnam bakar diri protes kerajaan
Ta Phong Tan


HO CHI MINH CITY - Ibu kepada seorang penulis blog, yang memprotes tindakan kerajaan menahan anaknya, mati selepas membakar dirinya di hadapan sebuah pejabat kerajaan di sini semalam.

Beliau memprotes terhadap penahanan anak perempuannya, Ta Phong Tan, yang menghadapi tuduhan menyebarkan propaganda antikerajaan, kata seorang lagi anaknya kepada BBC Vietnam.

Laporan itu menyebut bahawa Dang Thi Kim Lieng telah pergi seorang diri wilayah selatan Wilayah Bac Lieu.

Anak perempuannya, 43, dibicarakan pada bulan Ogos lalu dan boleh dipenjara selama 20 tahun.

Kim Lieng pergi ke bangunan kerajaan yang terletak di Bac Lieu secara bersendirian, tanpa memberitahu sesiapa, katanya.

Pihak polis tidak membuat sebarang komen. Tetapi aktivis dan peguam berkata dia mati sejurus dibawa polis ke hospital di Ho Chi Minh City.

Beliau amat bimbang dengan nasib anak perempuannya itu, yang tidak dapat dilihat sejak ditahan pada Sepetember lalu.

Phong Tan telah ditangkap oleh pihak berkuasa bersama beberapa penulis blog lain, yang juga dituduh menghasut untuk kebebasan media dan sedikit toleransi.

Beliau seorang bekas anggota polis telah membuat laporan ke atas polis yang telah menyalahgunakan kuasa.

Polis mengecam penulisan beliau sebagai bahaya dan didakwa  mengecam pihak komunis dan negeri.

Phong Tan telah menghasilkan sebilangan besar artikel dalam Free Journalists Club, yang telah diharamkan, untuk mengkritik kerajaan.

Beliau menafikan semua tuduhan terhadapnya.

Beliau menunggu untuk dibicarakan bersama penulis lain, Phan Thanh Ha, yang menulis tentang pelbagai isu sensitif, termasuk pertikaian dengan China ke atas sempadan maritim, tuduhan rasuah dan kajian terhadap penentangan terkenal.

Human Rights Watch menuduh kerajaan Vietnam menindas rakyat dengan menahan puluhan aktivis ~ Sinar Harian

Saturday, 7 July 2012

10 JAMBATAN PALING POPULAR TEMPAT BUNUH DIRI DI DUNIA....


1.Golden Gate Bridge,San Fransisco California,(Lebih dari 1.500 kes bunuh diri)

Thursday, 29 March 2012

JANGAN BERTINDAK BODOH SAMBIL BERFACEBOOK..!!!

Bunuh Diri Ketika Chatting Di Facebook

Bunuh Diri Ketika Chatting Di Facebook

Taiwan – Bunuh diri ketika `chatting’ bersama rakan-rakan di laman sosial Facebook.
Itu yang berlaku kepada Claire Lin pada hari ulang tahunnya yang ke-31.
Kerana marahkan teman lelakinya yang tidak pulang ke rumah bagi meraikan hari jadinya, dia bertindak bodoh dengan mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Selepas menyalakan arang di dalam biliknya, Claire sempat memuat naik imej biliknya yang dipenuhi dengan asap.
Entri terakhirnya dalam FB menunjukkan Claire bersembang dengan sembilan orang rakannya.
Salah seorang rakan yang dikenali sebagai Chung Hsin turut menasihatkan Claire supaya bertenang dan membuka pintu bilik serta memadamkan api tersebut.
Namun Claire membalasnya “Asap ini menyesakkan. Ia juga membuat mata saya berair. Jangan menulis lagi,”.
Beberapa rakan yang lain cuba menasihatkannya supaya tidak mengambil jalan bodoh itu, namun tiada seorang pun daripada mereka menghubungi 911 ataupun polis.
Ayat terakhir yang ditulis oleh Claire ialah “Sudah terlambat. Bilik saya penuh dengan asap. Saya baru memuat naik gambar. Saya akan mati. Saya masih mahukan FB (Facebook). Mesti racun FB. Haha.”
Mayatnya hanya ditemui keesokan hari oleh teman lelaki Claire.
Namun keluarga wanita berkenaan kesal kerana tiada seorang pun rakan FB Claire yang menghulurkan bantuan sepanjang sejam tujuh minit dia bersembang dengan mereka.
***Mungkin kawan-kawannya fikir, Claire Lin hanya bergurau.... so, sebenarnya jangan fikir perkara yang kita nampak sebagai gurauan itu adalah tidak akan menjadi realiti....

Saturday, 7 January 2012

SIAPAKAH BELIAU...???

Tolong Bakar Mayatku...Dengan Gitarku Sekali!

Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan menyedut gas helium (gas belon) dalam sebuah resort di sini sempat meninggalkan nota kepada keluarga meminta supaya mayatnya dibakar bersama gitar kesayangan manakala abunya ditabur ke laut di Pantai Timur.
Nota dalam Bahasa Inggeris yang ditinggalkan mangsa yang berusia 28 tahun dari Kuala Lumpur itu turut menyebut dia sudah letih dengan masalah yang dilalui dan mahu berehat dengan aman di sini.
Dalam surat itu juga, dia sempat memuji keindahan pantai di sini dan memilih sebuah bilik resort menghadap pantai di Beserah untuk mencari ketenangan sebelum mengakhiri riwayat hidupnya.
Di dalam perenggan terakhir nota itu, mangsa memaklumkan dia meninggalkan satu pendrive di dalam sampul surat yang diletakkan di atas meja penginapan untuk ibu bapanya namun tidak diketahui isi kandungannya.
Dia yang dipercayai tertekan dengan masalah kehidupan turut meninggalkan sekeping nota ringkas yang tertera beberapa maklumat termasuk nombor telefon kedua-ibu bapanya, punca kematian dan kereta jenis Toyota Vios hitam yang diletakkan di tepi resort terbabit.
Dia dipercayai mendaftar masuk ke resort itu kira-kira jam 4 petang 4 Januari lalu sebelum ditemui mati dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian di atas katil bilik penginapan bersama sebuah gitar berwarna merah yang berada di bahagian atas dadanya.
Mayat mangsa ditemui seorang pekerja resort kira-kira jam 5 petang kelmarin dalam keadaan muka di baluti plastik lut sinar dengan wayar getah yang disambung terus kepada tong gas helium di tepi katil.
SETERUSNYA....DI SINI