Sunday, 23 September 2012

MENTERI PAKISTAN TAWARKAN RM300K UNTUK BUNUH PENERBIT 'INNOCENCE OF MUSLIMS'...???



ISLAMABAD -Ganjaran sebanyak AS$100,000 (RM300,000) telah ditawarkan oleh seorang menteri Kabinet Pakistan untuk sesiapa yang dapat membunuh penerbit filem dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocence Of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.


Ganjaran itu telah diumumkan semalam iaitu sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.
Protes dan demonstrasi berhubung filem itu telah berlarutan selama dua minggu dan yang terbaru adalah berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis.B
“Saya akan memberi ganjaran dengan dolar kepada sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW,”
kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.
Peshawar adalah salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.
Penunjuk perasaan turut membakar sebuah pawagam yang dimiliki oleh Ghulam.
Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.
Ganjaran yang dibuat Ghulam adalah keputusan peribadi dan tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.
“Sebarang akibat saya sendiri yang akan bertanggungjawab jika ada yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Itu adalah isu antara saya dan mereka,”
SUMBER :   FBN

No comments: