IPOH : Keputusan PAS yang tidak mempedulikan permintaan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat bakal memperlihatkan kemungkinan pembentukan satu pakatan pembangkang baharu, kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.
Beliau berkata, kongres kebangsaan DAP yang khas akan diadakan tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.
“Pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri apda Khamis, kami semua telah bersetuju bahawa satu kongres kebangsaan yang khas akan diadakan bagi mengkaji dan membuat keputusan mengenai status PAS dalam Pakatan. Antara perbincangan itu adalah membentuk satu Pakatan baharu,” kata Nga.