Monday, 30 March 2015

FITNAH MAJLIS RAJA-RAJA : TIGA EDITOR TMI DITAHAN POLIS


Polis menahan tiga editor kanan portal The Malaysian Insider, (TMI) di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, petang tadi.


Tangkapan jam 5.45 petang oleh Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman turut disertai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, (SKMM) dilakukan di pejabat The Edge Communications Sdn Bhd di Mutiara Damansara.


Mereka yang ditahan ialah Lionel Andrew Morais anak lelaki M. Peter Percy, (Editor TMI Bahasa Inggeris), Amin Shah Iskandar, (Editor TMI Bahasa Melayu) dan Zulkifli Sulong, (Editor/Wartawan TMI).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan itu.

“Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong ditahan pada jam 5.45 petang mengikut Akta Hasutan 1948.

“Komputer riba dan telefon bimbit turut dirampas,” katanya.

Katanya, tiga suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut.

Penahanan mereka dibuat susulan penyiaran berita penolakan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 semasa mesyuarat pada 11 Mac lalu oleh Majlis Raja-Raja (MRR).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada Khamis menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu itu dan membuat laporan polis mengenainya. - beliabangkit

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.