Sunday, 29 March 2015

HOTLINE GST 'PANAS'


PETALING JAYA – Hotline rasmi Pusat Panggilan Unit GST telah dihujani panggilan oleh pemanggil yang mahu mengemukakan persoalan mereka mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beberapa percubaan untuk memanggil nombor hotline 1300-888-500 tidak dapat dilakukan apabila nada dering ‘sedang digunakan’ kedengaran hampir setiap waktu.
Panggilan ke talian utama Jabatan Kastam 03-88822111 juga tidak berjaya.
Kedua-dua nombor dibuka pada dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.
Ketua Pengarah Kastam , Datuk Seri Khazali Ahmad mengesahkan pihaknya berdepan masalah dalam panggilan yang begitu banyak dan berkata langkah-langkah tertentu telah diambil untuk mengatasi masalah ini.
“Bermula 1 April, kami melanjutkan waktu operasi hotline semasa sehingga 10 malam setiap hari.
“Selain itu, kami juga menyediakan meja bantuan di ibu pejabat kami di mana orang ramai boleh membuat pertanyaan dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata bilangan meja bantuan itu akan diumumkan tidak lama lagi.
Nombor-nombor lain berkaitan GST seperti yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Pusat Aduan Pengguna Nasional dapat dihubungi.
Sementara itu, laman web GST Jabatan Kastam gst.customs.gov.my telah menyiarkan jawapan kepada 106 soalan yang diserahkan kepada mereka oleh kumpulan Gabungan Bantah GST semasa perhimpunan anti-GST Isnin lepas. – mStar Online

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.