Wednesday, 26 September 2012

PBB LANTIK AISHWARYA RAI DUTA HIV/AIDS


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik aktres Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan sebagai duta muhibah bagi kesedaran bahaya HIV dan Aids.
Pelantikan Aishwarya, 38, telah diumumkan ketika Program Bersama PBB mengenai HIV/Aids, yang dikenali sebagai UNAids.
Bekas ratu dunia itu berkata, pelantikan tersebut adalah perubahan dalam hidupnya terutama ketika memberi kesedaran terhadap penyebaran virus terbabit.
“Penglibatan saya bukan setakat menjadi penghias poster tetapi saya perlu bertemu masyarakat dan pesakit serta berkongsi masalah dengan mereka,” katanya.
Inisiatif ini bertujuan untuk mengelakkan penyebaran HIV kepada bayi dan menjaga golongan ibu yang dijangkiti di 22 negara.
-AP

No comments: